Assalam..
08.04.2014 (Tuesday):
Pagi ni aku bangun awal sebab nak gerak ke Bangkok pulak. Excited rasa nak memulakan perjalanan baru.
Aku beli tiket bas melalui hostel ni jer. Bayaran 8usd dari Siem Reap ke Poipet. Dah lalu border nanti plannya nak naik train ke Bangkok. Kalo nak beli tiket direct ke Bangkok pun ada jugak, harga dalam 13usd.
Aku sajer nak feeling-feeling nostalgia tengok view kampung dari dalam train.. Tak fikir azab yang bakal menanti, huhuk..
Pukul 8 pagi datang sorang laki suruh ikut dia pegi ke arah bas menunggu kat persimpangan jalan tak jauh dari hostel. Tengok tiket bas akan bertolak pukul 8.30 pagi. Umm, bagus gak ready awal-awal cenggini. Boleh pilih seat cantik nanti.
|
Mengekor belakang mamat depan menuju ke bas |
|
Ingatkan ni bas kami, rupanya bukan.. kena jalan depan sikit lagi |
|
Ni pun bukan jugak.. |
|
Just a view from the bus |
Turn out sampai bas banyak betul dah orang. Memang takda peluang untuk duduk sorang-sorang sebab semua seat penuh. Tapi penuh-penuh tu, dapat jugak aku seat duduk sebelah sorang laki matsaleh hensem..
**Mode gedik muncul di awal pagi, ehem ehem..
Perjalanan bas ke Poipet ambik masa lebih kurang 3 ke 4 jam. Nak tengok view kat luar tak best sebab takda apa-apa untuk dilihat. Kering kontang jer dengan debu. Baik aku tengok muka mamat sebelah aku tu, lagi indah ciptaan tuhan yang sorang ni, hehe..
|
Adalah cerita driver ni pasang mula-mula, lepas tu tutup terus |
|
Seat lengang semasa berenti kat reststop |
Jadi apa aku buat sepanjang dalam bas tu, aku bantai tido jer. Nasib baik orang sebelah gentleman sikit, dia bagi ruang lebih besar untuk aku tido dan dia pegi menyempitkan diri kat tepi tingkap, hehe..
|
One of the rest stop |
|
Laki baju biru ni aku gelar raja Selfie. Berdiri kat situ ambik gambar sendiri dekat berpuluh-puluh kali.. macam-macam aksi dia buat. Kalah aku, hehe.. |
Sampai Poipet lebih kurang pukul 12 lebih tengah hari. Aku bergegas jer turun ambil bagpack berjalan ke arah Imigresen kaunter Cambodia. Tak akan sesat punya sebab driver ada bagitahu arah mana perlu dituju, ditambah pulak pejabat tu dah boleh nampak dari area kami diturunkan.
Untuk pengetahuan, Poipet merupakan sempadan Cambodia-Thailand dan salah satu sempadan yang sangat sibuk. Orang Thai nak ke sini,orang sini pulak nak ke Thailand. Tak campur lagi dengan foreigners. Manusia punyalah ramai quenya. Kaunter pulak ada 2 jer. Seriau aku rasa sebab aku perlu kejar train pukul 1.45 petang nanti ke Bangkok.
Aku spend kat sini dalam setengah jam jugak. Lepas cop pasport keluar dari Cambodia, kena jalan kaki pulak menuju ke Aranyaprathet. Tak lama jer, dalam 10 minit akan sampai pejabat imigresen dia orang.
|
Lepas imegresen Cambodia, kena jalan kaki lalu ke depan tu menuju ke Aranyaprathet |
|
Casino kat Poipet |
|
Bangunan kasino |
|
Aku tak tahu apa nama ni, some sort public transport gak.. |
Kalo dah sampai Aranyaprathet, maknanya ko dah officially sampai Thailand. No more Cambodia, boleh buang jauh-jauh dari ingatan, hehe..
|
Bye Bye Cambodia.. |
Tapi, sampai sini pun kena beratur gak untuk cop pasport masuk Thailand. Di sinilah aku banyak menghabiskan masa nak dekat 40 minit jugak beratur. Sakit jiwa time ni sebab aku takut tak sempat naik last train ke Bangkok. Kalo boleh aku memang tak nak spend semalam kat sini, nanges nanti..
|
Pegi kiri untuk cop pasport Thailand pulak |
|
Aktiviti warga lokal kat sempadan |
Kalo korang beli tiket bas direct ke Bangkok, tak perlu gundah gelana macam aku. Sampai Poipet tadi, korang akan dilekatkan sticker bewarna. Bila dah lepas imigresen Aranyaprathet nanti, akan ada ejen-ejen menunggu berpandukan warna sticker korang. Ejen ni akan bawak korang terus ke Bangkok menggunakan van. Katanya perjalanan ambik masa 4 jam SAHAJA..
Aku pulak memang menempa susah. Kalo guna train dari Aranyaprathet ke Bangkok ambik masa 6 jam. Tapi harus diingat train dari sini ke Bangkok hanya 2 kali sehari. Last train adalah pukul 1.45 petang. Tu yang aku nak kejar sangat bagai tak cukup kaki. Untuk kepuasan berganda katanya..
|
Pintu gerbang Thailand |
Bila dah lepas imigresen Aranyaprathet, aku berlari keluar mencari tuk tuk untuk ke train station. Pandai diaorang ni, nampak aku desperate and rushing semacam terus letak harga 80 baht kat aku. Bantai jerlah, aku rela daripada kena stay sini.
|
Naik tuk tuk ke train station. Nasib orang travel sorang, takda jumpa orang lain untuk share tambang |
Rupanya perjalanan pakai tuk tuk tak jauh mana pun. Kurang dari 10 minit dah sampai train station Aranyaprathet. Beli tiket keretapi ke Bangkok cuma beharga 48baht jer.
|
Sampai akhirnya.. |
Tengok-tengok jam, pukul 1.30 petang. Baru aku rasa lega. Ada 15 minit lagi, sempat untuk aku membeli air.
|
Beli air jer, nak makan tak yakin. Sejak pagi belum menjamah apa-apa lagi. Belek dalam beg cuma ada biskut Oreo, pathetic sungguh aku time ni.. |
Orait, panjang sangat dah ni. Next entri lah nak cerita pasal train ride ke Bangkok. Bye..
Baru aku nak ek, dah abes..ko sorg je rasa panjang..hahaha
ReplyDeleteAku penah baca memang seksa nak kejar train tengahari ke Bangkok tu, ada yg miss, seb baik ko sempat.
Haha!! gitu err..
DeleteTula, aku terpengaruh dengan cakap2 orang view sepanjang perjalanan train lawa2 sebab tu sanggup ambik risiko. Fuh, memang lega sangat2 sempat cuma jantung jer kerja keras:)
4jam?minivan siem reap to bangkok?tipu je..transit kat poipet je dah sejam setengah..modus operandi dia senang je, turunkan penumpang kat kedai makan, sambil nak tunggu van ke bangkok.hampeh kul 8mlm baru sampai khao san rd..baik naik tren lg aku rasa...
ReplyDeleteooh, gitu err.. 4 jam tu based on apa yang staff kat hostel tu cakap kat aku.
DeleteTakpe ler, at least pengalaman kan..:)