Pages

Showing posts with label Bangkok. Show all posts
Showing posts with label Bangkok. Show all posts

Thursday, 14 August 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 19 - Last But Not Least, Wat Arun

Assalamualaikum..

10 April 2014 (Thursday):

Sebenarnya ni adalah last day aku kat Bangkok. Esok awal pagi dah balik KL.

Haruslah menggunakan masa yang ada pegi terjah tempat yang boleh dijejak, murah dan tak makan banyak tenaga.

Wat Arun dari kejauhan
Sepanjang tiga hari kat Bangkok aku lalu jer tempat ni tak singgah. Kali ni aku kena jejak jugak untuk elak teringat-ingat..

Sebab temple ni seberang sungai kena naik boat lagi dari pier 8 tu. Tambang aku tak ingat pulak, yang pasti memang sangat murah.

Kat dalam bot ni aku jumpa sorang traveller dari China, Zhang dan kami decide untuk sama-sama tour Wat Arun memandangkan masing-masing solo, boleh jadi peneman satu sama lain, heheh..

Dah sampai ke jeti Wat Arun
Entrance pun murah jer, 50 baht
Memandangkan aku tak berapa ada idea pasal tempat ni, aku ikut jer si Zhang berjalan-jalan pusing temple ni. Friendly sangat orangnya, banyak bercakap walupun slang cinanya pekat sangat.

Jadi, lihat gambar jer lah mana yang aku sempat ambik.

Struktur temple yang ada
Ukiran patung di bangunan ni wajib ada untuk setiap temple di Bangkok

Rupanya, temple ni boleh naik sampai ke atas guna tangga. Aku kan gayat, tapi Zhang ajak naik sebab boleh nampak view bandar Bangkok dari situ.

Nak tak nak, aku kuatkan hati panjat naik tangga yang curam tu..

Tangga naik ke temple. Yang ni belum steep lagi. Level 2 baru lebih curam

View yang boleh dapat dari level 2
Bandaraya Bangkok dari kejauhan
Tangga ni steep sebenarnya tapi tak berapa nampak pulak
Lagi view bandaraya Bangkok
Zhang, dari belakang


Habis pusing satu temple tu, hari dah nak senja jadi aku ingat nak balik ke hostel. Zhang cakap dia pernah baca review internet bahawa view sunset dari sini superb jadi dia ajak tunggu then baru balik.

Walaupun macam best, lepas fikir dua tiga kali aku decide balik terus jer instead tunggu. Kami berpisah di sini dan aku pegi jalan kaki balik ke hostel.

Gigih aku berjalan kaki dari jeti no.8 ke hostel yang terletak di Khaosan Rd. Bajet nak mengurangkan kolestrol, hehe..

Singgah beli sebab nampak menggiurkan
Lupa aku nak cerita pasal hostel ni. Terletak tak jauh dari Khaosan Rd tapi tetap maintain suasana yang cozy dan tenang, Khaosan Immjai Hostel.

Aku rekemen hostel ni kalau korang tak kesah banyak jalan kaki.

Khaosan Immjai Hostel
Pintu depan hostel
Lobi dan tempat lepak sekali dengan tempat breakfast
Melunjurkan kaki di kerusi kepenatan
Stool for hangout
Boleh tengok dvd atau beramah mesra dengan penghuni lain
PC ada 4 bijik untuk kegunaan semua
Breakfast mengadap jalan
Anything interesting?
Staff hostel yang sabar melayan pertanyaan merapu aku
Malam last aku kat sini, aku pegi menjenguk lagi area Khaosan Rd nak dinner. Walaupun pilihan makanan tak banyak tapi masih ada untuk mengenyangkan perut yang lapar.

Ada berani nak mencuba??
Akhirnya, aku pegi makan banana pancake yang dijual sekitar sini. Sedap wei, harga pun tak mahal..

Pilihan yang sukar
Makcik pembuat roti
Hasil akhir banana chocolate, yummy!!


Pagi terakhir di Bangkok, aku gerak awal ke airport menggunakan shuttle van dibooked dari hostel. Biasalah, bila last day tengok duit banyak lebih aku jadi tak kisah nak bayar mahal kat van instead guna public transport.



My bed before checkout
Sampai sudah ke airport
Sampai ke airport, checkin dan breakfast lepak kejap menunggu flight balik ke KL. Rasa mimpi pulak dah nak balik.. baru jer rasa semalam sampai ke Phnom Penh..

The rest, cerita biasa naik flight dan landed KL pukul 2 petang. Kena tunggu lagi satu flight bawak aku balik ke kampung halaman..

Air Asia sudah menunggu
Tak percaya dapat menghabiskan cerita ni akhirnya. Dasar pemalas, aku sumbatkan semua dalam satu entri sebab dah tak tahan dengan cerita yang berderet lama sangat. 4 bulan tuu..

Asalkan ada kan, hihi..

Overall, untuk trip Cambodia dan Bangkok ni aku menghabiskan lebih kurang RM900 untuk ground arrangement sahaja dan shopping. Tiket flight tak masuk err, lain kira.

Untuk trip selama 8 hari, aku sendiri rasa berbaloi belanja yang diguna. Banyaknya bajet aku pegi ke arah makanan sebab aku takda bawa bekal. Takpe, pengalaman sepanjang trip ni sangat berharga dan menjadi memori yang tersimpan dalam ingatan..

The end, yea!!!


Tuesday, 12 August 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 18 - Terminal 21

Assalamualaikum..

Angin entah apa yang masuk dalam badan sampai aku decide nak masukkan shopping complex ni dalam KIV list to go in Bangkok.

Plan asal nak ke Maeklong Railway market terpaksa didrop (again???) atas sebab-sebab tertentu. Jadinya kena ada plain spare sebagai ganti menghabiskan masa kat Bangkok.

Nak bershopping?? Banyak tempat shopping kat Bangkok kenapa yang ni?

Nanti aku cerita, tapi sebelum tu cari tempat breakfast dulu..

View sepanjang pesisir Chao Phraya dari boat
Kali ni stop kat Central Pier untuk naik train ke Deen Restaurant
Aku alight kat stesen Surasak pastu jalan kaki ke sini. Restoran ni kat jalan Silom Soi Rd 15.
Menu-menu semua cantik digambar, aku pun tertarik pilih satu
Walaupun portion kecik, tapi boleh tahan sedap. Cuma aku rasa dia ni lokek sikit dengan udang tu..tak puas
Depan Deen Restaurant
Makan pun dah, aku patah balik ke BTS naik train ke stesen Asok (direct access ke Terminal 21 building).


Sopan orang kat sini berbaris tunggu train
Dah sampai, yea!!

Jadi, tujuan aku nak ke sini sebab aku nak lihat dengan mata kepala sendiri konsep unik shopping mall ni.

Several world famous city diletakan bawah satu bumbung dan boleh diidentifikasi melalui each level.

Macam aku jakunlah kan nak nengok bandar-bandar glemer ni. Jadi, jom pegi ke level 1 dulu..

Yuk, kita ke Tokyo


Ramainya ummah manusia bershopping..
Ciri-ciri Tokyo city di level 1
Masuk toilet adalah digalakkan, cantik sangat
Decoration dalam toilet kat level Tokyo

Bilalah agaknya aku nak pakai benda alah ni,...
Orang bersumo takda, tengok patung jerlah
Hati makin melonjak nak ke Jepun bila dah tengok ni
Now, we go to London pulak :)


Ni castle guard ala-ala asia

London phone booth
Kerusi kosong

Penat kat London, pergi Istanbul jom
City dipenuhi dengan cahaya lampu-lampu
Adakah ini trojan horse?

Welcoming me to Istanbul

One of attraction kalo pegi Turkey
Ni jauh lagi angan-angan, pegi kat sini dulu ambik berkat, hehe..
Kat level San Francisco city ni, semuanya restoran dan tempat makan. Rambang mata tengok semua, nasib baik tak halal jadi pandang macam tu jerlah.


Tony Roma's
Cafe' Fish


Restroom pun cantik tau..
Basikal lonely takda owner
Dekorasi unik kat level ni
Will i be here??
Haruslah bila dah lalu banyak sangat tempat makan maka kenalah singgah satu kan... Tak kira perut masih penuh dengan breakfast nasi pagi tadi..

Kat Level 4 ni jugak terletaknya foodcourts. Aku singgah lunch kat the only foodstall halal sini, Bismillah..


Bismillah, sedap dan murah..
Coupon counter kat foodcourt
Konsep membeli makanan kat foodcourt mengunakan prepaid card
Sebelum beli makanan, kena tukar duit tunai dulu dengan card ni
Menu ni cuma berharga 25baht. Terkejut aku sebab murah sangat..








Makan nasi kali kedua buat perut aku betul-betul kenyang. Tak larat nak habiskan, dasar tamak haloba lagik..


At the end, memang aku tak habiskan nasi kat atas. Banyak kali dah aku buat cenggini memang membazir betul.

Sekarang ni aku cuba nak kurangkan sifat tamak dengan makanan lepas sedar diri dan kena tegur dengan member. Harapnya disiplin aku kuat nanti..

The rest, aku sambung jalan-jalan lagi kat shopping mall ni. Selain makan, takde berbelanja pun cuma dok perati jer dari satu floor ke floor yang lain. Orang macam aku boleh berangan kejap berada kat bandar-bandar femes dalam satu hari, hehe..


Masih di San Francisco
Tali apa entah..
Crabs are everywhere including in the toilet
Overall, aku seronok kat sini. Kalo rasa diri kuat berangan ala mat jenin adalah direkomenkan datang untuk melepaskan gian..

Okeh, tu jer nak cerita. Balik dari sini aku singgah lagi kat satu tempat sebelum balik hostel. Yang ni next entri lah pulak..

Till then, bye..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...