Pages

Saturday 30 August 2014

Makan di Krabi

Assalamualaikum..

Sebenarnya takdelah banyak bebenar aku makan, sajer nak post mengingatkan balik apa yang aku hadap kat sana.

Trip singkat tapi aku belasah makan pagi, tengahari dan petang dengan menu yang berlainan tapi tak berjaya sangat. Bila aku dah jatuh cinta dengan satu menu tu, tu jerlah yang aku makan for the next few days.. hangoi!!!

Kedai pertama aku singgah sampai Aonang untuk lunch

Dari kedai ni boleh nampak hostel aku stay tu building colour merah

Nasi apa entah tak ingat, rasa biasa jer

Lepas makan aku tapau lagi bawak balik bilik pad thai ni

Sebelah dia ada kedai pancake ni
Banana coklat kot, suka betul aku makan ni

Kedai akak ni tepi jalan jer sepanjang pantai Aonang tu

Pad thai lagik, tapi kedai lain pulak

Ayam goreng crispy, semua aku rembat

Tak cukup lagi, aku rambang mata tengok yang ni pulak



Peniaga minuman bermotorsikal..

Aku ada makan tempat lain jugak tapi tak ambik gambar. Boleh segan pula nak ambik gambar bila makan dengan orang lain..

Nasi goreng nanas, salad manggo dan chai yen memang tak lari dari aku kat sini. Cuma tak ada gambar jer lah..

Ada banyak lagi makanan Thailand yang menarik untuk dicuba, takde rezeki aku time tu macam pulut mangga yang dikhabarkan sagat sedap. Tunggu next time aku datang balik kot..


Thursday 21 August 2014

Krabi & Phuket Short Trip

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak cerita pasal trip pendek kat dua tempat ni awal May lalu. Trip yang tak berapa nak dirancang kekdahnya..

Sebab aku ni malas sangat, jadi aku nak rangkumkan semua dalam satu entri jer, amacam..:)

Trip ni macam biasa aku sendirian jugak. Jalan-jalan selama 4 hari, 3 hari kat Krabi dan 1 hari kat Phuket. Motif berjalan adalah nak merasa makanan Thai yang banyak digembargemburkan oleh blog-blog orang sampai aku rasa meroyan pulak kalo tak merasa.

Selain tu, aku nak island hopping. Macam cantik dan comel jer pulau-pulau kat situ. Haruslah kaki pegi jejak kan untuk merasa sendiri. Asyik baca cerita orang jer memang feel dia kurang..

Penginapan:

Kat Krabi, aku stay kat Aonang 88 Hostel yang terletak dalam kawasan Pantai Aonang. Dari segi lokasi, walking distance jugak ke pantai cuma ia agak ke dalam sikit. Harga pulak 260baht semalam untuk 16-bed female dorm. Bagi aku okeylah sebab hostel ni agak bersih. Cuma aircond dia akan tutup dari pukul 10 pagi sampai 5 petang, kaedah penjimatan katanya. Jadi, masa takda aircond tu aku keluar seharian buat aktiviti luar. Kalo tak, kepanasan jer dalam bilik.

88 Hostel, Aonang
Kat Phuket pulak, aku stay semalam jer kat Silla Patong Beach Hostel. Betul-betul berhadapan dengan Patong Beach. Cuma kedudukan dia agak tersorok sikit, berada di celah-celah lorong kecik. Nak giveup pun ada bila aku pegi carik hostel ni. Rate semalam adalah 350baht utuk 6-bed female dorm. Mahal sikit tapi masih dalam bajet aku. Nak pegi pantai senang sangat, dan kalo nak tengok suasana malam kat Bangla Road pun tak jauh.

Tansportation:

Bila landed kat Krabi, aku naik shuttle bas dari airport ke hostel. Bayar 150baht dan driver bas akan berentikan kita sampai depan hotel. Senang sangat.

Bila dah sampai Aonang beach, aku tak pakai apa-apa public transporation lagi. Semua pakai kaki sebab aku cuma nak relaks jer jalan-jalan sekitar Aonang dan lepak-lepak kat pantai.

Lepaking di pantai Aonang
Dari Krabi ke Phuket, aku naik ferry. Tiket boleh beli kat jeti sendiri atau kalo nak mudah, beli terus dari ejen yang berlambak kat persekitaran Krabi.

Sebab aku nak singgah kat Koh Phi Phi, aku beli tiket feri dari Krabi sampai sana dulu berharga 350baht. Kalau pandai haggle, dapat murah lagi dari ni. Harga ni termasuk pickup service dari hostel ke jeti Krabi.

Dari Koh Phi Phi ke Phuket, aku beli tiket ferry berharga 300baht sekali dengan tranportation dari jeti Phuket ke hostel aku stay.

Jeti Rassada, Phuket
Dari Patong beach ke airport, aku guna shuttle van jer ambik mudah. Harga 200baht seorang. Okaylah bagi aku.

Aktiviti:

Jumaat:
- Landed kat Krabi awal pagi terus ke Aonang.
- The rest of the day, jalan-jalan cari makan sekitar Aonang.
- Shopping souvenier dan sambar waterproof bag untuk aktiviti island hopping keesokkannya. Mencari package island hopping yang menarik.
- Menunggu sunset kat Aonang Beach.

Sabtu:
- Island hopping for the day. Entri aku pasal island hopping boleh klik sini.

Ahad:
- Bertolak dari Krabi ke Phuket. Singgah di Koh Phi Phi untuk lepak beberapa jam. Cerita aku pasal Koh Phi Phi boleh klik sini.
- Sampai Phuket dah petang jadi terus direct ke hostel kat Patong Beach. Sempat lepak kat pantai menunggu sunset.
- Aktiviti malam adalah meninjau kehappeningan di Bangla Road.

Bangla Road siang hari..
Isnin:
- Bangun awal pagi untuk catch sunrise tapi nampaknya tak berjaya. Hanya lepak-lepak di pantai awal pagi sambil breakfast.

Pantai Patong waktu petang..
- Wandering around beach dan Bangla Road di siang hari. Banyak menggunakan kekuatan otot kaki berjalan.
- Check out dari hostel dan sambung jalan lagi sementara tunggu waktu naik shuttle van ke airport.
- Pegi ke airport untuk catch flight balik ke KL.

Meninggalkan Phuket dengan seribu cerita
Kesimpulannya,  motif trip ni adalah untuk merehatkan minda dan bermalas-malasan. Aku takde nak mengejar sangat memenuhkan jadual dengan aktiviti yang padat. Banyaknya, aku lepak jer kat pantai dan aku puas hati walaupun tak pegi banyak tempat.
Rasa tenang jer bila aku dengar deruan ombak, dan aku pastikan aku makan penuh at least 3 kali sehari kat sini.

Ohh lupa pulak, bajet aku guna untuk ground jer tak termasuk tiket flight dalam RM500. Agak terlebih tapi consider aku makan banyak kat luar, kira okay lagi la..

*****************************************************************************

Travel alone is pathetic??? Bagi aku takdelah..

Walaupun aku travel sorang, aku jumpa ramai orang kat hostel dan buat kawan baru dengan stranger. Dengan kawan baru tulah aku lepak-lepak dan having dinner together kat warung makan sebab siangnya masing-masing ada aktiviti sendiri.

Aku sedar aku tak friendly mana, muka pun macam sombong jer. Travel solo memang out of my comfort zone. Sangat chalengging dan mengajar aku banyak perkara dari segi prinsip hidup. Namun, kepuasan dan kegembiraan hati mengatasi kesemua cabaran yang dihadapi. Percayalah..

Ada kawan tanya macammana nak start solo travel ni. Bagi aku, langkah pertama adalah sukar tapi harus dibuat. Booked flight tiket, buat preparation sedikit dan terus pergi tanpa fikir panjang. You'll be suprised with what you get later..

Only my 2cent opinion.. aku pun budak baru lagi, masih jakun terhadap banyak perkara..hihi

Adoi!! melalut dah aku ni. Panjang bebenar celoteh kali ni..

Dah dah.. next entri aku nak cerita pasal lain pulak.. TQ for reading:)




Sunday 17 August 2014

Island Hopping in Krabi

Assalamualaikum..

Orang, kalau datang ke Krabi mesti akan ambik island hopping..

Aku pun salah sorang gak. Naya tak pegi sini tapi buat tak endah jer dengan segala macam pakej island hopping bersepah melambai-lambai jer kat ko..

Macam aku first day sampai Krabi aku dah meriki-riki pakej island hopping kat Krabi. Ada banyak sangat sampai berpinar mata aku tengok tak tahu nak pilih mana (mode tamak datang).

Lepas buat kira-kira kejap dengan masa yang ada, aku decide untuk ambik pakej "4 Islands Tour By Long Tail Boat" berharga 500baht.

Ni adalah pakej termurah aku dapat. Ada jugak tour islands sekali dengan nengok sunset dan barbeku buat iman aku goyah tapi harga pakej tu paling murah boleh diskaun 900baht.

Simpan balik niat sampai jumpa penderma yang sangat kaya untuk sponsor aku bercuti next time, huhuk..

Basically, setiap pakej tour ni akan dipecahkan kepada dua. Satu menggunakan long tail boat dan satu lagi guna speed boat. Of course speed boat lebih mahal tapi lebih selesa dan kapasiti penumpang tak sebanyak long tail boat. Jadi, nak pilih yang mana ikut masing-masing punya preference.

Sempat aku sambar waterproof bag untuk dipakai keesokan harinya, hihi..

Okay, aku terus fastforward to the next day. Awal pagi pukul 8 van dah terpacak depan pintu hostel ambik aku untuk dihantar depan pantai Aonang, tempat perkumpulan peserta pakej. Nanti, dah sampai, kita akan dilekatkan sticker berwarna dengan nombor boat sekali supaya kita tak tersesat masuk boat orang lain.

Ramai dah orang berkumpul
Pemandangan pantai Aonang
Pasangan pakcik makcik Jepun sama group dengan aku, friendly gak
Time to go to our boat
Tour guide kami
Full kat dalam boat





Time ni, excited tahap gaban aku nak lihat pulau-pulau yang cantik tu..

Dan boat pun memulakan perjalanannya meredah lautan ke destinasi pertama, Phra Nang Cave beach..

Kata orang pantai pasir Phra Nang ni yang tercantik dalam kawasan peninsula Railay. Kat sini jugak ada gua Phra Nang, tempat beribadat dan tarikan utama di pantai ni.

Boat berhenti di persisiran pantai dan kami semua diberi lebih kurang 40minit kat sini. Orang lain bila turun semua bergegas ke gua tu, aku pulak turun-turun terus pegi cari minuman sebab tak breakfast lagi. Laparnya time ni...

Dah sampai ke Phrang Cave beach
Ada jumpa ramai rakan senegara kat sini, tapi takdelah bertegur
Yang ni confirm bukan senegara.. hihi
Aktiviti menjemur dan bermandi di pantai
Mencari makanan terus nampak yang ni
Ada satu halal foods kat pantai ni, lega jumpa
Senarai menu untuk dipilih
Boat-boat menunggu penumpang
Ada jagung akar jugak tapi aku tak beli
Sebab aku dah pilih ni, Seafood Pad Thai. Sedap sangat!!
Nak pegi tengok gua, time ni aku rela menikmati makanan sambil duduk-duduk berangan kat pantai. Cakap jer malas kan, hehe..

Phranang Cave tapi aku tak singgah
Tengok gua dari luar jerlah
Habis masa, wisel ditiup dan kami semua bergegas naik boat menuju ke destinasi kedua. Sepanjang perjalanan ada jugak tourguide explain tentang island kecik-kecik yang kami lalu. Tapi, suasana dalam longtail boat yang bingit dengan bunyi enjin, tambahan aku duduk kat belakang sekali buat aku lansung tak dengar apa dia cakap. Belum campur lagi dengan english ala Thai dia buat aku confuse jer..

Duduk belakang sekali tak dengar apa tour guide cakap
Lama boat berenti kat sini suruh kami ambik gambar. Aku tak tau pun ni apa, main ambik jer
Destinasi kedua pulak Poda Island. Kat sini, kami diberi masa panjang sikit sebab ada lunch disediakan. Menyesal pulak aku makan tak ingat dunia kat Phra Nang tadi. Jadinya, aku paksa diri menelan makanan tengah hari jugak sebab sayang semua dah bayar.

Barisan yang panjang untuk lunch
Ni menu lunch box kami orang.. Biasa jer ada nasi putih, ayam goreng dan sayur
Giler betul rasa terduduk kekenyangan bersandar kat pokok sambil melihat orang ramai berendam kat air. Time ni matahari dah memancar terik. Fikir dua tiga kali nak join ke tak..
Orang Malaysia jugak rasanya diaorang ni..
Tengok jer air laut menggoda betul time ni
Last sekali, aku pegi tinggalkan drybag kat pantai terus menjunam kat air macam setahun tak mandi. Syokkkkknya time ni..

Yang bestnya mandi kat Poda Island ni aku perasan banyak betul ikan kecik kecik kat sini. Tak takut dengan manusia betul. Air jernih menghijau tak ada batu dan ikan jelas kelihatan. Cantik amat kat sini. Aku puas kat sini.

Settle semua, boat panggil lagi untuk pergi ke destinasi ketiga, Chicken Island. Tapi kat sini, boat cuma berenti dan tourguide suruh ambik gambar jer.

Ala, gambar batu femes yang bentuknya macam ayam tu. Bolehlah ambik gambar kenangan untuk tunjuk kat orang kampung, hiks..

Chicken island, time ni kamera aku kena percikan air. Hampeh betul..
Destinasi keempat adalah Tup Island. Tapi sebelum sampai tu, boat berenti kat satu kawasan katanya boleh pegi snorkelling untuk sapa-sapa nak.

Haruslah peluang tidak dilepaskan oleh aku walaupun sedar diri tak pandai berenang. Bergantung harap sepenuhnya dengan safety jaket boat tu..

Snorkelling time adalah 20 minit dan alat snorkel ada diberi dengan syarat jangan dihilangkan. Angguk dan sain setuju, aku terjun memenuhi impian peribadi untuk snorkelling kat mana-mana island.

Jangan gelakkan aku, budak baru belaja nak snorkelling, huhuk..

Umat manusia yang sangat ramai kat air, langgar orang belah kanan, belah kiri. Gerak depan sikit langgar orang satu lagi. Dengan tak pandai nak bernafas guna snorkel tu, aku naik ke boat semula. Bolehlah dari tak buat kan...

Fuh.. penat sungguh snorkelling rupanya. Ker aku sorang jer rasa begitu sebab tak pandai??

Last island of the day jatuh kepada Tup Island. Memandangkan kat sini destinasi terakhir sebelum balik, aku pegi berendam puas-puas sampai sunburn kulit. Yang tak syoknya ada banyak batu tajam kat sini sampai kaki aku ada luka-luka... eksyen betul norr...

Tup Island
Island ni paling ramai orang aku nengok
Panas terik menggila sampai aku sunburn
Mencuci mata sambil mandi manda
By the time patah balik ke boat, rupanya aku orang terakhir masuk. Nasib baik tak kena tinggal. Tour guide tu baik hati nak tunggu..

Boat meninggalkan island dengan seribu image dalam kamera dan minda aku. Tak masuk dengan kulit terbakar sampai aku rasa gatal-gatal.. Pakej murah janji dapat pegi tour island ni memang berbaloi dan aku berpuas hati.

Kalo ada peluang lagi ke Krabi, rasanya aku nak ambik lagi pakej island tour ni. Cuma nanti nak try yang sunsetlah pulak dan ambik tour guna speed boat..

Duit Duit, dimana kau!!!
 

Thursday 14 August 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 19 - Last But Not Least, Wat Arun

Assalamualaikum..

10 April 2014 (Thursday):

Sebenarnya ni adalah last day aku kat Bangkok. Esok awal pagi dah balik KL.

Haruslah menggunakan masa yang ada pegi terjah tempat yang boleh dijejak, murah dan tak makan banyak tenaga.

Wat Arun dari kejauhan
Sepanjang tiga hari kat Bangkok aku lalu jer tempat ni tak singgah. Kali ni aku kena jejak jugak untuk elak teringat-ingat..

Sebab temple ni seberang sungai kena naik boat lagi dari pier 8 tu. Tambang aku tak ingat pulak, yang pasti memang sangat murah.

Kat dalam bot ni aku jumpa sorang traveller dari China, Zhang dan kami decide untuk sama-sama tour Wat Arun memandangkan masing-masing solo, boleh jadi peneman satu sama lain, heheh..

Dah sampai ke jeti Wat Arun
Entrance pun murah jer, 50 baht
Memandangkan aku tak berapa ada idea pasal tempat ni, aku ikut jer si Zhang berjalan-jalan pusing temple ni. Friendly sangat orangnya, banyak bercakap walupun slang cinanya pekat sangat.

Jadi, lihat gambar jer lah mana yang aku sempat ambik.

Struktur temple yang ada
Ukiran patung di bangunan ni wajib ada untuk setiap temple di Bangkok

Rupanya, temple ni boleh naik sampai ke atas guna tangga. Aku kan gayat, tapi Zhang ajak naik sebab boleh nampak view bandar Bangkok dari situ.

Nak tak nak, aku kuatkan hati panjat naik tangga yang curam tu..

Tangga naik ke temple. Yang ni belum steep lagi. Level 2 baru lebih curam

View yang boleh dapat dari level 2
Bandaraya Bangkok dari kejauhan
Tangga ni steep sebenarnya tapi tak berapa nampak pulak
Lagi view bandaraya Bangkok
Zhang, dari belakang


Habis pusing satu temple tu, hari dah nak senja jadi aku ingat nak balik ke hostel. Zhang cakap dia pernah baca review internet bahawa view sunset dari sini superb jadi dia ajak tunggu then baru balik.

Walaupun macam best, lepas fikir dua tiga kali aku decide balik terus jer instead tunggu. Kami berpisah di sini dan aku pegi jalan kaki balik ke hostel.

Gigih aku berjalan kaki dari jeti no.8 ke hostel yang terletak di Khaosan Rd. Bajet nak mengurangkan kolestrol, hehe..

Singgah beli sebab nampak menggiurkan
Lupa aku nak cerita pasal hostel ni. Terletak tak jauh dari Khaosan Rd tapi tetap maintain suasana yang cozy dan tenang, Khaosan Immjai Hostel.

Aku rekemen hostel ni kalau korang tak kesah banyak jalan kaki.

Khaosan Immjai Hostel
Pintu depan hostel
Lobi dan tempat lepak sekali dengan tempat breakfast
Melunjurkan kaki di kerusi kepenatan
Stool for hangout
Boleh tengok dvd atau beramah mesra dengan penghuni lain
PC ada 4 bijik untuk kegunaan semua
Breakfast mengadap jalan
Anything interesting?
Staff hostel yang sabar melayan pertanyaan merapu aku
Malam last aku kat sini, aku pegi menjenguk lagi area Khaosan Rd nak dinner. Walaupun pilihan makanan tak banyak tapi masih ada untuk mengenyangkan perut yang lapar.

Ada berani nak mencuba??
Akhirnya, aku pegi makan banana pancake yang dijual sekitar sini. Sedap wei, harga pun tak mahal..

Pilihan yang sukar
Makcik pembuat roti
Hasil akhir banana chocolate, yummy!!


Pagi terakhir di Bangkok, aku gerak awal ke airport menggunakan shuttle van dibooked dari hostel. Biasalah, bila last day tengok duit banyak lebih aku jadi tak kisah nak bayar mahal kat van instead guna public transport.



My bed before checkout
Sampai sudah ke airport
Sampai ke airport, checkin dan breakfast lepak kejap menunggu flight balik ke KL. Rasa mimpi pulak dah nak balik.. baru jer rasa semalam sampai ke Phnom Penh..

The rest, cerita biasa naik flight dan landed KL pukul 2 petang. Kena tunggu lagi satu flight bawak aku balik ke kampung halaman..

Air Asia sudah menunggu
Tak percaya dapat menghabiskan cerita ni akhirnya. Dasar pemalas, aku sumbatkan semua dalam satu entri sebab dah tak tahan dengan cerita yang berderet lama sangat. 4 bulan tuu..

Asalkan ada kan, hihi..

Overall, untuk trip Cambodia dan Bangkok ni aku menghabiskan lebih kurang RM900 untuk ground arrangement sahaja dan shopping. Tiket flight tak masuk err, lain kira.

Untuk trip selama 8 hari, aku sendiri rasa berbaloi belanja yang diguna. Banyaknya bajet aku pegi ke arah makanan sebab aku takda bawa bekal. Takpe, pengalaman sepanjang trip ni sangat berharga dan menjadi memori yang tersimpan dalam ingatan..

The end, yea!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...