Pages

Sunday 24 November 2013

Macau: Part 05 - Macau Tower

Assalam..

Impian aku nak Macau Tower pada birthday aku tercapai jugak. Walaupun pada asalnya motif nak buat Bunjee Jumping (mengada-ada aku time ni tak sedar diri gayat tahap dewa) tapi selepas membuat kira-kira dan congak aku batalkan niat tu. Jadinya aku sampai ke sini just masuk ke Observation Lounge Inner & Outer dengan bayaran HKD135.

Macau Tower dari dalam bas
Banyak pilihan nombor bas boleh naik. Senang jer nak refer
 Untuk ke sini memang tak susah aku naik public bas jer. Tunggu bas kat mana-mana bus stop dan di papan notis tu ada ditampalkan nombor bas beserta dengan route perjalanan setiap bas tu. Kalau nak ke Macau Tower, tengok bas nombor mana yang ke situ pastu naik. Tak silap aku kalau kita kat Peninsular nak pegi within peninsular jugak ratenya adalah flat MOP3.20. Nak tau lebih lanjut boleh klik Macau Bus Fare. Cuma aku jadi terlebih pemurah pulak naik bas ni. Disebabkan polisi tiada refund maka dinasihatkan awal-awal sedia duit kecik cukup-cukup naik bas. Macam aku takde duit kecik, aku terpaksa "bersedekah" bagi MOP4 untuk one way perjalanan. Memang nak mengkayakan negeri yang dah cukup kaya, hampeh betul..


Macau Tower Observation Lounge Opening Hour:
Weekdays (10am - 9pm)
Weekend & public holidays (9am - 9pm)

Antara rekod yang telah dicipta oleh si AJ Hacket ni
Untuk sapa-sapa berminat nak..
Masuk building terus turun escalator ni belah kanan
Kalau nak buat aktiviti-aktiviti kat sini. Rate adalah dalam MOP
Macau Tower merupakan bangunan setinggi 338m at its highest point. Naik lif dengan highspeed laju ditambah dengan glass-fronted lift memang aku teruja at first. Nak view of Macau city dari tingkat 58 (inner deck) dan tingkat 61 (outer deck). Tower ni terkenal sebagai The World's Highest Bungee Jump. Masuk sini dengan bayaran sebegitu personally aku rasa berbaloi atau tak terpulang pada individu. Apart from view Macau yang stunning lain-lain aku tak excited sangat. Dengan ruang yang tak besar sangat aku just duduk ambik gambar tengok orang lain buat aktiviti bungee jumping dan skywalk. Tapi kalau nak cakap alang-alang dah sampai bayaran sebegitu mungkin tak menjadi hal aku okay jugak kot. Cuma tempat ni berbaloi sangat kalau datang purposely nak buat aktiviti-aktiviti yang diaorang sediakan. Ada jugaklah memori aku untuk birthday kali ni. At least dah sampai kan..


Boleh duduk sini nak tunggu orang buat bungee jumping
Antara view Macau dari tower
Actually ada 3 jambatan penghubung Peninsular dan Taipa tapi dapat snap dua jer..
Pandangan ke bawah, one of the crew tarik rope ke atas
Awesome sangat tengok orang ni terjun siap dengar jeritan dia lagi..
Trademark kaki dah pijak mesti ada, heheh

Lagi shot kaki, heheh..
Puas kat indoor, naik lif pegi outdoor pulak
Grand Lisboa memang senang nak cam, outstanding betul
Perempuan ni neves tunggu turn nak terjun
One of main crew
3 orang ni buat Skywalk pusing tower ni. Aku tumpang seronok campur jeles jelah tengok.
Selebihnya untuk hari tu aku banyak jalan-jalan bandar waktu petang hirup angin segar dan carik tempat makan. Suhu all around dalam 25 deg celcius memang nyaman sekali sambil pakai cardigan jer. Sempat jugak aku malam tu tengok performance ala-ala konsert mini kat Senado Square. Happening sangat kat situ even audience pun sporting sangat menari sekali dengan penyanyi tu.

Siang-siang diaorang tengah buat persiapan lagi
Budak kecik nipun tengah tunggu performance jugak
Group ni dari Angola. Baru aku tau diaorang punya main language is Portugese
Malam tu aku balik ke airport agak lewat dari malam sebelumnya disebabkan leka tengok performance dan lepas tu pegi balik ke Venetian untuk dinner. Sampai airport macam biasa ambik bagpack kat kaunter, bersihkan diri buat apa-apa yang perlu dan tunggu tempat tu sunyi sikit sebelum masuk tidur.

Friday 22 November 2013

Macau: Part 04 - Fisherman's Wharf

Assalam..

29 Oktober 2013 (Tuesday):

Yea!! Hari ni aku bangun awal pagi dengan happy sebab merupakan harijadi aku. Meraung hiba dalam hati sambut sorang-sorang kat tempat orang pulak. Merasalah kan padan muka sendiri tengok kiri tengok kanan takde sorang pun peduli, huhuk..

Planning pagi tu lepas breakfast aku nak terus pegi Fisherman's Wharf. Teringin nak tengok apa ada kat situ walaupun ada orang cakap tak berapa menarik. Baru jer aku nak gerak keluar dari airport lepas tinggalkan luggage kat kaunter, aku didatangi sorang makcik ni. Dia ingatkan aku tengah tunggu flight jadi dia pun ajak borak. Borak entah apa-apa aku tak faham sangat apa dia cakap, dia pulak lagilah tak faham apa aku cakap boleh pulak berlarutan sampai nak dekat pukul 10am.

Fisherman's Wharf:
Lokasi yang sangat dekat berseberang jer dengan The Sands Hotel & Casino. Dari airport aku naik free shuttle pegi The Sands Hotel. Dari situ kita dah boleh nampak Fsherman's Wharf ni tersergam indah cuma kena cross jalan besar. Kalau nak lebih selamat, jalan dulu sampai nampak jejantas tak jauh jugak dari situ.

Pintu masuk ke sini..
Dari sini nampak dah tempat ni agak besar
Bukit ke apa kat belakang tu masih dalam pembikinan lagi..
Sampai sini, apa yang aku nampak adalah buildingnya yang merupakan influence dari Rome dan english style. Lepas tu adalah beberapa tempat dining, shopping, exhibiton  dan jugak convention room. Memang agaklah sebab luas betul tempat ni. Tu pun aku tengok diaorang tengah buat penambahan building lagi kat situ. Dari satu hujung ke hujung yang lain aku berjalan-jalan termasuk ceruk-ceruk belakang bangunan aku masuk. Tempat ni kat riverbank dan dari situ boleh nampak feri-feri bersidai di Macau Ferry Terminal.

Mula nampak building ni, cantik kalau nak ambik gambar
Antara tarikan building yang ada
Building colour emas kat belakang tu adalah The Sands
Tengok tangga je terus automatik rasa malas nak naik
Ala-ala Colosseum di Italy
Kalau takde duit banyak macam aku hanya jalan-jalan tengok dan ambik gambar jelah tempat ni. Tak shopping lansung pun. Since aku tak masuk shopping jadi aku tak tahu nak compare harga barang kat sini.

Antara bangunan kdai-kedai yang ada
Suka tengok colurful jer kat sini..
Kat sini jugak aku pegi mencari tempat makan yang katanya ada resoran Halal. Waktupun dah tengah hari sangat sesuai untuk mengisi perut. Dahlah semalam pun memang tak jumpa jadi hari ni aku berazam mesti cari sampai lubang cacing. Sampai-sampai tengok kedai tak bukak pulak padahal dekat pintu sah-sah cakap buka dari 11am sampai malam dan aku tengok jam aku dah pukul 12 lebih tengahari. Memang takde rezeki aku kat sini.

Kedai India Halal yang aku cari tapi tak bukak pulak
Jalan lagi buang masa tunggu kedai makan bukak
Tak pasti pulak building ni apa..
Tampal kat pintu kedai tu ada cakap ni, another halal restaurant dan cara nak ke sana. Kalau dah pakai teksi aku malas nak try
Kedai Indian ni berhadapan dengan building ni
Mula-mula aku ingat nak tunggu kat situ kot-kot diaorang bukak lewat ker, tapi almost setengah jam melangut pastu aku buang masa ronda lagi seluruh kawasan tu sampai balik kedai masih jugak tak buka. Confirm dah ni memang tak akan buka jadi aku angkat kaki pegi dari situ. Lapar weh..

Jalan lagi dengan harapan kedai Indian tu bukak lewat sikit
Salah satu restaurant yang ada tapi confirmlah tak halal
Kalau nak balik ke Macau Ferry Terminal dari sini senang jer. Jalan terus keluar dan remain on the same side of road akan nampak escalator. Naik jer pas tu belok kanan jalan terus akan nampaklah destinasi kita. Aku mula-mula kat sini blur tak nampak jalan lagi tapi lepas try and error berjaya jugak aku, pweehhh..

Berlambak-lambak free shuttle kat sini dan tinggal kita nak naik jer. Aku pilih naik shuttle pegi Venetian sebab nak cari makanan. Disebabkan lapar tahap gaban aku takde mood nak ambik gambar sepanjang tengah hari tu jadi tak banyak sangat gambar kenangan kat sini.

Sampai kat Venetian, terus kaki laju menuju ke foodcourt cari tempat makan. Alhamdulillah, jumpa jugak aku kedainya dimana aku yakin nak makan. Masa lunch aku ni lah aku ditegur oleh sorang pakcik ni nak share meja makan dengan aku. Situasi yang lebih kurang sama dengan makcik pagi tadi tapi perbualan yang agak seronok. Bolehlah untuk hilangkan boring makan sorang-sorang kat sini, :)

The Venetian!
Ground floor on the way nak ke foodcourt
Tengok langit sentiasa biru cerah dan cantik
Mulut aku asyik ternganga je kat sini jakun, hehe..
Foodcourt kat Level 2, aku nampak ni aku terus usha. "Pita Pan" makanan yang berasaskan mediteranean food
Antara pilihan menu yang ada
Betapa banyaknya manusia kat sini, peak hour lunch masing-masing lapar susah nak dapat tempat duduk
Apa yang aku ambik, Pita Bread set cost me MOP95
Another halal restaurant kat foodcourt. Aku pegi lagi Venetian second time cuba makanan kat sini pulak ambik 2 set makanan sekaligus semua sekali HKD175, haha memang makan macam raja
Since aku dah kat Venetian ni, aku guna masa lepas lunch untuk meronda-ronda tempat ni. Ada banyak shopping outlets yang branded-branded belaka jenamanya. Ada jugak kasinonya dimana aku telah terlajak masuk tanpa niat (tak tipu ni...). Disebabkan makcik-makcik guard kasino ni tak halang pulak aku masuk jadi tak perasanlah aku. Fikir balik mana diaorang sini nak peduli ko pakai tudung ke tak asalkan ada banyak duit untuk melabur kat mesin judi diaorangkan..

Dari jauh nampak sangkar emas, umm
Tengok gadis cantik terkurung kat dalam main muzik... sedih gila muziknya aku dengar
Venetian merupakan bangunan yang sangat cantik bagi aku. Interior dalamannya especially part siling tu aku kagum sangat seolah-olah real cloud is moving slowly. Jalan-jalan tengok ada laluan sungai dan ada gondola ala-ala kat Italy kat sini. Memang worth kalau dah sampai Macau untuk singgah sini.

Gondola versi Macau
On the way nak keluar termasuk kasino, tapi aku tak berjudi yer, sumpah...
Habis pusing separuh tempat tu, aku patah balik keluar dari situ nak naik shuttle pegi next destination pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...