Pages

Thursday 12 December 2013

Macau: Part 06 - Summary

Assalam..

Sebelumnya aku nak listkan antara blog-blog orang yang aku skodeng untuk menjadi rujukan aku untuk ke Macau:
Supermeng Malaya, Jari Manis, Shah-rule & Kaki Berangan
Terima kasih banyak kat diaorang ni sebab aku yang clueless lansung pasal Macau dapat info banyak especially part nak ke tempat-tempat menarik dan cara murah trip dengan naik free shuttle. Trip aku kali ni tak pakai duit banyak sangat dan aku banyak miss pegi tempat yang aku dah plan awalnya disebabkan kemalasan diri sendiri. Satu pengajaran untuk aku sendiri supaya lebih banyak bersedia dan berdisiplin untuk trip yang akan datang. Tapi tak tahu jugaklah kalau dah perangai aku ni pemalas beringat bagai nak rak pun tetap tak menjadi jugak. Jadi kalau ada sesiapa yang nak kesini bolehlah try pegi mungkin menjadi rujukan untuk aku pulak kalau-kalau nak repeat lagi ke Macau.

Macau Museum:
Museum ni aku dah sampai tapi tak dapat masuk sebab pegi salah hari. Operation hours dia aku ada letak kat sini. Sapa-sapa yang minat nak tahu culture tradition, sejarah atau gaya hidup serta benda-benda berkaitan dengan Macau bolehlah jengok kat sini. Tak jauh pun dari Ruins of St.Paul's cuma kena naik tangga sikit jer lagi.

Macau Mosque:
Sebelum pegi hari tu beria-ria hati aku masukkan masjid ni dalam list wajib pegi. Bila dah sampai, planning entah ke mana aku terus tak sempat jejak kaki ke sini. Since Muslim merupakan golongan minoriti jadi masjid dan kawasan perkuburan pun ditempatkan sekali kat sini.

Macau Giant Panda Pavillion:
Aku tak tahulah kenapa tapi automatik level jakun tu naik kalau sebut panda. Tulah pasal ada frust sedikit bila tak jejak kaki ke sini padahal senang nak reach via public bus. Tempat ni terletak kat Coloane dan entrance fee kalau tak silap adalah MOP10 sahaja.

Last day tu aku dah tak kemana-mana lagi except pegi cari makanan jer. Overall belanja kurang RM400 tak termasuk tiket flight. Part tido memang dah free, transportation pulak most of it free, jadi duit untuk entrance fee dengan makanan jer. 2 hari aku tinggal luggage kat kaunter bayar MOP160 (RM64). Souvenier aku beli fridge magnet jer asal cukup syarat ada kenangan. Rasanya tu jer kot belanja aku kat sini.

Banyak orang memilih untuk daytrip jer ke sini kalau destinasi asal adalah Hong Kong. Aku pulak dah sampai sini automatik mood berjalan jadi kurang bertukar menjadi nak senggang jer. Memang tak untung lansung kalau ada orang lain ikut. Boleh jer aku ronda-ronda bandar, taman dan laluan pejalan kaki ambik angin tak buat apa-apa selain tengok ragam orang jer. Tapi begitupun aku tetap puas rasa macam tak ingat segala masalah yang ada di tempat kerja. Kalau ikutkan tempat nak pegi mungkin tiga empat hari akan cukup untuk cover, memaksa aku untuk considerkan trip repeat ke sini. Alahai, tunggulah kalau ada rezeki dan umur panjang impian terjun dari Macau Tower akan tertunai, insyaallah..

Fighting walaupun tak kuat..

Finally kapal balik KL datang..
Kebulur nak makan sedap..
Memang sedap!! Antara favourite food to order kalau naik AA
Ni je lah yang aku beli. Fikir balik sekarang macam nyesal tak beli banyak hari tu.

Sunday 8 December 2013

Family Getaway: Zoo Negara

Assalam..

Sesungguhnya ini merupakan kali ke-3 aku menjengok ke sini. Bezanya kali ni aku bawak anak dan anak buah. Since kitaorang dah bercuti di KL jadi aku nak bawaklah diaorang tengok haiwan-haiwan secara berdepan. Asyik tengok kat tv macam tak syoklah kan..

Alkisahnya plan awal nak pegi pagi-pagi buta kononnya. Tapi entah kenapa dah jadi perangai satu keluarga kot susah sangat nak ikut apa yang diplan. Jadinya, bergerak dari hotel kat Masjid Jamek lebih kurang pukul 11 pagi. Naik Putra LRT ke KL Sentral pastu aku duduk sekejap berfikir cara yang paling effective nak ke zoo. Antara option yang ada adalah teksi dan bas. Fikir punya fikir aku pilih naik budget teksi which costs us RM22. Okaylah tu sebab kami pegi bertiga.

Entrance fee adalah RM30 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak. Macam biasalah bila dah masuk kitaorang terus bawak kaki memulakan pengembaraan di dunia haiwan. Jom tengok apa yang kami tengok..


Mula-mula nampak binatang ni..
Comel jer..
Memang comel
Lepak-lepak tengah hari

Budak-budak sekolah..

Satu-satunya gambar aku kat sini. Tupun dapat reflection, kesian betul..


Terlepas kali ni tak sempat nengok
Hippo hippie yeah..


Cik kam..

Ni pulak cik kangaroo

Batman..

 



Aku tak ingatlah binatang ni apa nama

Baca info yang ni namanya Sulong, tertua sekali dalam komuniti diaorang.. Tengok umur jauh tua dari aku


Tetiba aku terus teringat cerita Rise of the Planet of Apes tu.. seekor tu sebijik macam muka Ceasar..



Hyena, membuta jer..

Ni pun sama rilek..

Paling hampir rupa dengan kucing yang dibela

Apasal banyak sangat binatang kat sini tido jer kerjanya waktu aku datang. Mungkin dah kenyang lunch kot..





Alahai, cutenya..




Disebabkan kami datang lewat jadi tak sempatlah nak tengok performance kat situ. Nak tengok belah petang macam tak berbaloilah pulak nak duduk melangut kat situ. Tengok budak-budak cakap okey jer tak dapat tengok kurang sikit resa bersalah aku, hehe..

Aku sendiri personally tak adalah excited sangat sebab dah pernah pegi. Aku cuma seronok tengok gelagat budak dua orang tu yang aktif sangat jalan sana sini nak tengok semua binatang.

Kitaorang kat zoo ni sampai pukul 1 lebih tengah hari. Perut pun dah rasa lapar jadi kaki pun melangkah pegi keluar mencari bus stop. Balik ni aku tekad tak nak guna teksi sebab last time aku ke sini, aku kena overcharged dari teksi driver sampai RM53 untuk hantar ke KL Sentral. Nasib baik tunggu tak lama tengok ada bas aku pegi tanya kalau dia stop kat KL Sentral. Pemandu cakap tak tapi dia boleh berentikan kat stesen Dato Keramat dan dari situ aku boleh naik LRT pegi KL Sentral. Naik bas untuk 3 orang cuma RM4 dan seterusnya train cuma RM6. Memang jauh murah dan tak remeh sangat nak tunggu.

Zoo Negara sekarang ni ada tempat masih dalam renovation. Katanya akan ada exhibition panda coming soon. Mungkin kalau ada peluang lagi aku ke sini lagi hanya untuk melihat panda..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...