Pages

Saturday 7 June 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 08 - Menunggu Sunrise Di Angkor Wat

Assalam..

7 April 2014 (Monday):

Aku tak tau nak cerita apa dulu. Dah sampai Siem Reap ni aku main belasah jer kemana kaki melangkah.

Highlight aku di Siem Reap ni adalah Taman Arkeologi Angkor tu jer. Biasalah, orang malas macam aku pegi satu dua tempat jer dah cukup. Lebih-lebih akan menyakitkan tubuh badan sendiri pulak nanti.

Untuk ke sini dari hostel aku, aku menggunakan khidmat tuk tuk share 3 orang. 2 orang lagi adalah Ellie dan Keisha, aku jumpa di hostel. Bolehlah rent tuk tuk untuk 18 usd bahagi 3 orang. Rate ni termasuk nak lihat sunrise sekali kat sana. Kalau nak lihat sunset sekali, mahal lagi.

Seawal pukul 4 pagi aku dah bangun sebab tuk tuk akan ambik pukul 4.30 pagi. Yang malunya, aku bukan bangun sendiri tapi kawan katil sebelah aku tolong gerakkan. Dia cakap alarm aku berbunyi tapi aku tak bangun lagi dan dia risau aku lambat pulak nanti. Baiknya budak perempuan tu, walaupun aku tak mintak dia bangunkan.

Tuk tuk driver datang ontime nak bawak kami bertiga. Keluar dari hostel dan memulakan perjalanan aku masih rasa excited lagi. Maklumlah, nak tengok tempat Angelina Jolie pernah beraksi hebat, hehe..

Sepanjang perjalanan, ada banyak tuk tuk membawa tourist di jalanan menuju ke destinasi yang sama. Ada jugak aku tengok manusia tegar mengayuh basikal pagi pagi buta ni bertemankan headlamp. Mosty semua mat dan minah saleh..

Ok, time ni aku bersyukur aku ambik tuk tuk instead basikal walaupun mahal sikit.

Sampai ke pintu masuk National Park, kena beli tiket dulu dan ambik gambar comel untuk ditepek pada tiket masuk.  Aku bayar 20 usd untuk tiket sehari.

Keisha menggosok mata megantuk, Ellie tengah posing depan kamera
Dah settle semua bayaran, tuk tuk bawak kami bertiga ke tempat popular untuk capture sunrise. Masa ni dah nampak manusia yang amatlah ramai menunggu cik matahari untuk muncul.

Aku wonder pukul berapa diaorang ni gerak dari hotel masing-masing.. Takkan lagi awal dari aku kot. Gigih bebenar diaorang ni kalau macam tu. Sedangkan aku bangun pukul 4 lagi dah rasa macam terpaksa..

Menunggu sunrise di sini rasa macam menunggu pengumuman bila nak raya. Rata-rata sabar menanti kat port yang sama tak nak gerak-gerak takut terlepas peluang.

Budak-budak ni ke hulu ke hilir suruh beli poskad..
Keisha menunggu dengan sabar
Aku geram, tetiba mamat ni mencelah depan aku. Dahlah tinggi, habis block aku punya view
Ada yang berselfie
Canggih woo.. siap tripod ditinggal gitu jer.
Boleh nampak ramainya manusia kat sini..

Waduh!! Glamour sungguh ko matahari yer.. Harap-harapnya ko keluar dengan cantik dan bergaya untuk kamera aku ni, :)

Hasilnya..

Mula menunjukkan diri

Masih malu-malu lagi
Tak nampak dari sana, aku pegi belah ni..
Susah dapat view takda manusia
Berselindung di balik pokok
Naiklah matahari...
Time ni aku dah mula silau pulak

Ok, ni memang silau. Aku main ambik jer
Indicates final capture of sunrising. Kepala orang jer penuh depan ni.
Beramai-ramai kita beredar bila dah puas
Aku tak pandai sangat ambik gambar harapkan click auto jer. Agaknya bolehlah kot, janji gambar sunrise kan..

Masing-masing memulakan langkah menuju temple
Lukisan untuk dijual, letak gitu jer atas tanah
Lepas click click sepuas hati, Ellie dan Keisha ajak aku breakfast dulu kat warung makan sebelah tu sebelum memulakan tour ke temple. Aku ikut jerlah sebab kami bertiga share tuk tuk, tak boleh nak berpisah-pisah jauh. Susah nak cari diaorang balik nanti.

Kedai-kedai makan memang berderet kat tepi tasik ni. Aku memang tak yakin kehalalannya, jadi aku cuma order air jer dan meneguk air liur tengok diaorang berdua tu makan. Sempat mengumpat-umpat jugak orang meja sebelah, hehe..

Warung Mr.Rambo..
Gigih bebudak ni mencari pembeli

Kopi ais untuk aku. Harapnya cukup sampai tengah hari

Diaorang ni Canadian dan bestfriends. Ellie sanggup berenti kerja dan travel sebab itu menggembirakan dia. Keisha pulak sebab dia suka travel gak tapi more to temankan Ellie. Seronok pulak aku tengok diaorang berdua ni.

"LD, have you met any American during your travel?"

"Umm, yeah but not many. Just a few. Why?"

"Most of them rude, very proud and arrogant. We don't like them. You see a guy over there.. i bet he's American."

Ellie menunjuk pada seorang lelaki kat meja sebelah. Dari slang aku agak American dan kebetulan lelaki tu tengah menghalau budak lelaki yang nak jual poskad.

Tak pasal-pasal aku pun dapat dosa pagi-pagi ni mengumpat lelaki tu walaupun tak tahu kebenaran kata-kata Ellie. Betulkah American ni rude? Yang aku jumpa macam okay jer..

Aku anggap ni semua pendapat peribadi mereka jer. Mungkin betul, mungkin tak. Depend dengan individu kita jumpa.

Okaylah, lepas breakfast tu kami bertiga ready nak memulakan pengembaraan temple hopping. Cuaca pun dah mula terang, menunjukkan dirinya akan panas sampai ke petang..

Nampak temple ni on the way ke tandas
Membuat aktiviti masing-masing di pagi hari

Apa agaknya diaorang ni buat..

Sambung ke next entri..

6 comments:

  1. mak aiiii... ramainya dok nunggu ke sunset tu!

    ReplyDelete
  2. hehe.. terramatlah ramai Cheq sue. Belum lagi yang menunggu belah lain tu..

    ReplyDelete
  3. WAktu JM ke sini dulu pun ramai giler..kami sampai awal pagi...rupanya da lagi awal..ntah jam berapa lah dorang kuar kan..yg pasti SUNSET yg dapat tu mmg ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. macam heran dari ceruk mana diaorang ni semua sebab tempat ni memang crowded giler. Memang kayalah negara Cambadia ni..

      Delete
  4. Mak aii ramainya orang. Rata2 yang gi Angkor memang akan mengeluh part orang ramai semata2 nak tengok sunrise tu. Tapi memang superb! Aku rasa few Canadians cakap macam tu. Dormmates aku jumpa masa kat Ams dulu pun cakap benda sama. Like u said, depend ngan pendapat individu lah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. aku rasa sunrise kat sini macam highlight trip untuk semua orang nak ke Siem Reap apart from the temples. Aku pulak macam ikut flow jer masa ni, hehe..

      oo.. macam ada love & hate relationship between dua countries ni kan. Teringat macam pernah tengok cerita pasal ni kat tv..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...