Pages

Monday 24 February 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen

Assalam..

Alhamdulillah, aku berjaya jugak menjejak kaki ke Mt.Bromo dan Kawah Ijen minggu lepas. Pelbagai kisah suka duka aku alami disebabkan pegi sana tak kaji betul-betul. Aku berjumpa dengan orang yang baik-baik dan sanggup tolong walaupun tak kenal satu sama lain. Tapi adatlah kan dimana ada orang baik mesti ada orang yang tak berapa baik. Aku rasa penghujung trip aku kena tipu tapi nak fikir baik punya pasal aku anggap tu sebagai rezeki diaorang jer.

Trip aku bermula dengan flight ke Jakarta menggunakan Kuwait Airways. Dari Jakarta aku guna train ke Surabaya dan kemudian menggunakan public bus ke Probolinggo. Di Probolinggo aku stay kat rumah local sana (jumpa through couchsurfing) dan host tu bawak aku ke Mt.Bromo dan Kawah Ijen. Selesai semua aku guna bas awam balik ke Surabaya sebelum balik ke Kuala Lumpur menggunakan Air Asia.

Semua journey kat atas ni ambik masa seminggu jer. Kebetulan hari aku bertolak ke Jakarta, paginya gunung Kelud tu meletus menyebabkan beberapa airport di Indonesia diarahkan tutup termasuk Surabaya. Nasib baik juga aku tak pegi direct ke Surabaya dari KL. Memang ada hikmahnya jugak aku guna jalan jauh sikit kali ni.

Macam biasa, aku pegi sorang jugak tak ada teman. Walaupun beseorangan tapi aku tak rasa sunyi sebab ada jer orang dijumpa untuk berbual. Buat jer muka naive, baik dan friendly pasti ada orang tegur, hik hiks..

Sekarang ni mood nak menaip takde dulu. Gambar diambik pun tak habis edit lagi. Nanti kalau angin rajin aku datang baru aku buat essay panjang cerita aku kat sana.

Till then, tata..


Kali ni guna Kuwait Airways pulak:)

Macet yang amat!!! Pening..

Sate ayam tapi jujurnya aku rasa kat Malaysia jauh lebih sedap, ke aku salah masuk kedai tak pandai buat sate..




Tanah runtuh kat sekolah








Monday 10 February 2014

After a Long, Stress Work

Assalam..

Lama jugak aku tak update apa-apa kat blog ni.

Since last year a lot of things happened to my life and kemuncaknya bulan lepas aku kena endure intensive training starting from September before being rated as a qualified worker kat ofis aku. Phewwhhh..

Alhamdulillah, after all the pain and gain, aku berjaya jugak lepasi semua tu. Bak kata kawan aku, semua tu hanya permulaan, cabaran yang lebih besar akan datang yang penting jangan terus duduk menggoyang kaki macam orang malas...:)

Okeylah, tak nak cakap banyak. Can't wait for my next coming trip soon which is few days left. Hopefully bolehlah merehatkan minda menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, (poyo betul, hehe..)

"Jadi, Gunung Bromo yang cantik, tunggu aku datang yer.."

Credit from Google


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...