Pages

Friday, 27 June 2014

Seoul Trip; Done!!

Assalam..



Aku baru jer balik semalam. Trip yang singkat tapi bermakna. Walaupun asalnya nak sambung stay kat Seoul tapi mengenangkan Ahad ni dah start berpuasa aku stick to original plan.

Aku tak kuat lagi nak puasa sorang-sorang kat oversea, huhuk..

Anyway, lebih 50% plan aku ke laut kali ni. Banyak jadi tunggang terbalik disebabkan cuaca tak menentu, plus penyakit malas menyerang dan dicampur sesat barat menggunakan subway Seoul.

Kaki aku sakit bila terpaksa naik turun tangga kat sini.

Pengajaran utama, "Jangan Underestimate Pada Kekompleksan Subway di Seoul"

Sungguhpun macam tu, aku dapat pengalaman tak ternilai trip kali ni. Lansung tak tahu dan tak terfikir, aku akan menginap semalam di Jjimjilbang atas ajakan local people yang tak nak tengok aku tido kat airport.

Betapa naifnya aku terus setuju bila dengar bayar masuk cuma 9000won ajer..

Fuh, betul-betul aku terkejut dengan apa yang aku lihat, hehe..

Okaylah, aku akan ceritakan semua pada next next entri. Insyaallah, nak habiskan entri trip yang terdahulu walaupun hati tengah berkobar-kobar nak cerita pasal Seoul...

Kata orang tua, tak digalakkan untuk melangkah bendul, ye tak..

Till then, tata..



Sampai-sampai terus menerkam air glemer "Susu Pisang" dan T-Money
Antara rumah yang ada
N Seoul Tower waktu sendu
Free Guided Tour Di Gyeongbokgung Palace
Military personnel during DMZ Tour
The only mosque in Seoul
Aah, harapnya jodoh berkekalan antara korang berdua, hehe..
Selfie time in Nami Island, hehe..



14 comments:

  1. Bestnyaaaa pi korea..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang sangat bestlah..:) Terfikir kenapa lama-lama dulu tak teringin pun ke sini..
      Lambat nak dapat seru, hehe..

      Delete
  2. Citer... citer cepat ld. Heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tengah try untuk memcepatkan diri menaip..:)

      Delete
  3. Mcm best je trip ni ada scene saspend tu tp lambat lg nampaknya coz nk habiskan entry tertunggak katanye
    Pst: guna kamera ape ehh gambar santek, Jm tgh survey kamera nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. trip biasa jer JM. Saya pegi ke touristy area sebab nak tunjuk bukti kat orang kampung dah jejak kaki sini, heheh..

      Nanti saya try untuk speed up kan diri menaip.. kalo tak, basi pulak cerita kan..:)

      Ps: Saya guna compact kamera Fujifilm X20 JM. Untuk orang tak berapa pandai ambik gambar macam saya, kamera ni sangat sesuai.. Cute lagi tu, nanti JM survey err..

      Delete
  4. Singkat pun banyak tempat ko terjah.

    Aku dulu pun sakit dua-dua belah kaki turun naik tangga subway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku terpaksa sebab nak membaloikan duit tiket kapal terbang yang mahal, hehe.. Tak tahu bila lagi nak kesini:)

      Haha.. aku rasa tercabar pulak tengok makcik pakcik Korea naik tangga lebih laju dari aku...

      Delete
  5. LD, cuaca hujan ke? Saya pergi sama mcm awak tp last year.. x pe la LD, mna yg x sempt terjah tu blh visit next time.... subway mika mmg bnyk turun naik tangga dn jln jaoh kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa.. sekejap panas pastu hujan. Kemudian panas balik.. Betul2 memainkan perasaan pelancong macam saya, hehe..
      tula, harapnya adalah peluang untuk 2nd visit ke sini nanti. Baru sampai rumah dah start rindu balik kat tempat ni, hehe..
      aa, Subway diaorang memang mencabar, dalam kepala cuba fikir positif jer "harap-harapnya boleh menurunkan lemak-lemak di badan" bila tengok tangga yang tinggi-tinggi.



      Delete
  6. Subway kat Seoul mmg killer ... no wonder org2 depa kurus2 jer.. hari2 turun naik tangga subway kan ... errrr ade turun berat tak?? uhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. silent killer gitu. jeles pulak aku nengok diaorang ni slim2 belaka. Tengok badan sendiri, bertahun-tahun kot baru nak dapat figure macam diaorang, hehe..

      Berat aku naik pulak. Hampeh betul.. asal penat jer aku singgah 7e, pastu lunch & dinner kat luar confirm licin.. huhuk..

      Delete
  7. Aku senantiasa ada love hate relationship ngan tangga kat subway. Hihi nak dengar cerita Jjimjilbang. Cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu.. aku rasa ko dah blend in sebab memang kampung halaman kan, hihi..

      Jjimjilbang tu 18sx sikit, malu aku nak cerita tapi akan diusahakan supaya cerita nampak sopan..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...