Pages

Sunday 30 November 2014

Trip Yang Tidak Kesampaian

Assalamualaikum..

Cedok dari Google

Lama giler blog ni mendiamkan diri. Aku sebenarnya melayan perasaan kecewa berminggu-minggu sebab trip birthday yang aku plan cantik bagai tak terjelma menjadi realiti. Menangis tengok tiket terbakar lagi. Dahlah accommodation semua dah booked. Tak campur lagi angan-angan tinggi melangit aku yang musnah di saat-saat akhir.

Pagi birthday tu, aku duduk melangut atas katil frust menonggeng..

Kecewa betul aku kali ni. Frust dengan lelaki pun tak seteruk ni. Nak menjerit, melalak tapi suara tak terkeluar. Last-last simpan dalam hati pegi melayan perasaan sorang-sorang kat tepi sungai... (pathetic sungguh)

Haha!! giler aku sendiri tak percaya selama tu aku meroyan tak dapat travel.

But now, aku tutup buku lama dan buka buku trip baru. Hopefully takda drama last minute lagi terjadi next month. Hampir giler rasanya kaki tak melangkah jauh sejak ke Seoul hari tu.

Doakan aku yer kawan-kawan. Trip pendek dan tak jauh mana pun tapi kaki aku dah gatal sangat nak berjalan ni. Bagpack yang kat bilik pun dah nak merajuk dengan aku lama sangat tak tengok dunia luar.

Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat travel next month..


Thursday 6 November 2014

Perkara Pertama Buat Setiap Kali..

Assalamualaikum..

"MasWing, bring me to KK now"

I'm flew to KK yesterday to attend a meeting today.

Macam biasa, perkara pertama buat bila touch down KK adalah....




Makan seafood!!! yum yum yum..

Tempat yang aku pegi adalah kedai makan seafood tak jauh dari Philippines Market yang berseberang dengan Le Meridien Hotel


Sotong, udang, ketam semua aku rembat. Gila amak haloba masa ni..

Katanya 100gm rm10, timbang seekor tu lebih kurang 600gm...nanges dalam hati

Colourful betul ikan-ikan sini

Jakun sebenarnya aku tengok sotong besar ni..

Seaweed , bagus untuk kulit supaya awet muda kata adik penjual tu kat aku


Rambang mata aku nengok pelbagai jenis hidupan laut yang terbentang depan mata. Syurga idaman aku kejap rasanya, hehe..

Melantak tak ingat dunia, jumlah perlu bayar RM79 untuk dua orang makan. Bila nak bayar baru rasa diri kembali ke dunia nyata...

Itulah dia, keindahan makan seafood di KK. Berbaloi-baloi yang amat!





Perut dah kenyang baru kembali ke hotel untuk berdekatan, D'Borneo Hotel yang lokasinya sangat strategik.

Since pegi atas urusan rasmi, jadi ambiklah hotel yang sedap sikit, RM140 semalam. Boleh claim nanti, hehe..

Cuma tak ada free breakfastlah..

Ok, tu jer nak cerita. Sajer nak kasi korang lapar pagi-pagi ni. Bye..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...