Pages

Wednesday 15 May 2013

Malindo oh Malindo

Assalam semua..

Minggu yang agak busy dengan study. Next week dah final exam tapi sempat lagi curi masa nak menaip kat sini. keh keh keh..

Nak cerita alkisah last sunday aku pegi naik malindo air dari kuching ke kl. 1st time naik malindo jadi perangai pun macam jakun jugak ler.. sebab airline tu baru start operasi kat sini awal tahun ni jadi ingin jugak lah nak merasa naik. Asyik naik Air Asia dan MAS pun boring jugak kan. Untuk pengetahuan bagi yang x pernah naik malindo, diaorang akan bagi 15kg free luggage. Kat dalam kapal nanti diaorang akan bagi light refreshment berupa sandiwch dan air mineral. Agak oklah memandangkan perjalanan flight pun x sampai 2 jam. jadi sapa-sapa yang teringin nak naik malindo boleh klik kat sini www.malindoair.com.

So far Malindo ni xde web check in jadi terpaksalah datang awal ke airport nak kaunter check-in. Flight yang aku naik tu OD1601 pukul 10.20am depart. Pukul 9am baru sampai terus pegi chekin. Disebabkan kaunter dia x banyak sangat orang so proses nak checkin pun cepat jugak. 

Sementara nak boarding tu sempat jugaklah melantak breakfast kat Coffee Bean dulu. Biasalah nafsu makan besar breakfast nak kena ambik jugak walaupun tahu kat dalam kapal nanti ada free refreshment. Masuk-masuk nak boarding pukul 10.10am macam tu. 


"Food of Thought". Canggih betul nama menu ni




Inilah dia Malindo Air. B737 900 series. Badan dia panjang dari yang 800 series punya

Masuk jer perut kapal terus nampak stewardess dia yang comel-comel dengan baju kebaya. Nampak ayu betul lah. Terfikir jugak kalau aku nak pakai baju macam tu adakah akan secantik mereka.. huh, tanya diri sendiri tahulah jawapannya. Sampai jer tempat seat, aku dengan mulut yang tak tahu diam selamba jer tanyak kat stewardess tu nak mintak masuk cockpit. Aku bagi ler alasan aku kerja kat bidang yang berkaitan dan bla bla bla.. Stewardess tu dengan muka yang manis dan ayunya pun reply "Nanti saya pegi tanya kapten yer. Mintak cik punya ID jer". Wah, ada harapan ni aku fikir.

At first, aku masuk kapal ni, dia punya cabin tak jauh sangat beza dengan yang 800 series, tapi aku perasan dia punya leg room lagi besar. Skrin depan seat macam biasa ada so kita boleh pilih nak tengok apa-apa cerita yang kita nak. Aku mula-mula ingat nak tengok movie tapi memandangkan sehari lepas tu ada exam, dengan berat hatinya aku n terpaksalah bukak buku nota studi sepanjang flight tu. Nak buang rasa bersalah sebab tak studi lagi padahal test dekat.

Kapal berangkat dalam pukul 10.30am macam tu. x ler lewat sangat dari jadual. Sepanjang flight tu aku duduk menghadap buku sambil cuci mata tengok manusia kat dalam kapal. Sempat lagi tu, hehe.. Macam biasa tak lama lepas take off dan lampu memasang tali pinggang dipadamkan, ketua stewardess tu pun announce nak bagi makan. Yea!, aku cakap dalam hati jer tau. Walaupun dan melahap, tapi entahlah aku ni ciptaan tuhan yang suka makan. Tengok badan er..

Kebetulan hari aku naik flight tu Mother's Day, jadi diaorang stewardess tu pun buat satu game ala kuiz. Ni mesti diaorang punya marketing strategi kot. Sapa dapat jawap soalan dengan betul, hadiahnya upgraded seat dari kelas ekonomi ke kelas business. Boleh tahan jugak ni aku fikir. Tapi, sampai ke habis soalannya, satu pun aku tak tahu jawapan. Mana nak tahu dia tanya soalan berapa besar jarak tempat duduk, dan soalan -soalan yang berkaitan dengan aircraft diaorang. Takpelah, takde rezeki aku ni. Aku pun sambung balik studi sambil makan sandwich.
Inilah dia in-flight menu sandwich dan air mineral

Dalam 30minit sebelum landing tu, one of the stewardess approach aku tanya akukah orang yang request masuk cockpit tadi. Aku pun cakap iyer. Dia cakap kapten bagi masuk tapi tak boleh lama sebab kita dah dekat nak landing. Kebetulan time tu aku naik dengan kawan so kitaorang cepat-cepat ikut belakang stewardess tu nak pegi masuk dalam cockpit tu. Sebenarnya, aku ada experience jugak masuk cockpit sebelum ni tapi bukan type aircraft ni. Yang aku masuk before is A320 punya cocpit. Yang B737-900 ni aku perasan space dier lebih kecik lagi. Dahlah yang masuk 2 orang jadi tempat tu macam padat sangat aku tengok ditambah pulak dengan equipment aircraft yang banyak-banyak tu. Kapten dan co-pilot dia very nice. Since kitaorang dah masuk aku pun tanyalah segala macam soalan yang kalau aku kenang balik sekarang tu tahap budak kecik punya soalan. Well, opportunity nak masuk cockpit kan susah nak dapat so aku gunakan sebaiknya masa tu. Masa aku dengan kawan masuk tu, dia orang dan start descending. Sebab aircraft masih tinggi lagi altitude jadi bila aircraft turun tu masih x rasa lagi junamannya (betul ke word yang aku guna ni). Tengok keliling tu sambil imagine view dari pilot punya side, Subhanallah.. cantik sungguh ciptaan tuhan.

Aku letak jer gambar tapi entah apa bendanyer semua equipment ni

Lebih kurang berbelas minit jugaklah kitaorang kat dalam tu. Aku tengok both pilot fokus nak bagi kapal turun, jadi kami pun keluar dari situ dengan izin diaorang. At least, aku dapat tengok dan merasa live experience macammana pilot bawak kapal sambil semua passenger sedang nyenyak tido kat kabin.

Kapal landing lebih kurang pukul 11.50am. Awal dari yang dijadualkan sebab perjalanan die smooth by air traffic controller and weather also very nice. Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan servis diaorang. Stewardess die manis-manis termasuk kapten dan co-pilot pun sangat friendly. Their service makes me wanna use this airline again for my next flight. Its a wonderful experience even such a short period of time. Thank you Malindo Air. Hope to fly with you again next time..





Saturday 11 May 2013

For A Starter..

Assalam semua..

Dalam hati ni ada banyak benda yang nak diluahkan, dikongsi tapi otak masih lambat nak memproses apa yang patut ditulis dulu. Baik saya mulakan dengan perkara-perkara yang mendorong saya nak create blog jugak.

Beberapa tahun yang lepas ni terlalu banyak perkara yang telah berlaku. Itulah, sebab saya manusia biasa ada banyak kelemahan jadi cepat lalai. Satu-persatu dugaan datang menimpa sehingga saya merasakan diri hampir jatuh tersungkur. Nasib baik ada keluarga dan kawan-kawan yang memberi semangat dan nasihat. 

Alhamdulillah, setelah melalui fasa "dark period", sedikit demi sedikit langit mula cerah balik. Baik dari segi physical dan emosi. Tahun ni bermulanya 2013 hari tu saya dah start pegi kursus beberapa bulan meninggalkan anak-anak kat kampung. Bak kata pepatah sapa saya tak ingat, setiap benda yang kita nak atau kejar pasti ada pengorbanan yang perlu dibuat. Memang betul tu..

Sekarang ni masih concentrate lagi dengan kursus yang terakhir dalam kerjaya. Insyaallah, kalau pass nanti ingat nak ambik cuti panjang. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah..

Jadi, berbalik kepada tujuan nak create blog ni, saya teringat kawan-kawan saya cakap blog ni tempat meluahkan perasaan terpendam melalui penulisan. Kadang-kadang nak luah pakai mulut x terluah. Jadi, bila ada blog, tgh malam pun kalau x dpt tido atau tup tup teringat apa nak tulis, blog ni ader. ye x yer jugak kan. Saya nak mencuba bidang baru jugak rasanya sekarang ni. Dulu masa sekolah paling malas sekali nak buat karangan bahasa melayu. Harap selepas ni saya dapatlah jugak praktikkan apa yang belaja dulu-dulu. hihi...

Friday 10 May 2013

The Beginning of Writing

Assalamualaikum..

Hi semua.. permulaan untuk segala-galanya. Setelah berfikir selama yang mungkin dan terpengaruh dengan rakan-rakan yang ada blog akhirnya saya decide nak buat jugak. Rasa hati nak meluahkan cuma tak berapa pandai nak susun ayat. Maklumlah bahasa melayu zaman SPM dulupun cuma cukup makan jer. Apa-apapun saya akan cuba sedaya-upaya untuk mengupdatekan penulisan disini. Aminn..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...