Pages

Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Saturday, 22 March 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 05 - 12 Hours Train To Surabaya

Assalam..

Susah betul nak cari idea menulis ni. Aku baru sedar tujuan trip ni adalah Bromo dan Ijen tapi dah part 5 tak sampai-sampai lagi ke situ. Adoi!! harapnya tak sampai berpuluh-puluh part untuk aku habiskan cerita.

Ok, bersambung cerita naik bajai pakcik hari tu.

Actually aku dah siap-siap beli train ticket ke Surabaya via online waktu kat Malaysia lagi. Aku pegi website utiket dan cari tiket paling murah sekali. Jumpa pukul 3.45 petang dari stasiun Pasar Senen, Jakarta dan sampainya pukul 4 pagi kat stasiun Pasar Turi, Surabaya. Fuh, bajet memang lenguh pinggang nanti.

Untuk pengetahuan, Jakarta ada beberapa stesen keretapi jadi bila korang dah beli tiket tu make sure kena tahu train station yang mana satu tempat bertolak.

Sepanjang perjalanan tu, aku berborak-borak gak dengan pakcik bajai tu. Satu ayat dia keep ulang-ulang kat aku bila tahu aku sorang-sorang jer travel.

"Hati-hati ya nak, jangan bercakap dengan orang sebarangan. Jaga begnya ketat-ketat."
"Bapak bikinnya saya takut ajer ya.."
"Bukan, bapak mo kasi tahu ada banyak orang jahat di dunia ini. Insyaallah, bapak berdoa pada Allah agar anaknya selamat sentiasa.."

Terharu betul aku rasa dengar orang berdoa untuk aku even dia tu stranger. Yalah kan, aku ni harapkan diri sendiri pun bukannya berani sangat. Kadang-kadang berjalan tempat orang senggang jer tak alert kiri kanan.

Ada tugu peringatan ni tandanya dah nak sampai train station tu
Pakcik bawak bajai
Bila sampai di stesen train, benda first kena buat dulu adalah tukar tiket online yang dibeli tu kepada tiket betul. Paling lewat boleh tukar adalah sejam sebelum masa departure train.

Aku sampai pun ngam-ngam masa terus lepas bayar tambang bajai kat pakcik tu aku pegi tukar tiket dan tunggu masa boarding train. Oh ya, pakcik tu mintak IDR 60ribu dan aku pun malas nak tawar lebih lagi sebab kejar masa.

Lautan manusia yang ramai menunggu train
Tengah tunggu train ni ada sorang makcik tegur aku dan typical aku terus ramah jer orang ajak borak. Rupanya makcik tu tengah tunggu anak perempuan dia, Shinta naik sama train dengan aku nak ke Surabaya jugak. Sepatutnya makcik ni ikut sekali tapi dia terpaksa cancel trip sebab ada kerja kat ofis. Agak rugilah, sebab makcik ni dah beli dua tiket sekali.

Borak-borak kosong makcik ni bagi cadangan kat aku duduk sama dengan anak dia nanti sebab dia risau anaknya sorang-sorang dalam train. Siap dia cakap guna jer tiket dia daripada terbazir macam tu jer. Kalau ikut tiket kitaorang, aku ni dalam couch O, iaitu tempat duduk paling murah sekali. Diaorang pulak kelas apa aku tak ingat yang pasti seat lebih mahal dari aku punya.

Untuk orang yang tak fikir panjang, aku pun confirmlah terima suggestion tu walaupun tak jumpa lagi Shinta tu. Nasib baiklah lepas tu nampak Shinta datang dengan patung teddy nya. Macam budak-budak pulak aku nengok walaupun umur 25 tahun, ditambah pulak dengan saiz badan yang kecik.

Train bergerak pukul 4 petang dan bila aku tengok seat yang aku dapat tu aku rasa tak menyesal terima offer makcik tu. Seat taklah menegak sangat dan aku bet agak selesa jugak berbanding seat yang aku beli online ni. Bersyukur jugak masa ni dipertemukan dengan family Shinta yang baik hati.

Ok jugak ada socket untuk charge handphone
Macam perkara biasa pulak aku tengok ada few cermin crack kat train ni

Perjalanan memang panjang dan aku banyak habiskan masa dengan berborak, membaca buku dan tidur. Train yang aku ambik ni murah jadi dia akan banyak berenti di sepanjang perjalanan.

Dalam train memang ada staf-staf yang akan kerap lalu nak jual makanan dan minuman. Pendek kata memang tak kebulurlah dalam train ni.

Suasana dalam train
Selain tu, diorang ada bagi sewa selimut dan bantal. Mula-mula aku ingat free jer, rupanya kena bayar dan pulangkan balik pada diaorang. Bantal IDR 7ribu, selimut pulak IDR 5ribu. Bolehlah untuk jadi sandaran badan dan kepala..

Bantal untuk disewa

Dapat tengok dengan jelas cermin yang retak
Muka yang keboringan
Train sampai kat destinasi pukul 4 pagi. Nak tahu apa hasilnya kat aku lepas tu..

i) Kepala dan leher aku sakit sebab tido tak betul. Aku syak tengah lena tu kepala aku tido menyenget jer
   memanjang.
ii) Pinggang aku lenguh yangggg amatttt!!
iii) Aku tido betul-betul nyenyak tak sampai 2 jam pun rasanya.
iv) Sebab aku satu seat dengan Shinta, nasib baik badan dia kecik jer. Jadinya aku tak sengaja ambik
     kebanyakkan space seat tu. Kesian dia kan sama tempat duduk dengan orang berisi macam aku..

Bila sampai tu, mula-mula aku dan Shinta dah berpisah sebab haluan lain-lain. Family Shinta dah tunggu depan station tu nak ambik dia. Aku pulak ingat nak stay kat surau stesen tu dulu tunggu matahari nampak sikit baru nak gerak keluar. Tak berani pulak aku nak jalan sengsorang pagi-pagi buta tu.

Tengah duduk melangut kat train station tu, aku nampak Shinta patah balik menuju ke arah aku. Rupanya dia nak ajak aku balik sama ke rumah dia dulu. Alasannya risau tengok aku sendirian kat situ. Nanti bila hari dah terang aku boleh naik teksi ke hostel yang aku dah booked.

Mulanya aku macam nak tolak sebab ingat nak plan berjalan-jalan di bandar awal pagi. Tapi mengenangkan tak cukup tido dan lenguh hampir keseluruhan badan, aku terima jugak pelawaan dia.

Sampai rumah dia, kami dua-dua terus jatuh terlentang atas katil yang nyaman dan selesa. Aku dah tak dapat fikir sangat time tu, yang penting nak dapatkan cukup rehat dulu sebelum menyambung perjalanan siang nanti.

Sebetulnya Shinta ni baik dan aku pun bertuah sangat jumpa family dia kali ni. Aku dapat upgrade seat hasil bantuan mak dia dan dapat tumpang tido kat rumah dia. Pastu siap free breakfast lagi pagi tu sebelum Shinta tolong temankan aku cari transport ke hostel.

Hanya Allah dapat membalas budi baik diaorang, aminn..

Rumah family Shinta. Actually ni rumah nenek dia sebenarnya

Suasana depan rumah awal pagi
Matahari dah memancar terik

Monday, 17 March 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 04 - MONAS

Assalam..




Logik tak kalau aku cakap aku hanya bergerak dari rumah untuk jalan-jalan nak dekat pukul 12 tengah hari. Memang tak boleh blah lansung. Yang ini aku salahkan diri sendiri dan jugak seorang guest kat rumah tu yang buat aku rasa tak nak keluar sepanjang hari, hehe.. (statement gedik ni)

Plan asal nak keluar awal pagi terpaksa aku ubah disebabkan hal pagi tu. Nantilah kalau aku tak rasa segan aku cerita dalam next-next entri.

Disebabkan keluar lewat, aku hanya sempat ke Monas jer. Tupun macam terkejar-kejar jugak sebab aku dah beli train tiket ke Surabaya petang tu pukul 4. Hajat hati nak masuk Masjid Istiqlal pun tak tercapai jugak padahal dua tempat ni berdekatan jer jalan kaki.

Dari hostel aku ke Monas ingat nak jalan kaki. Mula-mula memang bersemangatlah kononnya tapi tak sampai pertengahan jalan aku dah mengah sikit. Nampak sangat tak pernah exercise dah tu bawak berat badan yang boleh tahan ni.

Akhirnya selepas dipujuk rayu oleh beberapa orang bapak-bapak indon ni aku mengalah jugak pada naik ojek mereka. Pakcik tu caj aku IDR 10ribu. Tupun lepas aku merayu-rayu mintak kurang dari IDR 20ribu.

Kenang balik mudah jer aku nak membonceng motosikal orang laki kat tempat orang padahal kat tempat sendiri haram jaddahlah aku nak buat begini. Kalau family aku tau memang confirm aku dapat dengar syarahan agama free.

Oklah, nak tau apa yang menarik sangat pasal Monas ni? Aku pun tak berapa tau jugak mulanya. Banyak kali dengar orang lain sebut datang Jakarta mesti nak pegi sini aku pun wonder jugaklah. Jadi, jom kita sama-sama lihat apa yang ada kat sini.

Monas dari kejauhan

Hari Sabtu ni budak-budak buat lawatan


Banyak giler orang begini pakai pakaian bermacam-macam pastu kalau ada nak bergambar dengan diaorang kena charge. Budak sebelah tu bawak tabung berisi duit.


Oklah, tak mahal nak masuk
Ukiran sepanjag dinding pagar mengelilingi Tugu Monas

Jadi masuk dalam Monas ni kita akan nampak satu ruang hall yang besar dan mempamerkan diorama sejarah Indonesia dari zaman batu sampailah sekarang.

Tahu tak apa tu diorama? Aah, kalau tak tahu, boleh klik Diorama.

Ada berpuluh-puluh display diorama kat hall ni. Satu cara yang bagus kalau nak kenal Indonesia lebih dekat. Aku layan jugak tempat macam ni especially tengok display yang cantik-cantik jer modelnya.

Jom tengok sebahagian sedikit diorama yang aku sempat ambik..

Ni zaman batu
Boleh baca penerangan untuk setiap diorama ni


Pengunjung yang lain pun khusyuk jugak membaca info
Keluasan hall kat dalam Monas
Budak-budak dengar cikgu bagi penerangan


Kalau aku tak silap, ni masa 1st presiden of Indonesia angkat sumpah pegang jawatan

Hari mengundi memilih wakil rakyat


Penat kat dalam, pegi keluar pulak tengok pemandangan sekeliling Monas

Actually Monas ni ada observation deck kat level atas tower tu. Tapi malang sikit waktu aku pegi tu masih tutup pulak sebab ada kerja maintenance dijalankan. Tak tahu sampai bila baru bukak.

Aku puas hati kat sini sebab aku banyak dapat knowledge pasal sejarah Indonesia. Yela kan, muzium memang satu tempat yang bagus untuk kita tahu lebih pasal sesuatu tempat yang kita pegi tu. Kalau datang sekejap jer kat Jakarta, bagi aku memang berbaloi singgah sini. Kalau dapat naik observation deck tu lagilah best..

Aku berjalan-jalan perut aku dah lapar. Nasib baik tengok banyak gerai dan orang jual makanan tepi-tepi jalan. Aku memang tak kira sangat time tu asalkan ada makanan yang nampak menyelerakan memang aku beli.

1st time pulak aku tengok menu ni. Siap tengok abang ni buat instantly kat situ.
Ramai orang cakap datang Indonesia tak sah kalau tak cuba minum teh botol. Kiranya aku ni dah sahlah kan penah pegi sini, hehe..
Nasi ayam bakar, rasanya bolehlah..
Nilah kerak telur Betawi. Jangan dipandang paras rupanya sebab bila masuk tekak aku sangatlah sedap.
Ada jer basikal untuk disewa dan tram nak mengelilingi Monas
Lepas selesai makan dan tour Monas, aku berkira nak ke masjid yang berdekatan. Tengok jam, alamak... dah pukul 2 petang. Memang tak sempat ni kalau aku tak gerak sekarang ke hostel. Dengan hati yang ralat, aku let go masjid tu terus keluar cari public transport nak balik hostel.

Jalan sikit jer keluar, ada banyak orang pemandu menyapa-nyapa offer kita naik. Aku rasa nak cuba lain pulak kali ni. Nampak seorang pakcik bawak bajai tegur tanya aku nak kemana. Telek sikit muka pakcik tu macam baik jer aku pun naiklah suruh dia hantar ke hostel.

Sampai hostel, aku mintak pakcik tu tunggu aku suruh dia hantar aku terus ke train station. Senang cerita tak payah aku nak terkedek-kedek bawak beg berat cari transport lain pulak.

Sebelum keluar dari rumah pagi tadi aku dah siap checkout jadi datang nak ambik bag jer lah. Bergegas aku masuk rumah ambik bagpack pastu pegi cari Nikmah nak say bye-bye. Lepas peluk cium seadanya, aku mengorak langkah keluar. Sempat aku terserempak lagi dengan sorang guest yang buat aku tak nak keluar pagi tadi. Masih awkward kami berbalas senyuman dan bye-bye. Pastu terus aku berjalan tak toleh-toleh belakang lagi dah. Tak tahu boleh janggal pulak aku kali ni maybe sebab peristiwa pagi tadi.

"Pakcik, sekarang bawak laju-laju sampai train station ya," begitu aku arahkan pakcik tu macam boss.

Wednesday, 12 March 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 03 - Malam Yang Bingit di Jakarta

Assalam..

Dah masuk hari ke-5 pencarian tapi belum ada tanda-tanda flight MH370 dijumpai. Sampai saat ni aku masih mengharapkan keajaiban dari Allah untuk kesemua anak kapal dan penumpang flight tu. Aminnn..

Dah, berbalik semula kepada tajuk..

Masuk bilik keluarkan barang-barang personal aku pegi bersihkan diri dan berehat sementara tunggu pukul 7 malam. Malas pulak aku nak keluar, takde mood dulu nak berkenalan ngan orang lain walaupun dari dalam bilik aku boleh dengar mamat-mamat tu sembang kencang kat ruang tamu.

Bila waktu dah cukup, aku bersiap-siap dan dandan cantik-cantik (cantiklah sangat) pegi cari Nikmah. Dia baru habis shift nak mandi dan solat dulu. Sementara tunggu dia, aku pegi berbual dengan Erna, staff kat situ jugak. Tak lama jer Nikmah dah siap dan kami berdua pun melangkah keluar cuba menghirup udara malam kat Jakarta.

Dari hostel ke jalan besar memang tak jauh tapi kalau sorang-sorang mungkin kena hati-hati sikit. Jalannya agak sunyi cuma beberapa motosikal lalu-lalang kat situ. Tapi bila dah masuk jalan besar, 100% keadaan berubah. Kereta bertali arus dengan motor yang cedok sana sini walaupun malam. Belum lagi masuk bunyi honking all the time yang membingitkan. Sejujurnya, aku pening dengan keadaan trafik di sini.

Berlambak ojek kat sini
Keadaan trafik macam siang hari pulak
Kami berdua berjalan perlahan-lahan tanpa arah tujuan. Nikmah tanya aku nak ke mana tapi aku pun tak tahu ikut jer kaki melangkah. Last-last dia bawak aku pegi ke shopping mall terdekat kat situ Gajah Mada Plaza.


Gajah Mada Plaza, walking distance dari hostel


Kami kat sini tak lama pun sekadar window shopping dari ground level naik ke level atas pastu pusing-pusing mall tengok orang. Aku memang takde keinginan dulu nak bershopping sebab perjalanan masih panjang lagi. Ni baru jer hari pertama menangis nanti dah keluar duit banyak.

Chinese New Year baru jer berlalu, jadi ada orang buat performance kar sini


Diskon ke diskaun..
Keluar dari plaza tu, kami berdua menaiki jejantas hendak ke seberang jalan. Tengok ada sorang mak bawak baby lagi tengah tido mintak sedekah kat jejantas hati aku jadi sayu. Baby tu sepatutnya time ni tido dengan selesa kat rumah bukannya menemani mak dia duduk atas surat khabar lama kat jalanan. Terus teringat kat anak sendiri kat rumah. Alahai.. syahdu betul aku rasa.

Grand Mercure Hotel, tempat mahal nih..

Trafik trafik dan trafik..
Tak ker stres rasanya malam-malam pun cenggini

Mencari rezeki halal..

Plaza dari arah jejantas
Entah building apa pulak tak tahu

Jalan-jalan tengok banyak gerai tepi jalan jual aneka makanan local. Ada nasi goreng, mee ayam, lalapan dan popular sekali gerai bakso. Orang macam aku disuakan benda macam ni of courselah mudah tergodakan. Tapi disebabkan mata rambang tak tahu nak cuba apa end up kami berdua tak beli satu apa pun makanan.

Ada lalu McDonald, Nikmah tanya aku nak makan kat situ tak. Amboi!! aku datang dari jauh taknalah pegi makan McD jer. Motif mestilah nak merasa local cuisine. McD tu berlambak kat Malaysia aku nak ketepikan dulu kalau kat tempat orang. Unless kalau dah takde choice maybe aku akan consider jugak.

Last-last lenguh kaki berjalan nampak pulak satu kedai makan yang agak okay rupanya. Kami masuk dan lepas belek-belek menu aku pilih sate ayam dengan Es Tea. Nikmah pun ikut apa yang aku pilih.

Lepak-lepak kat kedai tu sambil borak-borak kosong dengan Nikmah dan tuan punya kedai. Pakcik tu cakap senang orang nak detect aku ni bukan local walaupun pakai tudung sebab bila aku bukak jer mulut bercakap indon, slang tu lari habis. Alorr, baru jer aku berkira-kira nak pretend jadi orang sana sekejap untuk elak kena tipu.

Selesai makan, kami berdua minta dirik nak balik. Tapi balik tu kitaorang pusing guna jalan jauh sajer nak ringankan perut yang penuh kekenyangan. Okay jugaklah Nikmah sudi nak temankan aku jalan-jalan. Kalau sesorang memang aku tak berani ambik risiko jalan kat tempat sunyi dan gelap kat sini.

Jalan balik yang sunyi
Sampai balik hostel nak dekat pukul 10 malam. Macam biasa kat ruang tamu nampak geng-geng matsalleh tu tengah lepak sambil menjamah pizza hut. Berbalas senyuman aku terus masuk bilik bersihkan diri ready nak masuk tido. Esok dah nak ke Surabaya pulak, tak sabarnya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...