Pages

Wednesday 24 December 2014

Suka Duka di Sri Lanka

Assalamualaikum..

Sri Lanka, i'm coming
Fall in love with this country
Plan asal aku adalah bercuti panjang dengan berjimba di Sri Lanka hujung tahun ni. Tapi last minute ada jer tak kena melibatkan office dan rumah, aku terpaksa tukar plan. Hasilnya aku cuma ada seminggu jer nak jenjalan kat sini.

Seminggu jujurnya memang tak cukup. Aku pulak main redah jer kali ni takda booking accommodation awal sangat kecuali untuk malam pertama sampai Colombo. Yang lain, aku hanya booking hari sebelum aku sampai ke bandar tu. Ada yang aku main walk-in jugak..

Apa yang sempat aku buat dalam seminggu?

Aku pergi Colombo, Kandy serta kawasan sekitar dan aku pegi menyiksa diri mendaki ke puncak Adam's Peak.

Yes, i did that. Tapi kesannya sampai sekarang aku menderita sakit betis dan jalan macam takda kaki. Sakittt sangat....

Sri Lanka bagi aku sangat unik. Terdapat banyak tempat menarik untuk diteroka. Dan satu perkara yang aku suka jugak adalah Sri Lanka generally bersih tempatnya.

Cute Monkeys.. kat Sri Lanka sangat behave tak macam monyet kat Bali yang agresif
Sini aku nak share dengan korang benda yang perlu tahu bila travel ke Sri Lanka berdasarkan pengalaman aku yang seciput tu..

1. Visa

Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Sri Lanka. Visa boleh dipohon secara online jer kat sini. Sekejap jer lepas hantar dah boleh dapat approval. Lepas dah approve, boleh printkan untuk tunjuk kat pegawai imegresen Sri Lanka nanti incase diaorang mintak.

Waktu aku buat bulan lepas (November 2014), kos visa adalah USD 30.

2. Matawang

Sri Lanka menggunakan matawang SriLankan Rupee. Last aku check.

RM1 ~~ 37 Rupee

100rupee ~~ rm2.60

Duit aku tukar ringgit kepada USD dulu, nanti dah sampai Colombo boleh tukar kepada rupee kat money changer di airport.

3. Accomodation

Sri Lanka masih belum meluas sangat konsep hostel murah untuk backpackers. Kebanyakan yang ada merupakan guesthouse dan harga bergantung kepada kawasan ia terletak. Makin dekat dengan tourist attraction, makin mahal lah tempat tu. Kalau tak nak gamble, boleh booking in advance untk pastikan tempat tu menepati selera diri. Ada tempat aku stay yang aku rasa okay dan ada jugak yang aku sebenarnya tak berapa lalu nak tido. Nantilah masuk next entri.

4. Transportation

Memberanikan diri berdiri di pintu keretapi
Public transportation di Sri Lanka sangatlah murah. Sepanjang kat sini aku memang banyak guna bas dan keretapi jer. Tapi aku lebih enjoy train sebab boleh beraksi ala-ala pelakon hindustan menjengah muka ke luar train sambil buat aksi-aksi bahaya yang insuran tak cover. Lagipun view cantik dari naik bas.

Bas pulak memang tersangat murah dan kekerapan adalah sangat tinggi. Satu jerlah, bila naik bas memang kebanyakan masa berhimpit macam sardin. Pastu, telinga anda akan didendangkan dengan lagu-lagu Ceylon yang kuat betul bunyinya.

Nasib baik lagu-lagu tu sedap didengar cuma aku tak faham apa maksudnya. Layan jer...

Normal bas berkumpul di Colombo Fort
Selain tu, tuk-tuk pun berlambak di Sri Lanka tapi bagi aku korang kena berhati-hati dengan golongan kenderaan ini.

Ada masa aku terpaksa jugak guna tuk-tuk. Tapi setiap kali aku naik tiap kali tu jugaklah aku kena overcharged 2x ganda. Dahlah menipu pulak tu..

Tuk Tuk menungu penumpang
5. Makan

One of muslimah in Sri Lanka
Tak usah bimbang, makanan halal sangat mudah didapati di Sri Lanka. Ada banyak pilihan, tapi kalau tak jumpa pun restoran vegetarian pun senang dapat. Harga makanan kalu bajet boleh dapat 200-300 rupee satu meal.

Satu benda konfius, di sini kalau namanya "... Hotel" maksudnya tu tempat makan bukannya hotel.

Had this almost everyday, yummy!!

6. Penduduk Tempatan

Rata-rata locals Sri Lanka sangat peramah dan sanggup membantu jika kita bertanya soalan especially direction. Walaupun tak berapa pandai English, dia orang akan mencuba sehabis baik menolong kita foreigner. Aku dah banyak sangat terhutang budi dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh dia orang ini.

Cuma janganlah sebarangan bertanyakan soalan kepada orang yang salah (e.g tuk tuk driver, lelaki nampak muka miang) untuk mengelakkan kesusahan kepada diri sendiri kemudian hari.

Cute baby with her father
7. Tempat Untuk Dilawati

Lazying myself at Colombo beach
Sebab masa singkat, aku cuma cover sikit jer tempat;

Colombo - Bandar terbesar di Sri Lanka, pusat commercial and financial

Kandy - Pusat kebudayaan Sri Lanka. Listed in UNESCO World Heritage List

Dambulla -  Ada Golden Temple, Cave Temple. Sini ada mencanak naik sikit ala-ala manja..

Sigiriya - Lion Rock yang famous. Pergi sini kena banyak memanjat tangga walaupun awesome.

Adam's Peak - Bandar terdekat sebelum start adalah Dalhousie. SANGAT SANGAT SANGAT memenatkan dan merupakan perjalanan ziarah untuk penganut Buddha. Oh ya, kena memanjat sebanyak 5500 tangga untuk ke puncak, nanges...

Untuk peminat pantai, tempat yang famous adalah Galle atau Mirissa.

Kalau minat nature, boleh try pergi Anaradhapura ataupun Polonnaruwa.

Kalau nak fefeeling sejuk ala Cameron highland, boleh pergi Nuwara Eliya

Untuk tengok binatang macam Leopard boleh ke Yala National Park tapi aku tak sure musim apa yang sesuai.

Oh ya sebelum aku lupa, entrance fee ke attraction places di Sri Lanka adalah super duper mahal untuk foreigner. Paling minimum aku tengok adalah 1500rupee (~40ringgit). Jadi, ada tempat yang aku tak masuk pun sebab sayang duit. Kalau nak masuk jugak kena sediakan duit banyak sikit kat sini.

Sigiriya Rock Fortress.. definitely ROCK!!!
8. Solo Female Traveller

Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Sri Lanka sebenarnya agak selamat untuk pompuan yang travel solo asalkan basic precaution masih dijaga. Korang mungkin kena tenung dan dipandang semacam oleh locals especially lelaki sepanjang berjalan di mana-mana. Ada yang lebih berani terus menegur untuk memulakan perbualan tapi aku fikir positif mereka cuma nak being friendly jer.

Satu benda kat sini aku encounter first time, "I Feel Like A Celebrity"...

Kat mana-mana berjalan, locals pasti menegur even sampai tahap nak ambik gambar bersama. Bila aku tanya sorang kenalan local di penghujung trip, dia explain kat aku sebab kulit kita yang lebih cerah sedikit dari dia orang. Extra point pulak sebab aku pakai tudung jadi macam uniklah bagi dia orang.

Pada aku, minah saleh jauh lebih cerah kulitnya dari aku dan di Sri Lanka ni ada banyak perempuan muslim yang pakai tudung jugak.

Again, aku rasa sebab tudung Fareeda yang aku pakai tu kot menampakkan kelainan, hehe...

Namun begitu, aku terkena harassed jugak bukan sekali tapi dua kali. Malang betul nasib aku kali ni. 

Habis mulut aku menyumpah seranah lepas peristiwa tu. Tapi, marah aku terhadap si pelaku tu, aku lebih marahkan diri sendiri lagi sebab bodoh sangat time tu sampai senang jadi mangsa.

"Lesson Learned: Checked"

Kesimpulannya, adakah aku rekemen Sri Lanka??

YES!!! banyak kali. First time aku rasa nak ulang balik datang sini secara seriously. Matilah semua tempat dah terjah aku sebut nak repeat kan...

Sesungguhnya aku nak balik lagi ke sini. Hopefully masa terdekat nanti. Even nak balik hari tu pun aku rasa berat hati jer, huhuk...

Oh ya, sebelum aku terlupa aku banyak merujuk kepada blog GalakJalan dan Hidayah serta Wikitravel untuk jadi panduan aku ke Sri Lanka. Membantu aku sangat dan sebab tu aku berterima kasih bebanyak kepada mereka ni..

Aku rasa tu jer dulu kot aku nak cerita. Entri penuh akan keluar kemudian nanti untuk membantu kalau korang berminat nak ke Sri Lanka.

A good way to feel in Sri Lanka's air


25 comments:

  1. good. thanks.... tapi panjat2 tu mcm x mahu.

    ReplyDelete
  2. Yes! Aku pun dah banyak take note dari blog Dayah. Best gilak aku tengok view dia semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohsem sangat Bie.. Masukkan S.Lanka ni dalam travel plan ko next year:)

      Delete
  3. Huntunglah jadi glamer kat sana... Macam best Sri Lanka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha!! Jakun sangat perasan retis kat sana.
      Sri lanka memang best. Bersungguh saya promote ni, hehe..

      Delete
  4. SS pernah transit di Colombo tapi tak pernah terfikir nak betul2 jalan kat sna... Lawo jugak Colombo ni... Have to put in my wish list laa kot... He He He...

    ReplyDelete
  5. macam menarik je.
    boleh pertimbangkan untuk next trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik kak. Membuka minda saya terus bila sampai sini.

      Jangan timbang2 lagi kak, terus terjah flight tiket, hehe..

      Delete
  6. hmm...u make me open my heart (just a little bit) to Sri Lanka la LD.... u p sorang eh....? kagum..kagum...! x sangka gak sri lanka bnyk tempat nk p eh... cuaca camne...? panas mcm mesia or sejuk sket..? harga flight? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. a little bit pun okey jugak. Sri Lanka ni cuaca macam kat Malaysia jugak. Panas dan hujan sepanjang tahun. Kecuali kat tempat tanah tinggi macam Nuwara Eliya jer sejuk tahap gaban..

      Yup, i travel by myself. Masa promo A.Asia pernah tengok harga dalam RM550 paling murah pernah dapat untuk return flight ke Colombo. Saya pulak beli last minute guna MAS jadi harga berlipat kali ganda jugak.

      Delete
  7. LD..bab jadi retis kat sana JM mmg x terkejut kerana bukan je di Sri Lanka..di Indonesia hari tu pun LD tetap jadi pujaan mereka...JM boleh rasa LD ini cantik dan menarik orgnya ehehe..kalau JM yg berkulit sawo matang ni maybe dorang x pandang ekekek

    Wahh...ke Sri Lanka pulak my frens..mmg berani lah..kalau selamat katanya ..maybe akan tergerak hati jugak igin ke sana..nko ni kan JM..mana tempat yg nko xnk pegi kan..

    X sabar nk tggu full entry terutama part kena scam tu..JM pun baru sampai petang semalam..juga ada pengalaman naik gunung semata2 nk dapatkan sunrise yg cantik..8 jam mendaki...sakit perut betis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alorr, rindu nak baca entri JM. Lama menyepi bulan lepas kan:)

      Haha!! Saya biasa biasa jer JM. JM pun cantik aper,:)

      Takpe JM, angan-angan biar banyak. Mana tau tercapai nanti kan. Sri Lanka memang best. Saya encourage JM pegi sana nanti..

      Wah, tough giler 8 jam mendaki!! Cepatlah JM postkan dalam blog. Tak sabar nak membaca:)

      Delete
  8. hai saya pembaca baru dan bakal membaca semua entry u ;)

    ReplyDelete
  9. thanks for the entri LD. makin membuak2 nak g tgk train n view pantai yg cantik. mcm nk kene pki tudung fareeda je. hiks.

    ReplyDelete
  10. Salam seronok baca entry u.mi insyaAllah nak pergi bulan 12 as solo traveler juga..but ape maksud u kena harrasment dekat sana..u kena raba ke? N ape maksud u relakan je

    ReplyDelete
  11. hoyeah! thanks alot. banyak juga membantu dalam mengambarkan apa menarik di sri langka. malangnya aku hanya dapat ke sana untuk 2hari. jadi akan hanya terjah colombo sahaja

    ReplyDelete
  12. harap dapat bantu saya utk membuat sedikit kajian di colombo. saya nak pergi tahun depan (2017)

    ReplyDelete
  13. harap dapat bantu saya utk membuat sedikit kajian di colombo. saya nak pergi tahun depan (2017)

    ReplyDelete
  14. Nice post ! thankx for sharing with us !Now whether you have a business conference or you want to travel the country just to discover its beauty, you can simply apply and receive your visa in just few clicks with us!Sri Lanka online tourist visa, online tourist visa application for Sri Lanka

    ReplyDelete
  15. Nice post ! thankx for sharing with us !Now whether you have a business conference or you want to travel the country just to discover its beauty, you can simply apply and receive your visa in just few clicks with us!Sri Lanka online tourist visa, online tourist visa application for Sri Lanka

    ReplyDelete
  16. Casino Resort Spa - Mapyro
    Casino Resort Spa is 충주 출장마사지 conveniently located 태백 출장안마 off 김천 출장안마 of the Strip near 안성 출장마사지 Golden Nugget Las Vegas. With over 6500 rooms, 아산 출장마사지 this 3-tower casino hotel is located on the Las Vegas Strip.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...