Pages

Saturday, 14 June 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 09 - Angkor Wat & Bayon Temple

Assalam..

Angkor Wat Temple

Lepas dah kenyang dan pegi toilet segala, kami bertiga berjalan kaki ke temple pertama dalam list untuk dilawati iaitu Angkor Wat.


Pandangan dari Angkor Wat Temple. Jauh nak menapak dari entrance tu..
Memulakan langkah pertama touring..

Besar gedabak tempat ni. Walaupun masih awal pagi, tapi matahari mula memancar panas. Orang pulak tak payah cakap sangatlah ramai. Apa nak buat, temple ni yang terdekat sekali untuk di lawati lepas ambik gambar sunrise tadi.

Angkor Wat ni merupakan temple terbesar sekali kat sini dan meronda-ronda di sini dah cukup nak buat diri berpeluh tahap gaban. Campur belum mandi pagi dan cuaca panas terik, perfect recipe untuk menghasilkan bau badan tak best..

Bukan aku sorang jer tau, aku bet at least 90% tourist kat situ tak mandi pagi jugak, hehe..

Aku bukan pakar sejarah, bukan jugak ahli arkeologi jadi aku mengaku datang sini sebab nak lihat tempat ni secara real dan ambik gambar syok sendiri. Itu sahaja...

Jadi layan gambar jer lah yer..


Iye yer jer posing macam tau aku nak ambik gambar..





Stucture dalam temple


Binaan yang agak unik






Bila tengok dalam gambar macam tak gayat jer, padahal agak tinggi tangga ni
 

Banyak ukiran macam ni dalam temple


Ni lalu belakang tempat sembahyang orang
Group berjalan aku, si Ellie dan Keisha ni tak tahan panas jugak. Nampak sangat diaorang tak selesa kat sini. Laju jer jalan meninggalkan aku agak jauh kebelakang.

Tak habis pusing lagi, Ellie tanya aku nak keluar tak dari situ sebab dia tak tahan. Panas sangat katanya..

"LD, how about we proceed to next temple now.. It's really hot and I can't stand it."

Since aku ni travel bertiga, aku fikir tak elok jugak aku nak bantah. Kesian jugak aku tengok dia. Muka dah merah, baju dia dah buka tinggal singlet jer. Ni baru jer first temple.

Aku cakap okay, then kami bertiga patah balik cari tuktuk driver yang setia menunggu. Terkejut driver tu tengok kami sekejap sangat...

Ada lagi orang baru nak masuk
Budak budak performer
Biasalah pakcik, puteri lilin semuanya. Aku tengok baru pukul 8.30 pagi tapi panas macam pukul 12 tengahari (Ok, ni aku exagerrate sikit). Muka aku pun dah merah jugak aku tengok kat cermin....:)


Jadi, begitulah macammana kami bergerak ke temple kedua.

Bayon Temple

Dari jauh dah boleh kenal temple ni sebab muka-muka orang tu
Tak sangka dah jejak kaki kat sini..

Kalo rasa nak lihat muka orang diukir kat batu boleh datang sini. Ada macam-macam ekspresi muka yang diukir kat sini. Orang kata setiap ekspresi muka kat batu sini berlainan... hmm, aku tak perati betul-betul pulak kat sini.

Budak kecik ni sorang-sorang main sini. Manalah mak dia pegi..

Layan gambar lagi..

Runtuhan batu di perkarangan temple
Ukiran ni tak halus sangat macam yang lain
Selalu tengok pintu macam ni kat blog orang lain. Cantik jer aku tengok




Kat sini cuaca memang makin panas membahang. Aku tak tahan betul dan asyik nak cari pokok jer untuk berteduh. Lepas tu pau air mineral Keisha sebab aku tak bawa bekal pun, hehe..

Keisha baik. Dia tengok aku lagi teruk dari diaorang tahap kecergasannya, terus offer aku minum habis air dia pastu suruh aku duduk rehat dulu.


**Macammana nak daki gunung kalau temple pun tak mampu nak redah, hish hish..

Berehat sambil melihat view temple

"Ok, we just need to go the last temple then we go back. What you guys think?"

"Totally agreed"

Laju jer aku menjawab. Jadi, kami pun angkat punggung gerak balik mintak driver hantarkan ke last temple of the day..

to be continued..



6 comments:

  1. LD semua gambar cantik boleh buat poskad lah
    1 je x thn berkenaan siem reap ni sbb panasssss tp nasib baik waktu jm pegi bln januari nyaman je udara x panas sgt selesa je jln2. Pasni mesti pegi tempat lara croft tu kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih JM..:)

      Aaa.. panasnya sampai buat kulit muka sunburn. Ingat JM penah buat entri pasal ramalan cuaca hari tu kan.. memang lepas ni nak travel kena survey weather jugak macam JM, hehe..

      Yup.. lara croft next. Tengah menaip tak habis lagi..

      Delete
  2. Klu p sini mesti ingt lara Croft kan... hehe. . Masa u p ni weekend ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. temple kat sini memang sinonim dengan Lara Croft..
      Masa ni saya pegi hari Isnin. Agaknya kalo weekend berganda-ganda lagi umat manusianya..:)

      Delete
  3. P masa panas2 mmg asyik ingat nak balik hotel pastu mandi je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. samalah kita. Aku rasa rekod kot kat Cambodia ni aku mandi lebih dari tiga kali sehari:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...