Pages

Friday 6 March 2015

Ayubowan Sri Lanka: 06 - Derita Mendaki Adam's Peak

Assalamualaikum..

Pukul 2 pagi aku terjaga tanpa paksaan sesiapa. Masih mamai dan kesejukan aku gagahkan diri membasuh muka. Sejuk betul kat sini walaupun bilik tak beraircond dan berkipas. Selimut yang disediakan habis dipulun oleh aku sorang, ggrrrr....

Untuk mendaki ni, aku hanya menggunakan tracksuit dan tshirt. Sweater beserta raincoat disimpan dalam beg. Satu botol air mineral besar aku dah siap beli siang sebelumnya di kedai runcit. Paling sempoi, untuk mendaki kali ni aku terpaksa rela pakai selipar jepun memandangkan kasut aku masih tak kering lagi (Kisah kasut aku yang basah boleh rujuk balik sini).

Menggeleng kepala Daniella tengok aku pakai selipar jepun nak mendaki. Takpe babe, tapak kaki aku dah tebal jugak dah macam orang Sri Lanka, hiks...

Pukul 2.30 pagi aku, Daniella dan satu couple traveller memulakan perjalanan menuju ke Adam's Peak.

Sebelum aku terlupa, Adam's Peak (aka Sripada as known by locals) merupakan gunung yang berketinggian 2243m dari paras laut. Terdapat lebih kurang 5500 tangga untuk didaki sebelum sampai ke puncak. Di puncak gunung ni terdapatnya formation batu yang dikatakan footprints kepada Nabi Adam a.s mengikut kepercayaan Muslim dan Kristian. Untuk Buddhist, dorang percaya tapak kaki tu kepunyaan Buddha manakala Hindu pulak percaya tu tapak kaki Shiva.

Unik kan bila mengetahui satu struktur sebegitu membawa kepada pelbagai interpretasi kepada agama yang berlainan.

Anyway, pendakian ke Adam's Peak ni lebih kepada perjalanan keagamaan untuk Buddhist sebab itu sebagai simbolize ketaatan dorang kepada agama anutan. Paling jahat, sekali seumur hidup dorang kena menjejak kaki ke puncak ni.

Aku pulak.... umm, sepertimana tourist yang lain aku mendaki sebab tempat ni sounds intriguing. Tak sedar diri kemampuan tak sehebat mana, bulat keputusan aku nak buat tanpa fikir panjang.

Okay back to the story, bersemangat tau aku pepagi buta memulakan langkah. Tengok kat jalan, ramai giler ummah manusia bermacam warna kulit beriringan berjalan awal pagi tu. Since sekarang ni memang season pendakian, teashop banyak jer dibuka sepanjang laluan mendaki. Cuma semakin tinggi kedudukan teashop tu, semakin mahal lah harga minuman dan makanannya.

One of the tea shop
Semalam aku dah cakap awal dengan Daniella yang aku nak ambik my own sweet time mendaki dan aku tak fit untuk keep pace yang laju macam dorang. Lagipun, aku tak suka bila dengan langkah aku macam siput sedut nanti akan melambatkan orang lain pulak.

Daniella pulak memang nak cepat-cepat sampai puncak, nak kejar sunrise katanya. Both of us agreed that no hurt feeling taken, kami berdua akan mendaki ikut pace masing-masing. Jumpa saja di puncak nanti, kalo sampailah...

Aku rasa untuk setengah jam pertama, pendakian tak susah sangat sebab jalan masih landai. Adapun menaik tapi masih bearable lagi. Tengok kiri dan kanan, muka foreigner jer penuh dan aku masih sempat mendaki sambil menyanyi sendiri menyelami keindahan alam di pagi buta. Alangkah indahnya masa tu...

Another tea shop, tak tahu setakat mana dah ni.. Capek bangattt!!
Derita mula terasa bila masuk ke pendakian yang dipenuhi tangga. Rasanya kalau orang lain kerjanya naik turun tangga tiap hari tak terasa apa-apa kot. Aku ni dahlah kerja kat ofis pakai lift memanjang, jumpa tangga pun kat rumah tak sampai 10 anak tangga. Giler tak shock betis aku bila dihadap beribu lemon tangga yang entah bila nak habis...

Pendaki-pendaki yang ramai beriringan dengan aku tadi mula berkurangan sedikit demi sedikit. Daniella memang dah jauh kehadapan sampai tak nampak batang hidung. Dari berbelas orang, tinggal 10 orang, pastu berkurang lagi ke 2 orang. At last, satu masa tu aku sorang-sorang jer mendaki jauh terkebelakang berbanding orang lain. Nampak tak betapa siputnya aku kat sini...

Jumpa satu tea shop, aku berenti kejap melepaskan lelah. Order milk tea sambil ambik nafas panjang mintak dikuatkan lagi minda aku untuk ke puncak. Tak tahu pukul berapa sekarang, aku hanya ingin menikmati apa yang ada di sekeliling. Sengaja aku tak nak tengok jam sebab nak elak psiko kepada diri sendiri.

Sorang dua pakcik di kedai teh yang berkelubung dalam selimut menegur sambil memberi semangat kat aku untuk meneruskan pendakian. Terima kasih banyak pakcik, saya tak akan giveup!!

Agak-agak dah bertenaga balik, aku gerak meninggalkan teashop sambung mendaki. Time ni, aku memang dah mendaki sengsorang. Ada satu part, aku rasa giveup nak turun balik ke base bukan sebab aku penat sangat tapi sebab aku tersangat takut dengan keadaan sekeliling.

Bayangkan mendaki tengah hutan dalam gelap tak ada orang lain aku nampak, pastu dengan bunyi cengkerik jer memanjang mau aku tak teringat dengan hantu!!

Agaknya tuhan nak tolong, saat-saat aku decide nak turun balik aku dengar bunyi manusia bercakap dari arah bertentangan. Nampak sekumpulan budak muda Sri Lankan yang dalam perjalanan balik ke base. Sangat friendly walaupun tak pandai berbahasa omputeh, menegur aku sambil menunjukkan arah ke atas bagi semangat aku untuk meneruskan pendakian. "Akak boleh!!" kata mereka..

Masa ni masih banyak lagi tourist yang menyaingi pendakian
Acapkali aku terserempak dengan penduduk tempatan samada yang naik menyaingi aku ataupun baru turun dari puncak. Betapa tabah dan gigih dorang untuk mendaki ke sini bersandarkan kepada kepercayaan terhadap agama mereka. Paling tak tahan, aku tengok ada yang mendaki berkaki ayam pun selain dari yang memakai selipar jepun seperti aku. Malah ada satu keluarga Buddhist ni bawak anak perempuan yang kecik lagi mendaki ke atas...

Malu aku dengan budak pompuan tu lebih kuat dari aku...

Satu aku terharu yang amat bila aku ditegur oleh sekumpulan Sri Lankan yang tengok aku berenti lama ambik nafas kat tangga. Sambil mengeluarkan biskut dan air dari dalam beg, sorang anak muda tu hulur kat aku sambil beri semangat. Nak menangis akak tau tengok kebaikan dorang ni, huhuk..

Agaknya perasan aku mendaki seorang, asal ada jer lalu sekumpulan manusia memang mereka buat muka kehairanan tengok aku especially penduduk lokal.

"Hello, you Japanese?" sambil tersenyum..

"No, I'm from Malaysia"..

"Ohh.. you Buddhist?"

"No, I'm Muslim..."

Dialog yang sama ini berulang tayang sepanjang aku mendaki. Nampak sangat keasingan rupa aku di bumi Sri Lanka ni sampai ajaib betul dorang tengok.

Dari satu jam, berlarutan ke dua jam sehingga ke tiga jam mendaki masih tiada tanda-tanda aku sampai ke puncak. Tangga yang didaki seumpama tiada berpenghujung dan menjadi semakin cerun. Pantang nampak Tea shop di sepanjang laluan tu, aku berenti singgah sampai tak terkira cawan milk tea aku hirup kat sini. Hati tak sabar-sabar mo sampai ke puncak walaupun perjalanan masih panjang. Time ni mulut rasa nak menyumpah-nyumpah jer bila tengok tangga yang aku kena hadap lagi.

Seriously, aku benci tahap dewa dengan tangga masa ni. The only thing yang masih kuatkan semangat aku mendaki adalah kerana aku lihat penduduk lokal like makcik pakcik dan anak-anak kecil yang sanggup meredah kepenatan untuk naik ke puncak.

Dorang pun manusia biasa jer boleh gigih sebegitu. Mana boleh aku putus asa dengan mudah terhadap kesusahan yang sedikit macam tu. Orang lain elok jer boleh senyum-senyum lagi mendaki..


Kesejukan sangat terasa di atas ni..menggigil aku. Time ni sikit lagi nak sampai, yea!!!
Aku hanya sampai ke puncak bila jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Tepat-tepat aku ambik masa selama 4 jam jika dibandingkan dengan orang lain dalam 2 ke 3 jam sahaja. Time ni sunrise pun dah lari aku hanya ambik gambar dan melihat view sekeliling sambil memerhati upacara keagamaan Buddhist kat atas ni. Masa kat atas ni, baru aku memakai sweater sebab cuaca menjadi sangat sejuk sampai bergetar aku dibuatnya.

One thing aku tak masuk adalah kuil di puncak ni di mana terdapatnya footprint tu. Alasan yang sama, aku kena tanggalkan penutup kepala sebagai tanda respect which i would never do..

Takpelah, jika tudung dijadikan harga untuk masuk temple, aku tak ralat untuk melepaskan peluang menyaksikan tapak kaki tersebut.

Dah sampai ke puncak ni pun aku sangat bersyukur sebab aku sendiri tak percaya yang aku boleh buat. Jadi, moral of the story, never say never to something you haven't try. Just give it a shot at your best and you'll be amazed by what your body is capable of doing.


Berada di puncak semasa hujan lebat, sunrise memang takde masa ni
Sekumpulan lokal yang sporting
Ada yang dah nak turun balik
Penganut Buddhist beribadah dan berdoa.. Aku jadi tukang perati jerk..
Ini baru sedikit ummah sebab ramai yang dah turun balik...
Tangga ini menuju ke kuil di mana terletaknya "footprint" tersebut. NO ENTRY for LD!!!


Dah dah, stop bercengkerama sengsorang kat puncak Adam's Peak. Aku mesti turun balik ke base sebab takut jadi hilang pedoman bila lama sangat kat atas ni..

Sekiranya pendakian naik aku hampir menyumpah-nyumpah, nak turun ni lagilah aku menderita. Betis dan kaki aku tersangatlah perit dan tegang sampai aku rasa nak menangis. Sakit tak terkata bila setiap kali turun tangga tu urat betis aku tegang sehinggakan aku terpaksa bertahan dengan rail besi di sepanjang laluan tu. Gila aku memikirkan perjalanan jauh yang perlu aku tempuh pasni dengan keadaan kaki yang sakit sebegini.

Perjalanan turun yang menyeksakan..
Pakai Selipar Jepun dan aku berjaya survived until puncak. Tak digalakkan untuk berbuat begini kecuali terpaksa..
Dah nampak first teashop kat bawah tu.. singgah lagik aku untuk kumpul energy
Merasa kuih ni di salah satu teashop. Tak tahan aku, pedas yang amat!!
Aku hanya berjaya sampai ke guethouse aku bila jam menunjukkan pukul 11 pagi. Bravo!!! pecah rekod dengan ambik masa paling lama, kura-kura pun tak selama tu...huhuk..

Hanya bertemu balik dengan Daniella di guesthouse tersebut dan dia dah siap berkemas untuk meneruskan perjalanan ke tempat lain. Aku pulak nak membersihkan diri dan berkemas sebelum checkout dari guesthouse.


Nota untuk sesiapa berminat mendaki:

- Bergantung kepada preference individu, masa popular untuk mendaki biasanya 2 ke 3 pagi untuk mengejar sunrise manakala ada yang lebih suka mendaki bermula tengah hari untuk melihat sunset. Pilih waktu mendaki yang diri sendiri gemar..

- Musim untuk mendaki Adam's Peak bermula pertengahan Disember sehingga Awal Mei setiap tahun. Masa ini teashop banyak dibuka sepanjang laluan ke puncak Adam's Peak. Tiada masalah untuk mendapatkan bekalan minuman dan makanan.

- Dikahabarkan ummah tersangat ramai mendaki semasa SriLankan New Year (mid april), hujung minggu dan "Poya Day (full moon)" . Elakkan mendaki masa ini untuk mengelakkan berhimpit-himpit di atas puncak..

- Sepanjang mendaki boleh perasan waterfall yang sangat cantik. Kalau ada masa terluang dan lebih, boleh trekking ke waterfall yang berdekatan selepas menyelesaikan misi mendaki.

- Mendaki tanpa guide adalah possible and i dit it. Most of the route adalah bertangga dan jika mendaki waktu malam, terdapat cahaya lampu yang menerangi laluan bagi membantu pendaki. Dan jika anda sangat penakut seperti saya, usah gusar kerana teashop yang dipacak sepanjang laluan ada manusianya.. Cepat-cepat lari ke situ kalau minda dah tak betul berfikir makhluk-makhluk halus datang ganggu... hehe..

- Last sekali, mendakilah ikut keselesaan diri. Biar lambat tapi yang penting tetap meneruskan langkah. Cuba untuk menikmati alam sekeliling untuk mengubat / melupakan rasa penat mendaki. Abaikan melihat jam kerana itu penyumbang utama kepada perasaan gundah sewaktu mendaki.


Sekian, to be continued...





Monday 23 February 2015

Ayubowan Sri Lanka: 05 - Dari Kandy ke Dalhousie, Kaki Gunung Adam's Peak

Assalamualaikum..

Bangun pagi tu, aku masih terasa sakit kat betis. Sapu lagi Tiger balm bebanyak bajet boleh kurangkan perit berjalan. Tak sangka macam ni sekali penangan mendaki semalam,  huhuk..

Lepas breakfast, aku terus checkout dan amik tuktuk pegi ke Kandy train station. Sedih sikit rasanya meninggalkan family Dilini yang baik dan layan aku macam anak sendiri.

Lambai tangan slow slow sambil kesat air mata dalam tuk tuk, sob sob..

Actually plan aku hari ni adalah untuk ke pekan Dalhousie, kawasan terdekat untuk stay sebelum mendaki Adam's Peak. Kena bertolak awal sebab perjalanan agak panjang dan menggunakan combinasi train dan bas.

Dari Kandy boleh pilih naik train atau bas menuju ke Hatton dulu. Dari Hatton nanti pilihan pengangkutan ke Dalhousie ada dua iaitu bas dan tuk tuk. Pilihan di tangan masing-masing supaya kepuasan berganda dapat dirasai.

Awal pagi menunggu train ke Hatton tiba, dah banyak umat manusia kat sini
Naik train pukul 8.30 pagi aku ambik 2nd class seating. Sombong aku time ni tak nak duduk lansung kat seat yang ada tu. Jalan terus bawak bagpack menuju ke pintu train yang terdedah nak cop tempat siap-siap. Nanti dapat tengok view perjalanan lawa-lawa dan aku dan berangan tahap heroin hindustan kat sini..

Entah dengan siapa aku berebut pun aku tak tau..

Train ni akan sampai ke stesen Hatton yang ambik masa lebih kurang 3 jam. Selama 3 jam tu aku lansung tak pegi duduk, berdiri jer kat pintu ketapi sambil kamera dalam ready mode bajet photographer antarabangsa..
 
Cubaan aku nak beraksi macam budak baju biru tu tapi aku gayat..
Train berenti di salah satu stesen..
Rumah-rumah kampung sepanjang perjalanan
Ada satu masa tu aku pegi tinggalkan port tu kejap nak pegi toilet. Lepas balik dari toilet tu nampak port pintu train tu dah ada orang lain occupy, dua orang matsaleh dengan kamera DSLR yang besar gedabak. Nak mencelah aku tak mampu, jadi aku buat taktik lain. Cuit salah sorang matsaleh tu,

"Awak punya stop jauh lagi tak?"

"Ya, kami nak ke Ella dalam 3 jam lagi kot.."

"Saya punya stop dalam dua stesen lagi. Boleh tak awak bagi saya port awak supaya saya boleh ambik gambar?" (buat muka sedih...)

"Alor.. kesiannya awak. Nah, its all yours" (ok, dialog ni aku exaggerate sikit)

Berterima kasih banyak kat dia, aku dapat balik tempat port asal aku, heheh... gelak jahat. Mode selfish is "ON"!!

**Ini adalah pesanan penaja, dinasihatkan jangan mengikut perangai tak baik aku seperti di atas**

Sambung ambik gambar lagik..
Model aku memang takdak orang lain, asyik budak baju biru tu jer..
Ooppss!! masuk dalam balik, ketapi lain nak lalu...
Kawasan berbukit yang cantik, tapi syot aku bergegar.. hasil tak memuaskan
Sampai kat stesen Hatton lebih kurang pukul 11.30 pagi. Sekarang nak carik transport pegi ke pekan Dalhousie pulak. Ada dua pilihan, bas (~170rupee) ataupun tuk tuk (1500rupee) dan perjalanan ambik lebih kurang 1 jam setengah. Bila sorang-sorang macam aku, pilihan terbaik adalah bas.

Turun kat Hatton, keluar dari stesen terus nampak bas dan tuk tuk..
Perjalanan dari Hatton ke Dalhousie sangatlah picturesque. Disebabkan kedudukan Dalhousie di tanah tinggi, boleh tengok ladang-ladang teh di sepanjang perjalanan. Yang paling aku suka adalah waterfall yang sangattlah cantik bila tengok dari dalam bas.

Sayangnya, aku tak dapat nak enjoy sangat view sebab jalan tak rata dan sempit. Badan bergoyang kiri dan kanan mengikut haluan bas dan sekali-sekala melompat-lompat kecil bila bas melalui jalan berbatu..

Bas masih dalam bandar Hatton. Perasan yang bandar-bandar kat Sri Lanka agak bersih..
Kehidupan penduduk yang agak sibuk even kat bandar kecil..
Memandangkan aku tak booked accommodation lagi, aku ingat nak main walk in jer nanti. Takdir pulak menemukan aku dengan Daniella, traveller dari Belanda. Disebabkan dalam bas hanya kami berdua foreigner, nampak sangatlah tujuan kami ni sama nak mendaki Adam's Peak. Berkenalan dan berborak tak sampai 5 minit, terus jadi partner in crime aku di sini, hehe..

Asalnya Daniella dah booked satu bilik kat pekan Dalhousie ni. Jadi aku pun ingat nak meriki dulu guesthouse yang Daniella ni pegi. Turns out ada satu bilik kosong dengan harga 2000rupee semalam. Fikir lebih kurang kami berdua bersetuju untuk ambik bilik tu sebab lebih murah bila dibahagi dua orang. 

Bilik aku dan Daniella, macam kena langgar todak. Masuk bilik terus main campak semua atas katil..
Guesthouse aku stay ni namanya Green House. Lokasi agak strategik sebab dekat dengan entrance ke Adam's Peak dan harga pun murah. Selain itu, ada banyak lagi guesthouse di sini dan takde masalah untuk orang yang tak booked apa-apa lagi.

Cuma satu pengalaman tak berapa best aku stay kat sini. Tokey Green House ni ada bela sekor anjing yang bulunya sangatlah fluffy dan jinak. Berlarian ke sana sini dan pantang tengok orang baru terus nak diterkamnya untuk bermanja.

Terjerit-jerit aku sambil cuba mengelakkan diri dari dijilat si 'Fluffy' ni. Disebabkan anjing memang tak reti bahasa, terkena jugaklah kaki dan seluar aku habis dicium oleh dia ni. Sudahnya, tokey tu pegi ambik anjing tu simpan dia dalam sangkar bila tengok reaksi melampau aku yang menjerit. Agaknya Daniella terasa dan kurang senang dengan reaksi aku terhadap anjing tu, terus bertanya..


"Kenapa awak takut sangat kat anjing tu? Dia nak bermain dan bermanja jerlah.."

Macammana erk aku nak explain kat dia yang aku bukannya takut anjing tapi aku nak mengelak dari tersentuh. Dah tersentuh ni satu kerja pulak nak menyamak...

First time semasa travel aku pegi carik-carik tanah kat luar guesthouse tu untuk bersuci, huhuk...
Anyway, petang tu aku hanya ronda-ronda pekan tu dengan Daniella sambil shopping sikit-sikit bekalan tengah malam nanti.

Berjalan bersama Daniella di pekan Dalhousie
Lama dah tak mandi sungai. Tengok dorang ni buat aku terkenang balik kenangan masa kecik dulu..
Kecik betul pekan ni, jalan kaki tengok orang kampung membuat aktiviti seharian sangat menyeronokkan. Ditegur banyak kali oleh adik-adik SriLanka yang curious serta makcik pakcik buat aku terasa macam selebriti, hahah...

Mencari rezeki yang halal..
Adik-adik bermain ria di kampung. Ah, tenang betul duduk kat sini..
Pekan ni betul-betul buat jiwa aku tenteram dan damai. Penduduknya sangat peramah dan baik. Satu aku perasan, walaupun dah beribu riban tourist yang datang ke sini hanya untuk mendaki Adam's Peak, kampung ni masih maintain perasaan amannya jauh sekali  dengan perasaan bila sampai ke touristy area.

Salah satu kuil Buddha yang terdapat di pekan
Kecik jer kan pekan ni, kedai-kedai ni sederet jer memanjang sampai ke hujung
Cuba untuk memahami peta Adam's Peak. Masih tak faham bahasa kah LD yang puncak tu tersangatlah tinggi dan mencabar..
On the way balik ke guesthouse, boleh nampak waterfall yang cantik lagi di pinggir kampung. Almaklumlah, Sri Lanka merupakan antara negara yang terkenal dengan air terjun yang sangat banyak. Sayangnya aku harus menjimatkan tenaga untuk malam nanti. Say bye to mesmerizing waterfall. I wil definitely come here again just to see you, hehe...

Menjelang malam, aku hanya dinner di guesthouse bertemankan Daniella dan beberapa couple traveller yang lain. Lansung tak ke mana dah, sebab aku nak merehatkan badan dan kaki secukupnya. Pukul 9 malam aku dah masuk tido meninggalkan mereka lain yang masih aktif berborak. Daniella memberi jaminan kat aku yang dia akan tolong bangunkan aku pukul 2 pagi nanti incase aku terlajak tidur. 

Bertuah betul ada orang tolong jadi alarm aku kat sini, heheh...

Tido dengan kedinginan malam yang mencengkam tulang sambil mengharapkan kaki aku tak sakit bila mendaki tengah malam nanti...

to be continued...

Arah ke Adam's Peak, gambar diambil waktu petang..


Monday 9 February 2015

Itinerary Pendek ke Sri Lanka

Assalamualaikum..

Antara tempat menarik untuk dilawati di Sri Lanka, terima kasih Google:)

Lai lai.. mari semua dengar sini duta Sri Lanka nak bercerita, hehe..

Sebenarnya, ni post langkah bendul tapi sebab aku masih sangat excited dengan Sri Lanka dan nak galakkan korang semua pegi sana aku publishkan post ni dulu.

Juga nak memenuhi permintaan Supermeng, hiks..

Ini adalah sample itinerary untuk trip selama 6 hari. Tak semua tempat aku dapat terjah disebabkan perangai aku yang malas nak rushing dan jarak jauh dari satu tempat menarik ke tempat lain ambik masa perjalanan yang panjang.

Day 1:
Upon landing kat Bandaranaike International Airport, aku naik bas awam dari airport ke Colombo Fort dengan tambang 130rupee.
- Check in guesthouse dan hanya berjalan di sekitar kawasan kediaman. Free and easy kekdahnya.

**Kebanyakan traveller pilih untuk lajak terus ke Kandy dari airport sebab Colombo takda tarikan sangat. Tapi kalau malas macam aku pilih untuk stay dulu semalam kat sini sebab nak kumpul energy balik (walaupun takdelah letih sangat naik turun kapal terbang)**

Day 2:
- Pepagi masih lagi free and easy sebab malas.
- Tengahari baru bertolak ke Kandy menggunakan train. Kalau setakat guna 2nd or 3rd class, tiket memang masih ada dan perjalanan ke Kandy lebih kurang 3 jam. 
- Sampai Kandy, kalau sempat boleh pegi ke Kandy Temple of Tooth Relic, one of UNESCO Sites. Boleh jugak nak tengok show "Kandyan Dance" di area yang berdekatan. Tapi aku tak pegi masuk pun, hanya tengok dari luar jer. Satu tempat masuk jer dah bayar 1500rupee..
- Malam, bermalas-malasan dengan gumbira atas katil.

Day 3:
- Dari Kandy ke Dambulla for Golden Rock. Perjalanan lebih kurang 2jam setengah. Entrance Fee = 1500rupee.
- Dari Dambulla boleh sambung pegi ke Sigiriya yang  terletak 1 jam perjalanan jer. Entrance fee = 3900rupee!!

** Trip hari ni banyak mendaki jadi prepare minuman yang secukupnya serta pastikan perut tak lapar masa mendaki. Allocate masa dengan betul untuk pastikan dapat tiba ke Kandy semula sebelum malam**

Day 4:
- Misi menawan puncak Adam's Peak. Pepagi checkout guesthouse terus naik train + bas ke kampung berdekatan kaki gunung, Dalhousie. Perjalanan lebih kurang 5 jam.
- Tiba di Dalhousie tengahari dan jalan merayap di kampung sebelum mendaki tengah malam nanti.

Day 5:
- Awal pagi balik dari mendaki Adam's Peak terus check out dari guesthouse menuju balik ke Colombo menggunakan bas + train.
- Sampai Colombo dah malam jadi terus checkin hostel.

Day 6:
- Hari terakhir di Colombo, touring around the city promenade, Galle Face Green.
- Bagi peminat pantai, boleh naik train menuju ke Mt.Lavinia Beach, pantai femes di Colombo.
- Checkout hostel dan menuju ke airport untuk pulang. Huhuk....

****************************************************************************

Untuk orang yang minat ke tanah tinggi dan sejuk, boleh pegi ke Nuwara Eliya dan lajak terus ke Ella. Ladang-ladang teh ada banyak di sini dan kedua-dua tempat ni boleh pegi lepas spend masa di Kandy. Sangat digalakkan untuk naik train sebab view sepanjang perjalanan especially dari Kandy Ke Nuwara Eliya sangatlah lawa, kata oranglah...

Di Sri Lanka, ada dua ancient city terkenal dan listed dalam UNESCO iaitu Anuradhapura dan Polonnaruwa. Kalau tak cukup masa boleh pilih singgah satu tempat jer dan lawatan ni sangat berbaloi untuk orang peminat sejarah dan nature.

Ada satu lagi tempat aku teringin sangat nak jejak tapi takde masa, Galle.Tempat ni terletak kat Southwest Coast of Sri Lanka dan ada banyak tinggalan bangunan zaman jajahan matsaleh dulu kat sini. Nanti korang pegi sini tolong ambik gambar bebanyak okeh...:)

Last but not least, Hikkaduwa, Unawatuna dan Mirissa merupakan antara tempat menarik untuk penggemar pantai. Menghabiskan masa sehari duduk tepi pantai sambil bermalasan pasti syok kan..

Ni jer kot yang aku boleh fikir. Sri Lanka negara yang cantik dan walaupun tak dapat nak cover semua dalam masa pendek, trip beberapa hari cukup untuk kita merasa keunikan dan keindahan tempat di sini. Harapnya boleh membantu korang yang nak ke sana.

Until then, bye...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...