Pages

Friday 25 July 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum...

Source from Google

Nampak gayanya bulan ni aku menjadi teramat malas nak update entri. Nak kata puasa tak boleh juak nak jadi alasankan..

Bak kata boss aku yang Chinese,

"For me, i think this fasting month should make you work harder. It is a challenge to you to perform your work, can't make all these fasting as an excuse. I think Your God want to see either you can accept challenge and still live a normal life instead complaining tired all the time"

Tersindir jap dengar dia cakap macam tu walaupun dia tak tuju pada aku sorang.. Obvious sangat kot perangai orang Islam kat ofis aku ni bila time puasa sampai boss nasihat macam tu..

"Baik boss, advice taken:)"

Tengok kiri, tengok kanan... muka-muka yang tak beraya jer tinggal kat ofis. Yang lain semua dah cabut balik kampung dua tiga hari lepas..

Aku sorang jer ker Islam yang stay kat ofis hari ni?? Motif tak balik raya awal bile tengok cuti yang berbaki nyawa-nyawa ikan, huhuk..

Anyway, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidlifitri kepada semua umat Islam. Walapun banyak dugaan menimpa Malaysia dan umat islam khasnya di bulan mulia ni, kehadiran 1 Syawal tetap dinantikan, albeit sambutannya nanti mungkin tak meriah melampau...

Kepada yang ada baca blog aku ni, maaf dipinta andai ada yang terguris hati membaca cerita-cerita merapu dan mungkin komen aku yang agak kasar.

Aku manusia yang penuh dengan kesilapan dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Untuk yang drive balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Hargai kenikmatan beraya di kampung sebab orang macam aku yang takda kampung sangat jeles, hiks..


Sumber Google






Tuesday 15 July 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 15 - Gem Scam By Thai People

Assalam..

"..%^&(&(*%$##!@... kap kap kap.."

"??Sorry, i don't speak thai.."

Tu lah permulaannya kepada sebarang scam yang meibatkan foreigners. Aku silap sebab menjadi terlebih friendly dengan stranger.

****************************************************************************

Lihat dari map, nak jalan kaki dari KhaoSan Rd ke Grand Palace nampak macam dekat. Perut pun kenyang lagi, bajet nak mengeluarkan peluh lah sambil-sambil buang kalori.

Tunggu traffic light bertukar hijau, sorang lelaki Thai tegur aku sambil bercakap Thai dan tangannya bergerak menunjuk ke satu arah.

Buat muka blur, aku gelengkan kepala isyarat tak faham apa dia cakap.

"Ohh.. you're not Thai? Sorry, sorry.." berkali-kali dia mintak maaf. Okaylah, no big deal bagi aku.

Dari situ, dia dengan peramahnya tanya aku dari mana dan buat apa di Bangkok. Aku pulak bengong pegi jawab semua soalan dia dengan jujurnya.

Tip 1 - Jangan sekali-kali berlaku jujur kepada stranger especially bila tiba-tiba sangat berminat dengan apa yang kita buat. Tambahan bila stranger tu boleh cakap English yang agak lancar. Penduduk tempatan Thailand diketahui lebih prefer untuk berbahasa ibunda daripada English walaupun dengan foreigners.

Dengar aku cakap nak ke Grand Palace, lelaki itu mengerutkan dahi.

"Miss, today is a big day for Thailand people. This is the special day whereby the Grand Palace will be closed for half day to allow our monks performing the sacred ritual. It will reopened at 2 pm."

"Oh, really?" Aku buat muka frust dengar dia cakap macam tu. Time ni automatik aku fikir plan B, nak patah balik ke Chao Phraya River lepak untuk cari mana nak pegi.

"But don't worry miss. As today is sacred day for Buddhist, our government give discount to selected tuktuk company to bring tourist to our other temples."

Kalau fikiran masih waras, time ni dah boleh blah dari laki ni. Tapi aku dengan naifnya dengar jugak dia explain.

"You can go to Lucky Buddha, then to this temple bla bla bla..."

"Sorry, i'm not interested to go there right now. I just want to go back."

"You know, you can go to all these temple and only pay 20baht for whole journey. But don't take any tuk tuk. Just tuktuk with yellow plat number because that's the only tuk tuk given discount by our government"

Panjang lebar laki ni explain kat aku. Aku pulak fikir baik jer ingat dia ni berhati mulia tolong tourist macam aku.

"I can only help you with information only miss. You can find those tuk tuk here but be careful not to ride on other tuktuk. Those are liar."

"Ohh.." pendek jer aku jawab.

Tengok muka aku macam terpedaya jer, laki ni terus cakap,

"Ok miss, enjoy your day. I need to get back to work now. I'm working at that hotel," sambil jari dia menunding ke arah satu hotel depan kami.

Lepas say bye bye kat dia, aku patah balik berkira-kira nak naik tuktuk. Time ni aku fikir murah giler bayar 20baht jer untuk bawak pegi banyak tempat.

Tip 2 - Grand Palace tidak pernah ada closing day. Temple ini dibuka sepanjang tahun dan sebarang maklumat mengatakan ia ditutup adalah tipu bertujuan untuk memperdaya pelancong.

Baru jer beberapa langkah berjalan, aku disapa oleh sorang pemandu tuktuk. Mula-mula aku reject tak nak naik..

"Miss, i can bring you to our temples with only 20 baht. You can go to this temple, this, this and this. Then, i can bring you to Grand Palace just in time the palace open back at 2pm."

"Really?" Time ni aku mula terpedaya sebab ingat boleh jugak jalan-jalan tengok temple lain sightseeing sementara tunggu Grand Palace bukak.

"Yes miss. My tuk tuk is one among many tuk tuk  given discount today. If you don't believe me, you see my plat colour is yellow, goverment tuk tuk. You see that tuk tuk colour, not yellow right means not government tuk tuk, no discount"

Tip 3 - Walaupun rasa macam kebetulan, sebetulnya dua lelaki ni adalah accomplice. Sorang pretend macam local people yang baik hati manakala sorang lagi memang beraksi jadi pemandu tuktuk supaya tourist lebih percaya dengan penipuan pasal Grand Palace ditutup.

Kat sini, aku macam bodoh sebab setuju untuk naik tuktuk. Just a moment sebelum dia bawak aku, dia cakap,

"Miss, after you finish visit other temples, i need to bring you to our Souvenir Store, under our Government store. You can buy many souvenir there including gems."

"No, i don't want to go there. I don't want to buy anything and i don't have extra money."

"Miss, help me in this one. You don't need to buy, just see see only. When i bring you there, the store will give me fuel coupon. You can be there for 5 minutes only then i'll take you to Grand Palace after."

Ni lah aku tak berapa berkenan walapun aku macam terpedaya jugak bila tengok dia buat muka kesian. Katanya, dia perlukan kupon minyak tu dan aku hanya perlu masuk sekejap pastu keluar balik dari kedai nanti.

Aku tak tahu kenapa tapi instint aku macam berkata-kata tidak walaupun otak aku setuju dengan cadangan lelaki tu.

Last-last, mulut aku lancar jer cakap tanpa fikir

"I'm sorry, but i need to see my friend first before agree. He's waiting for me now at the hotel."

"Where are your friend? I can take you there then we can go to the temples."

"Just nearby only. It's okay, i need to see him now. Bye"

Sepantas kilat, aku keluar dari tuk tuk berjalan laju jauh dari pemandu tuktuk tu. Aku tak tahu nak ke mana lagi, yang pasti mesti jauh dari dia..

Memang aku selamat buat masa ini dan aku sangat bersyukur. Kalaulah aku setuju naik tadi, aku pun tak tahu apa yang terjadi. Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk mengesan pembohongan orang ni.

Sebenarnya, ada banyak cara digunakan oleh sindiket penipuan ini. Yang ini adalah daripada pengalaman aku sendiri. Kemuncak penipuan ini adalah untuk mengambil duit tourist semaksimum boleh.

Lepas peristiwa tu, aku dapat satu pengajaran. Sebelum ke mana-mana tempat yang unfamiliar, aku kena buat research sedikit pasal tempat tu especially yang melibatkan scams. Kat bawah ni aku dapat lepas google dan harapnya untuk korang yang teringin ke Bangkok boleh klik bawak ni sebagai persediaan:

Bangkok Scams 

Thaitravelblogs

Niat aku baik, sebab aku hampir terkena. Seseronok mana pun main redah bila travel, aku kena peruntukan sedikit masa studi. Bak kata orang putih, "Prevent is better than cure"

Tapi, despite all of this scam, Bangkok still a nice place and do have a lot more things to offer. Tiada penyesalan kerana dari situ aku belajar sesuatu yang lebih penting.

Aku sendiri masih teringin untuk repeat balik ke sini.

*Mode teringat chai yen dan pad thai, nyum nyum*

Tengok balik stok gambar, ada rupanya gambar laki lokal yang penipu ni walaupun sipi-sipi jer. Gambar diambil waktu tengah tunggu trafik light tukar hijau..



Sunday 13 July 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 14 - Chao Phraya Riverbank dan Surrounding Area


Assalam..


Aduh.. lama betul tak menjenguk blog ni. Rasa nak menaip dah ke laut tapi mengenangkan aku perlu buat jugak untuk kenangan dan rujukan aku sendiri in future, bukak laptop dengan hati yang berat. Fuh...

                               ***********************************************************

09 April 2014 (Rabu):

Pagi ni bangun dari katil segar sungguh aku rasa. Kemaskan diri terus terjah ke lobi bawah hostel untuk breakfast. Nasib baik hostel ni ada sediakan free breakfast. Walaupun roti dengan jem jer, aku syukur sangat-sangat sebab semalaman perut aku belum berisi makanan berat.

Kenyang perut, aku memulakan langkah berjalan. Nak ke mana dulu? 

Hostel ni terletak tak jauh dari Khaosan Rd. Tengok map, ada tebingan sungai Chao Phraya yang glemer tu dekat jer untuk jalan kaki. 

Jom ronda-ronda apa yang ada di tebingan Chao Phraya..

Pagi-pagi tengok ramai jugak yang berniaga tepi jalan macam ni



Kalaulah aku boleh baca tulisan ni
Rupanya di tebingan sungai Chao Phraya (Phra Arthit Pier) ni ada taman untuk bersantai dan bermenung ria. Cantik taman ni, terjaga jer aku tengok.

Santichaiprakarn Park ,tu dia berbelit lidah aku nak menyebutnya. Yang best pasal taman ni, aku rasa aman damai dan tenang jer duduk sini walaupun lokasinya tak jauh dari hiruk pikuk kebisingan tahap dewa area Khao San.

Bersebelahan taman tu ada kubu yang agak menarik untuk dilihat. Bila aku google, baru aku tau nama kubu tu. "Phra Sumen Fort", antara last two remaining fort kat Central Bangkok.

Phra Sumen Fort in Thai
Phra Sumen Fort
Cantik jer kubu ni aku tengok dari park
Rupanya boleh masuk kubu ni. Aku jer tak tahu main snap gambar dari luar. Kalau masuk, boleh naik dan tengok view surrounding. Tak lupa view Chao Phraya River beserta dengan pembangunan seberang sungai.

Aku tak tau pun yang taman ada operating hours jugak. Ingatkan bila-bila masa jer boleh datang lepak..
Sebut betul-betul "Santichaiprakarn Park"
Krew pengambaran spotted



Ada ukiran seni kat dinding menambahkan keunikan taman
Sangat teliti ukiran kat sini
Siap ada colurful bunga lagi
Sekarang, ke waterfront pulak..
View across the river
Katanya ni extension bridge of Rama VIIIyang aku tak tahu siapa
Phra Arthit Pier
Banyak jer bot-bor yang lalu. Sungai Chao Phraya ni medium penting gak untuk transportation selain dari train dan bas
Bersih jer kan taman ni..
Pagi-pagi nampak diaorang ni bekerja membersihkan taman
Dah kerja, lepak kejap bergosip :)
Overall, tak rugi datang sini. Penat-penat berjalan jauh boleh singgah untuk lepaskan lelah sambil menikmati udara segar, burung berkicauan dan tengok ragam manusia, hehe..

Tepi taman ni, nampak akak bertudung jual minuman.

Jalan raya sibuk, ni pakcik polis trafik jaga lalulintas
Aku sebenarnya belum ada proper planning hari ni nak ke mana. Yang aku pasti, nak cari tempat makan yang halal dulu. Aku pernah baca kat blog orang (tapi tak ingat siapa) cakap kat area Khao San Road ni ada restoran muslim tapi tak pasti pulak mana.

Khao San Road di siang hari
Jalan tak tahu arah yang betul sampai masuk lorong-lorong kecik, aku nampak sorang pakcik pakai kopiah. Tanya dia, pakcik tu bagitau ada tempat makan halal berdekatan sekali dengan masjid. Siap dia kasi bagi detail direction kat aku.

Terima kasih pakcik, aku ikut cakap dia dan terus aku jumpa lorong kecik tersembunyi sikit dari jalan besar. Betul-betul tak jauh dari Khao San Road.

Lalu lorong kecik ni semua kedai makan halal
Masuk satu kedai ni kat lorong yang sama
Finally, jumpa masjid yang lokasinya tersorok sikit.
Order Chai Yen
Lorong dari jalan ke masjid
Memang betul cakap ramai orang, Chai Yen (Ice Milk Tea) kat Bangkok memang sedap
Pilihan makanan yang ada, satu lauk tu 50 baht. Aku pandang rendah pada level kepedasan lauk ni memula
Aku dengan sifat tamak sinonim agaknya.. Ambik sampai dua lauk pastu tak habis pulak.. Perangai buruk yang susah betul aku nak kikis..

Close up sikit muka tuan punya kedai.. Berdebu cakap Thai dengan orang sebelah
Bila perut dah kenyang, baru aku dapat berfikir dengan betul. Jadinya lepas makan ni aku decide nak pegi ke Grand Palace dan beberapa temple yang lain berdekatan. Bukan niat tak betul, tapi aku nak lihat sendiri keunikan building temple kat sini.

Lagipun, ni adalah attraction places yang dalam walking distance jer dari Khao San Road (40 - 50 minit ikut pace aku)

Far from my sane mind that i almost get scammed on my way to those temples..

Songkran Festival yang berlaku beberapa hari lagi

Wednesday 2 July 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 13 - Train Ride Ke Bangkok

Assalam..

Aranyaprathet Train Station
Dah sampai kat train station ni, aku lega. Sementara tunggu train gerak aku pegi beli air dulu. Lapar weh.. Nak makan tak berani pulak, jadinya aku jamah biskut yang tinggal beberapa keping jer dalam beg, huhuk..


Panjangnya gerabak
Penumpang yang menunggu
Murah sangat, 48baht untuk perjalanan 6 jam
Gambar raja Thailand memang ada di sana sini

Beberapa minit lagi nak gerak, baru aku masuk train cari port yang okay. Nampak satu couch ada few jer penumpang, aku terus masuk. Banyaknya muka local jer aku tengok dalam ni.

Mencari kerusi kosong
Dah jumpa pun..
Train mula bergerak
Ada satu cerita, seat aku duduk memang kosong. Tengah sedap melayan perasaan, datang sorang penumpang laki local tanya ada orang tak opposite seat aku. Aku pun jawab takde, biarkan dia duduk situ.

Mula-mula dia okay, tanya aku dari mana cuba nak beramah mesra. Aku ni, takdelah peramah sangat tapi kalo ada orang dah ajak berbual aku layan jerlah even aku rasa nak lelap tengahari terik tu. Walaupun bercakap macam ayam dan itik, tetap dia gigih nak berbual dengan aku.

Tanya umur aku berapa, pastu siap tunjuk kat aku ID card dia bagitau umur dia 40 tahun.

"Yer pakcik," nak jer aku jawab macam tu.

Dari soalan general, laki tu mula menanya soalan personal buat aku jadi tak selesa. Sambil mencantumkan dua jari, dia bertanya aku ni masih singlekah..

Apa aku jawab, "No, i have a boyfriend waiting for me in Bangkok." Harapnya dia berenti bercakap pastu.

Aku terkejut tetiba dia pindah duduk terus ke sebelah aku. Serentak itu, aku ambik beg terus jadikan penghadang antara kami. Niatnya konok-konon nak tunjuk aku kamera ada gambar dia dan view yang dia ambik. Aku mula rasa tak best. Time ni perasaan aku jer kot, tapi aku nampak riak-riak gatal kat muka dia.

Mungkin dia baik takde niat jahat, tapi better prevent than cure kan. Travel solo buat aku jadi lebih prejudis dengan stranger.

Sambil mengangguk aku minta dia beralih ke tempat duduk asal. Pastu terus aku beri alasan nak tido. Nasib baik dia setuju dan bagi aku tido.

Tido dah
Dari satu stesen ke stesen yang lain, aku tak sabar nak tunggu laki ni turun. Dia cakap perhentian dia tak lama lagi. Sepanjang perjalanan tu, aku hanya tutup mata buat-buat tido jer. Tak berani nak tido betul..

Sebab aku hanya berpura tido, aku masih boleh monitor apa laki depan aku buat. Seram betul aku rasa dia dok perati aku menunggu aku bukak mata. Last sekali, aku terperasan dia keluarkan kamera dari beg dia nak ambik gambar aku.

Automatik mata aku bukak luas terus cakap "No Please". First time aku tolak orang nak ambik gambar aku. Kalau hari biasa, aku ni lah mengada-ada mintak orang ambik gambar, hehe..

Imagine terus dalam otak cerita Long Khong Thailand. Over aku time ni fikir bukan-bukan..:)

Pastu apa dia jawab,

"You're beautiful woman".

Aku tak tau nak reaksi apa masa ni. Walaupun aku perasan dan suka dipuji cantik, tapi statement dia buat aku jadi takut level sepuluh.

Luckily dia turun di stesen yang berikutnya. Kalo dia tak turun jugak, aku dah fikir plan B. Fuhh..

Lepas tu, baru aku dapat senang hati melayan view sepanjang perjalanan. Angin sepoi-sepoi bahasa, memang teringat kat kampung terus time ni.

Kabin Buri station
Rumah yang dilalu train
Asal train berenti, mesti ada penjual datang berlari-lari menjual makanan dan minuman
Kalau rasa dahaga atau lapar, ada jer makcik makcik bawak jajan, takpun buah untuk dijual dalam keretapi.

Susah aku nak sebut station ni
Sempat capture sunset sebelum terlelap. Tak tahu kat area mana dah ni.
Sebab perjalanan sangat panjang, aku tido jugaklak. Sedar-sedar aku tengok langit dah gelap. Lama betul aku terlelap tak sedar kiri kanan. Tengok sebelah aku dah ada sorang makcik ni, entah bila dia duduk situ.

Aku sebenarnya tak tahu bila stop aku. Aku hanya tahu perlu berhenti kat Hualampong Train Station jer.
Lepas tanya-tanya kat makcik sebelah, dia cakap Hualampong tu last station, jadi tak perlu risau.

Dah nak sampai 
Train sampai ke Hualampong station lebih kurang pukul 8 malam. Sakit pinggag, punggung memang tak payah cakaplah.. Cukup semua rasa lenguh kat badan.

Paling tak boleh blah, muka aku jadi hitam sebab debu-debu di jalanan. Bila aku lap muka dengan wet tissue, tu dia!! gelap jer tisu tu.

Tapi, regardless of all that, aku happy sebab dah selamat sampai Bangkok, yea!!

Bangkok, here i come


Suasana dalam Hualampong train station
Ada money changer jugak kat sini. Aku pegi tukar duit kat sini jer..
Baru sampai train station, belum lagi sampai hostel.. Fuh, panjang betul perjalanan hari ni.

Hostel aku terletak tak jauh dari Khao San Road, kawasan popular untuk cari accommodation murah. Berpandukan direction given by the hostel, aku pegi naik bas No.53.

Di luar train station menunggu bas
Hualampong Train Station
Naik bas public, ada sorang makcik konduktor sambut. Aku cuma ada sekeping kertas bertulis nama hostel dan nama jalan in Thai jer. Makcik ni faham, dia suruh aku duduk dan bagi isyarat akan bagitau bila sampai nanti. Tambang bas cuma 6.5baht jer. Terkejut aku murah betul tambangnya.

Bas No.53
Teksi-teksi
Makcik konduktor bagi isyarat kat aku untuk turun bila bas berenti kat satu kawasan. Baik makcik tu, siap bagi aku arah mana nak pegi lepas tu untuk sampai hostel.

Tapi, being me bagaimana detail pun information orang bagi, perkataan sesat tu macam dah lekat kat aku. Puas aku merayau dari satu lorong ke lorong tak jumpa jugak hostel tu.

Last sekali, pakcik bergerai kat lorong situ tanya aku. Nasib baiklah aku tak jauh sangat sesatnya, cuma kena patah balik ke arah bas berenti tadi pastu pegi ke arah bertentangan.

Bila dah jumpa hostel, rasa nak lompat jer. Satu hari ni memang guna untuk dalam bas dan train. Dengan tido tak proper ditambah pulak lapar giler, aku memang exhausted.

Pasal hostel ni aku cerita lain entri jerlah. Malam tu memang dah tak ke mana-mana lagi walaupun lapar. Minum air jer sebagai ganti. Lepas bersihkan diri, aku terus lompat atas katil untuk tido.

Lorong ke hostel
 to be continued..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...