Pages

Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Matang Wildlife Center

Assalamualaikum..

Kalau datang ke Kuching, tengok orang utan adalah salah satu perkara menarik boleh dibuat kat sini.

Selalu tengok kat tv jer kan. Jadinya nak expose kat anak-anak bagi diaorang tengok secara live orang utan yang berpotensi untuk extinct satu hari nanti.

Di Kuching,ada dua tempat utama nak lihat orang utan secara dekat. Satu adalah kat Semenggoh Wildlife Center manakala satu lagi kat Matang Wildlife Center.

Dua tempat ni bukan zoo okay.. Both places act as a care center for wild animal, yang kena tangkap, cedera ataupun kurang upaya serta sewaktu dengannya...

Nanti-nanti sampai satu tahap wild animal ni dah boleh berdikari, diaorang akan dilepaskan balik ke dalam hutan, tempat asal mereka.

Selain orang utan, ada binatang-binatang lain gak macam buaya, sunbear, landak dan rusa.

Yang aku cerita kali ni dekat Matang Wildlife Center, dalam 35km dari Kuching. Takde regular public transport yang menuju ke sini, jadinya kena bawak kereta drive sendiri.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.00 pagi sampai 5.00 petang
Fee: Dewasa - RM10
        Student - RM5

Dah bayar, bolehlah mula berjalan-jalan santai meninjau binatang-binatang yang ada.

Patuhi peraturan
 

Seram aku tengok gambar ni..
Baca Bismillah, silakan masuk..
Trail pendek jer, hehe berlagak..

First spotted, buaya

Tengah ambik gambar, terkejut aku tengok ade sekor lagi dekat betul dengan pagar.. diam diam lagi tu

Bermandi-manda

Nak masuk jugak boleh, tapi risiko tanggung sendiri

Rusanya mana???

Dapat cari tak rusa tu?

Now, carik binatang lain pulak

Kenapalah aku boleh tak ingat nama dia ni...

One of cat's family


Orang utan kat dalam ni bising betul menjerit-jerit

Baru habis lunch, bermain-main

Cari orang utan kena pegi belakang building

Tu dia, ada sekor main sorang-sorang

Panas terik, dia orang pun tahu berteduh

Oh ya, kalau bawak budak better bawak bekalan makanan sebelum datang sini. Takde tempat makan kat dalam ni. Walaupun tempat kecik tapi boleh membuatkan diri rasa haus amat sangat bila dah tengah berjalan...

Fikir balik mungkin aku jer kot rasa macam tu. Letih mengejar anak yang kecik tu berlari-lari sukahati dia kat sini.


Last sekali sebelum balik, pegi detour kejap tengok kawasan piknik kat dalam situ jugak.

Kalau nak trekking atau tengok air terjun yang cantik lagi, starting point dari center ni dan trailnya sejauh 2-3 jam one way depend dengan destinasi masing-masing.



Air cetek jer..

Bolehlah kalo rada nak menyegarkan diri kejap

Untuk informasi lebih lengkap, boleh refer sini.

Overall, puas hati jugak dapat lihat anak-anak happy berlarian di sini sambil tengok orang utan.

Kalo korang belum pernah pegi lagi, try lah masukkan tempat ni nanti dalam itie ok. Dijamin orang utannya cute-cute, hehe..

Ok, bai...




Saturday, 25 January 2014

Mendung di Kuching Waterfront

Assalam..

Aku kerja kat Kuching lama jugak tapi biasanya pergi kerja balik kerja rumahlah jawapnya. Boleh dihitung tak sampai satu tangan aku berlepak-lepak kat Waterfront ni.

Waterfont Kuching

Jadi satu hujung minggu tu aku singgah kat sini sebab nak temankan adik ipar beli barangan souvenir Sarawak untuk dibagi kat kawan-kawan kat Semenanjung. Disebabkan hujung tahun selalu hujan, jadi cuaca memang mendung jer sepanjang hari.

Barangan sovenir ada jual kat dalam ni
Antara barangan tradisional untuk dijual
Ikut tekak aku memang aku suka makan tebaloi ni
Lada Sarawak yang dikomersilkan
Banyak jer kedai-kedai sepanjang jalan ni berhadapan dengan waterfront

Alang-alang dah sampai sini jadi kami pun ambik kesempatan merasa naik perahu tambang dari Waterfront pergi ke kampung seberang. Aku dah pernah naik tapi adik ipar yang tak pernah kesian jugaklah kat dia, hehe.. Tambang pun okay sahaja RM1 seorang one way walaupun harga dah meningkat sejak last time aku naik dulu. Tak lama pun kurang dari 2 minit pakcik tu mengayuh dah sampai ke seberang.


Pakcik yang mula-mula segan tutup muka :)
Rilek jer dia mendayung, cuaca pun mendung sendu jer
Antara view boleh tengok kat waterfront ni



Dah sampai, orang lain pulak nak naik
Boleh percaya tak dengan safety jacket ni


Kalau kat kampung seberang tarikan utama adalah kek-kek lapis Sarawak yang banyak dijual. Ada jugak foodcourt untuk sapa-sapa yang rasa haus dan lapar lepas pilih kek tapi rasa aku tak tahu sebab tak pernah cuba. 



Di waterfront ni aku tengok ramai jugak orang datang lepak-lepak, ada yang jalan-jalan berlenggang ambik angin, ada jugak orang macam aku saja datang nak tengok orang, keh keh keh..

Tebingan sungai Sarawak ibu pertiwiku, chewahh..
Selain tu, ada jugak cruise ship package untuk sapa-sapa yang berminat menyelusuri sungai Sarawak sama ada melalui cruise ship (macam mewah jer bunyi) atau pakai bot penambang. Semua ada kat kaunter tebingan sungai tinggal nak tak nak jer.

Trylah naik sekali perahu tambang ni
Kalau ada datang Kuching tu bolehlah singgah-singgah waterfront ni. Cuba jalan kaki dari satu hujung ke hujung yang lain. Confirm boleh mengurangkan kolestrol badan, aku jamin. Boleh jugaklah cuci mata tengok bandar Kuching dari view pejalan kaki.

**Statement mempromosi tempat sendiri, yelah kan kalau bukan diri sendiri sapa lagi, hehe..
 








Monday, 15 July 2013

Fairy Cave Explore

continued from Serikin for budget shopaholic

Hai semua..

Journey nak ke Fairy Cave ni senang je lepas korang balik dari Serikin tu sampai satu simpang yang ada gua belah kanan, masuk kanan. Pas tu jalan terus nanti akan nampak simpang beserta dengan signboard nak ke Fairy Cave. Masuk kanan dan ikut jelah signboard tu sampai ke hujung jalan dah sampailah ke Gua tu.

Rumah disekitar kawasan fairy cave

Fairy Cave ni adalah gua batu kapur dan dipercayai menjadi penempatan manusia dulu kala beratus ribu tahun dulu kalo tak silap. Dia ada mitos yang tersendiri berkenaan penduduk gua dan sekitarnya yang kejam especially kat anak-anak yatim. Jadinya fairy kat gua tu marah dan menyumpah kesemua penduduk kat situ jadi batu. Aku ingatkan tanggang sorang jer yang disumpah macam tu..

Sebelum masuk gua kena naik tangga dulu yang agak tinggi sebab mulut gua tu bukan kat ground tapi belah atas. Masuk adalah free. Prefer bawak torchlight sebab kat permulaan gua dalam tu ada gelap sikit. Ataupun kalu malas macam aku guna light kat handphone jer pun cukup. Lagi bagus kalau pakai kasut yang ada grip tu sebab tangga-tangga yang ada dalam gua tu agak licin.

Nampak tak tinggi tapi semput jugak nafas aku naik
Actually aku tak pandai nak cerita banyak pasal ni jadi layan gambar jelah yea. Harap dimaafkan gambar yang kurang menarik since aku ni tak berapa pandai nak ambik. Petik pun ikut suka view aku jer..
 
Aku minta cousin aku jadi model kat sini..


Walk towards the light

Tengoklah betapa tingginya tempat kat sini, manusia kat bawah tu nampak kecik je





Actually, selain fairy cave ni, ada banyak lagi tempat menarik untuk dilawati kat daerah Bau ni seperti Wind Cave, Hot Spring, dan Blue Lake. Nanti-nanti kalau aku ada masa akan ku jelajahi tempat-tempat tersebut. Till then, bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...