Pages

Sunday, 29 June 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 11 - One Stop Hostel SR & Kisah Alarm

Assalam..
One Stop Hostel, Siem Reap
Ni nak cerita pasal hostel aku stay di Siem Reap.

Actually, hostel ni cawangan kepada hostel aku stay di Phnom Penh sebab tu nama diaorang sama.

Konsep bunkbeds dan share bathrooms jugak. Rate semalam adalah 7 usd.

Kali ni dapat katil bawah, baikk punya
Ada locker untuk simpan beg
Kasi tunjuk sikit katil aku dari jauh. Sebelah adalah katil perempuan Singapore tu
Senang cerita, waktu aku kat PP staff hostel dia promote kat aku hostel ni. Diaorang cakap cawangan kat SR baru bukak bulan satu tahun ni. Kalo aku booked hostel ni, bila sampai SR nanti akan ada free pickup service.

Lihat-lihat duit usd dalam purse makin menipis, aku setuju ambik hostel ni. 

Dari segi lokasi, bagi aku sangatlah perfect. Sebelah hostel ada minimart, senang nak terjah kalau lapar malam-malam.

Cross jalan depan dah nampak Pub Street yang popular tu..

Kalo rasa nak shopping, Night Market dan lain-lain market semua berdekatan within walking distance dari hostel.

Kalo rasa nak cuci mata tengok mat-mat saleh hensem, pegi je kat common room join dia orang tengok dvd sini. Berlambak jer dan ramah pulak tu, heheh.. (ni statement untuk yang perasan gedik macam aku)

Common room, banyak orang lepak-lepak sini tengok movie
Ada pc jugak 2 bijik untuk kegunaan semua
Reception counter
Kalo nak breakfast, staf dalam gambar akan tolong buatkan dengan bayaran 2usd.
Duduk kat sofa menunggu breakfast
******************************************************************************

Okay, aku nak sambung lepas balik dari lunch tengah hari tu aku terus tidur tak sedarkan diri. Mengada jer aku set alarm bangun pukul 2 petang..

Sekali aku bangun, ya Allah!! pukul 4 petang rupanya. Matilah alarm aku menyanyi lagu hiphop berejam-jam di bilik..

Tengok-tengok takda orang lain kat bilik. Nasib baiklah kan, kalo tak memang habis aku kena sumpah dia orang..

Bangun pegi kemaskan diri dan buat segala benda wajib, aku turun ke common area. Hajatnya nak pegi cari Ellie dan Keisha sebab pagi tadikan aku dah berjanji ngan diaorang untuk sama-sama jalan petang ni. Kiranya aku nak pegi mintak maaf sebab mungkir janji.. Tido mati punya pasal..

Sampai bawah, aku tak nampak batang hidung mereka berdua tu. Agaknya diaorang ni tengah layan view tasik Tonle Sap tu kot, aku fikir.


Sambil menghabiskan lebihan makanan lunch tadi, aku layan movie kt tv yang bebudak lain pasang. First time aku tengok cerita Hangover. Rupanya lawak jugak cerita tu yer.. Nasib baik omputeh ni semua tak main cerita 18SX macam kat PP hari tu.

Tengah asyik makan, nampak Ellie dan Keisha baru masuk ke lobby. Nampak aku, terus si Ellie tu datang sambil mintak maaf.

Terbalik pulak, padahal aku yang patut mintak maaf kat diaorang ler kan..

Rupa-rupanya Ellie cakap dia tak sihat sebab kena panas terik di Angkor pagi tadi. Kepalanya berdenyut-denyut jadi diaorang decide tak jadi pegi ke tasik tu. Ni pun diaorang baru balik dari farmasi cari ubat. Dia mencari aku tadi tapi tak nampak, ingatkan aku dah pegi terus sorang-sorang..

Alahai, kalaulah diaorang tahu yang aku sedang nyaman diulit mimpi atas katil siang tadi..

Since ni malam last aku kat sini, kami berpeluk cium tanda perpisahan. Esok aku akan meneruskan perjalanan ke Bangkok manakala mereka berdua akan ke Battambang. Such a nice companion I have walaupun sekejap jer. Takler terasa sangat sorang-sorang kat sini.

The rest of the night, aku cuma menghabiskan masa wandering around Pub Street dan market kat situ. Jalan-jalan melihat kawasan happening sambil memerhati gelagat orang. Sempat shopping sikit-sikit untuk mencukupkan syarat..

Pub Street, happening giler tempat ni

Berseberang jer market ni dengan PubStreet
Fish massage
Kedai sewa basikal

Agak-agak pukul 10 malam, aku balik ke bilik. Jumpa dengan Singaporean lady yang bangunkan aku awal pagi tadi. Nampak aku, dia terus tegur..

"Wow! you such a heavy sleeper. This afternoon i tried to wake you up because your alarm ringing but you looks so peaceful in your sleep."

Buat muka malu, aku say sorry kat dia. Nampak gayanya alarm aku telah membangunkan orang lain kat situ.. Dahlah aku letak muzik bingit supaya aku jadi sakit hati dengar terus bangun immediately.

Alih-alih aku jadi sleeping beauty, orang lain yang sakit hati dengar..


Apalah nak jadi kat aku ni, time travel pun nak buat macam kat rumah.. Satu perangai buruk yang patut dijadikan sempadan, yer kawan-kawan..


******************************************************************************

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Minta maaf andai tersakit hati atau menyimpan rasa terhadap apa yang aku tulis selama ini.

Moga segala amal ibadah akan diterima oleh-Nya. Amin..

7 comments:

  1. Kiranya sekejap je ke SR esoknya dah mahu ke Bangkok. Wowww mmg respectlah cara LD travel walaupun lonely tapi berani pastu setiap kali travel mesti akan jumpa kwn baru. Nanti kongsi ada citer x best d bangkok kan?

    Selamat berpuasa buat LD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. konsep ala-ala touch and go jer JM walaupun nak spend lagi lama kat sini.

      Hehe. sebab sorang-sorang jadi kena cari kawan baru untuk buang rasa sunyi. Nanti ada few entries lagi tinggal untuk dihabiskan. Harap JM sabar menunggu:)

      Delete
  2. Oh cepat nak tau psl cite kat Bangkok tu.

    Agaknya sebab ko penat sangat ko tu yg boleh tak dgr alarm hip hop tu kot. Lagu apa? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. aku tengah menaip sekarang tapi bukan next entri.. sabar eh:)

      Tula, aku pun syak aku penat.. (buat2 naive, hehe..)

      aku set lagu danza kuduro tu, agaknya makin mendodoikan instead of membangunkan aku..

      Delete
  3. salam kenal lady dreamer..belum pernah solo lagi..mmg respect la travel solo;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Sai. Tq sudi membaca blog ni..

      Travel solo menarik, cubalah nanti. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...