Pages

Monday 30 June 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 12 - Merentasi Sempadan Cambodia - Thailand

Assalam..

08.04.2014 (Tuesday):

Pagi ni aku bangun awal sebab nak gerak ke Bangkok pulak. Excited rasa nak memulakan perjalanan baru.

Aku beli tiket bas melalui hostel ni jer. Bayaran 8usd dari Siem Reap ke Poipet. Dah lalu border nanti plannya nak naik train ke Bangkok. Kalo nak beli tiket direct ke Bangkok pun ada jugak, harga dalam 13usd.

Aku sajer nak feeling-feeling nostalgia tengok view kampung dari dalam train.. Tak fikir azab yang bakal menanti, huhuk..

Pukul 8 pagi datang sorang laki suruh ikut dia pegi ke arah bas menunggu kat persimpangan jalan tak jauh dari hostel. Tengok tiket bas akan bertolak pukul 8.30 pagi. Umm, bagus gak ready awal-awal cenggini. Boleh pilih seat cantik nanti.

Mengekor belakang mamat depan menuju ke bas
Ingatkan ni bas kami, rupanya bukan.. kena jalan depan sikit lagi
Ni pun bukan jugak..
Just a view from the bus
Turn out sampai bas banyak betul dah orang. Memang takda peluang untuk duduk sorang-sorang sebab semua seat penuh. Tapi penuh-penuh tu, dapat jugak aku seat  duduk sebelah sorang laki matsaleh hensem..

**Mode gedik muncul di awal pagi, ehem ehem..

Perjalanan bas ke Poipet ambik masa lebih kurang 3 ke 4 jam. Nak tengok view kat luar tak best sebab takda apa-apa untuk dilihat. Kering kontang jer dengan debu. Baik aku tengok muka mamat sebelah aku tu, lagi indah ciptaan tuhan yang sorang ni, hehe..

Adalah cerita driver ni pasang mula-mula, lepas tu tutup terus
Seat lengang semasa berenti kat reststop
Jadi apa aku buat sepanjang dalam bas tu, aku bantai tido jer. Nasib baik orang sebelah gentleman sikit, dia bagi ruang lebih besar untuk aku tido dan dia pegi menyempitkan diri kat tepi tingkap, hehe..

One of the rest stop
Laki baju biru ni aku gelar raja Selfie. Berdiri kat situ ambik gambar sendiri dekat berpuluh-puluh kali.. macam-macam aksi dia buat. Kalah aku, hehe..
Sampai Poipet lebih kurang pukul 12 lebih tengah hari. Aku bergegas jer turun ambil bagpack berjalan ke arah Imigresen kaunter Cambodia. Tak akan sesat punya sebab driver ada bagitahu arah mana perlu dituju, ditambah pulak pejabat tu dah boleh nampak dari area kami diturunkan.

Untuk pengetahuan, Poipet merupakan sempadan Cambodia-Thailand dan salah satu sempadan yang sangat sibuk. Orang Thai nak ke sini,orang sini pulak nak ke Thailand. Tak campur lagi dengan foreigners. Manusia punyalah ramai quenya. Kaunter pulak ada 2 jer. Seriau aku rasa sebab aku perlu kejar train pukul 1.45 petang nanti ke Bangkok.

Aku spend kat sini dalam setengah jam jugak. Lepas cop pasport keluar dari Cambodia, kena jalan kaki pulak menuju ke Aranyaprathet. Tak lama jer, dalam 10 minit akan sampai pejabat imigresen dia orang.

Lepas imegresen Cambodia, kena jalan kaki lalu ke depan tu menuju ke Aranyaprathet
Casino kat Poipet
Bangunan kasino
Aku tak tahu apa nama ni, some sort public transport gak..
Kalo dah sampai Aranyaprathet, maknanya ko dah officially sampai Thailand. No more Cambodia, boleh buang jauh-jauh dari ingatan, hehe..

Bye Bye Cambodia..

Tapi, sampai sini pun kena beratur gak untuk cop pasport masuk Thailand. Di sinilah aku banyak menghabiskan masa nak dekat 40 minit jugak beratur. Sakit jiwa time ni sebab aku takut tak sempat naik last train ke Bangkok. Kalo boleh aku memang tak nak spend semalam kat sini, nanges nanti..

Pegi kiri untuk cop pasport Thailand pulak
Aktiviti warga lokal kat sempadan
Kalo korang beli tiket bas direct ke Bangkok, tak perlu gundah gelana macam aku. Sampai Poipet tadi, korang akan dilekatkan sticker bewarna. Bila dah lepas imigresen Aranyaprathet nanti, akan ada ejen-ejen menunggu berpandukan warna sticker korang. Ejen ni akan bawak korang terus ke Bangkok menggunakan van. Katanya perjalanan ambik masa 4 jam SAHAJA..

Aku pulak memang menempa susah. Kalo guna train dari Aranyaprathet ke Bangkok ambik masa 6 jam. Tapi harus diingat train dari sini ke Bangkok hanya 2 kali sehari. Last train adalah pukul 1.45 petang. Tu yang aku nak kejar sangat bagai tak cukup kaki. Untuk kepuasan berganda katanya..

Pintu gerbang Thailand
Bila dah lepas imigresen Aranyaprathet, aku berlari keluar mencari tuk tuk untuk ke train station. Pandai diaorang ni, nampak aku desperate and rushing semacam terus letak harga 80 baht kat aku. Bantai jerlah, aku rela daripada kena stay sini.

Naik tuk tuk ke train station. Nasib orang travel sorang, takda jumpa orang lain untuk share tambang
Rupanya perjalanan pakai tuk tuk tak jauh mana pun. Kurang dari 10 minit dah sampai train station Aranyaprathet. Beli tiket keretapi ke Bangkok cuma beharga 48baht jer.

Sampai akhirnya..
Tengok-tengok jam, pukul 1.30 petang. Baru aku rasa lega. Ada 15 minit lagi, sempat untuk aku membeli air.

Beli air jer, nak makan tak yakin. Sejak pagi belum menjamah apa-apa lagi. Belek dalam beg cuma ada biskut Oreo, pathetic sungguh aku time ni..
Orait, panjang sangat dah ni. Next entri lah nak cerita pasal train ride ke Bangkok. Bye..

Sunday 29 June 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 11 - One Stop Hostel SR & Kisah Alarm

Assalam..
One Stop Hostel, Siem Reap
Ni nak cerita pasal hostel aku stay di Siem Reap.

Actually, hostel ni cawangan kepada hostel aku stay di Phnom Penh sebab tu nama diaorang sama.

Konsep bunkbeds dan share bathrooms jugak. Rate semalam adalah 7 usd.

Kali ni dapat katil bawah, baikk punya
Ada locker untuk simpan beg
Kasi tunjuk sikit katil aku dari jauh. Sebelah adalah katil perempuan Singapore tu
Senang cerita, waktu aku kat PP staff hostel dia promote kat aku hostel ni. Diaorang cakap cawangan kat SR baru bukak bulan satu tahun ni. Kalo aku booked hostel ni, bila sampai SR nanti akan ada free pickup service.

Lihat-lihat duit usd dalam purse makin menipis, aku setuju ambik hostel ni. 

Dari segi lokasi, bagi aku sangatlah perfect. Sebelah hostel ada minimart, senang nak terjah kalau lapar malam-malam.

Cross jalan depan dah nampak Pub Street yang popular tu..

Kalo rasa nak shopping, Night Market dan lain-lain market semua berdekatan within walking distance dari hostel.

Kalo rasa nak cuci mata tengok mat-mat saleh hensem, pegi je kat common room join dia orang tengok dvd sini. Berlambak jer dan ramah pulak tu, heheh.. (ni statement untuk yang perasan gedik macam aku)

Common room, banyak orang lepak-lepak sini tengok movie
Ada pc jugak 2 bijik untuk kegunaan semua
Reception counter
Kalo nak breakfast, staf dalam gambar akan tolong buatkan dengan bayaran 2usd.
Duduk kat sofa menunggu breakfast
******************************************************************************

Okay, aku nak sambung lepas balik dari lunch tengah hari tu aku terus tidur tak sedarkan diri. Mengada jer aku set alarm bangun pukul 2 petang..

Sekali aku bangun, ya Allah!! pukul 4 petang rupanya. Matilah alarm aku menyanyi lagu hiphop berejam-jam di bilik..

Tengok-tengok takda orang lain kat bilik. Nasib baiklah kan, kalo tak memang habis aku kena sumpah dia orang..

Bangun pegi kemaskan diri dan buat segala benda wajib, aku turun ke common area. Hajatnya nak pegi cari Ellie dan Keisha sebab pagi tadikan aku dah berjanji ngan diaorang untuk sama-sama jalan petang ni. Kiranya aku nak pegi mintak maaf sebab mungkir janji.. Tido mati punya pasal..

Sampai bawah, aku tak nampak batang hidung mereka berdua tu. Agaknya diaorang ni tengah layan view tasik Tonle Sap tu kot, aku fikir.


Sambil menghabiskan lebihan makanan lunch tadi, aku layan movie kt tv yang bebudak lain pasang. First time aku tengok cerita Hangover. Rupanya lawak jugak cerita tu yer.. Nasib baik omputeh ni semua tak main cerita 18SX macam kat PP hari tu.

Tengah asyik makan, nampak Ellie dan Keisha baru masuk ke lobby. Nampak aku, terus si Ellie tu datang sambil mintak maaf.

Terbalik pulak, padahal aku yang patut mintak maaf kat diaorang ler kan..

Rupa-rupanya Ellie cakap dia tak sihat sebab kena panas terik di Angkor pagi tadi. Kepalanya berdenyut-denyut jadi diaorang decide tak jadi pegi ke tasik tu. Ni pun diaorang baru balik dari farmasi cari ubat. Dia mencari aku tadi tapi tak nampak, ingatkan aku dah pegi terus sorang-sorang..

Alahai, kalaulah diaorang tahu yang aku sedang nyaman diulit mimpi atas katil siang tadi..

Since ni malam last aku kat sini, kami berpeluk cium tanda perpisahan. Esok aku akan meneruskan perjalanan ke Bangkok manakala mereka berdua akan ke Battambang. Such a nice companion I have walaupun sekejap jer. Takler terasa sangat sorang-sorang kat sini.

The rest of the night, aku cuma menghabiskan masa wandering around Pub Street dan market kat situ. Jalan-jalan melihat kawasan happening sambil memerhati gelagat orang. Sempat shopping sikit-sikit untuk mencukupkan syarat..

Pub Street, happening giler tempat ni

Berseberang jer market ni dengan PubStreet
Fish massage
Kedai sewa basikal

Agak-agak pukul 10 malam, aku balik ke bilik. Jumpa dengan Singaporean lady yang bangunkan aku awal pagi tadi. Nampak aku, dia terus tegur..

"Wow! you such a heavy sleeper. This afternoon i tried to wake you up because your alarm ringing but you looks so peaceful in your sleep."

Buat muka malu, aku say sorry kat dia. Nampak gayanya alarm aku telah membangunkan orang lain kat situ.. Dahlah aku letak muzik bingit supaya aku jadi sakit hati dengar terus bangun immediately.

Alih-alih aku jadi sleeping beauty, orang lain yang sakit hati dengar..


Apalah nak jadi kat aku ni, time travel pun nak buat macam kat rumah.. Satu perangai buruk yang patut dijadikan sempadan, yer kawan-kawan..


******************************************************************************

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Minta maaf andai tersakit hati atau menyimpan rasa terhadap apa yang aku tulis selama ini.

Moga segala amal ibadah akan diterima oleh-Nya. Amin..

Friday 27 June 2014

Seoul Trip; Done!!

Assalam..



Aku baru jer balik semalam. Trip yang singkat tapi bermakna. Walaupun asalnya nak sambung stay kat Seoul tapi mengenangkan Ahad ni dah start berpuasa aku stick to original plan.

Aku tak kuat lagi nak puasa sorang-sorang kat oversea, huhuk..

Anyway, lebih 50% plan aku ke laut kali ni. Banyak jadi tunggang terbalik disebabkan cuaca tak menentu, plus penyakit malas menyerang dan dicampur sesat barat menggunakan subway Seoul.

Kaki aku sakit bila terpaksa naik turun tangga kat sini.

Pengajaran utama, "Jangan Underestimate Pada Kekompleksan Subway di Seoul"

Sungguhpun macam tu, aku dapat pengalaman tak ternilai trip kali ni. Lansung tak tahu dan tak terfikir, aku akan menginap semalam di Jjimjilbang atas ajakan local people yang tak nak tengok aku tido kat airport.

Betapa naifnya aku terus setuju bila dengar bayar masuk cuma 9000won ajer..

Fuh, betul-betul aku terkejut dengan apa yang aku lihat, hehe..

Okaylah, aku akan ceritakan semua pada next next entri. Insyaallah, nak habiskan entri trip yang terdahulu walaupun hati tengah berkobar-kobar nak cerita pasal Seoul...

Kata orang tua, tak digalakkan untuk melangkah bendul, ye tak..

Till then, tata..



Sampai-sampai terus menerkam air glemer "Susu Pisang" dan T-Money
Antara rumah yang ada
N Seoul Tower waktu sendu
Free Guided Tour Di Gyeongbokgung Palace
Military personnel during DMZ Tour
The only mosque in Seoul
Aah, harapnya jodoh berkekalan antara korang berdua, hehe..
Selfie time in Nami Island, hehe..



Saturday 21 June 2014

Today is Under The Sunshine Trip

Assalam..

Yea!! Tak mau sedih-sedih lagi.

Sekarang ni tengah berpacking untuk trip musim panas ke Seoul..

Orang lain dah berepeat-repeat ke sini, aku pulak baru nak menjengahkan muka.

Maafkan saya sebab jadi perempuan jakun nak tengok ajumma serta ajushi sekalian, hehe..

Hopefully trip ni berjalan lancar nanti. Kalo tak lancar pun, rasanya ada backup plan berbondong-bondong dalam otak untuk standby. Aminnn...

Jadi, untuk sekalian oppa-oppa yang cute, tunggukan kedatangan Perempuan Melayu dari Malaysia esok pagi di Airport okeh!!!

Seoul welcoming me!! Annyeonghaseyo everyone..

Thursday 19 June 2014

Aku Cenggeng Rupanya

Assalam..

Sumber dari Google
Walaupun aku ni tak sekuat mana, tapi bila rasa down sangat aku akan cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan sehinggalah aku tau yang aku sendirian kat situ.

Especially bila melibatkan kerja dan dikelilingi oleh rakan sekerja.

Tapi, entah kenapa pagi tadi aku boleh jadi cenggeng macam budak kecik. Tanda-tanda penuaan ker?

*********************************************************************************

Bekerja dalam bidang yang mana majoritinya kaum lelaki memang sangat tough. Ditambah pulak dengan luarannya aku nampak lembik membuatkan aku selalu menyimpan rasa dalam hati bila kena pijak.

Aku tak sangka yang aku boleh menangis teresak-esak pulak depan semua orang kat ofis. Tak sempat nak berlari ke toilet, air mata dah berjurai keluar macam hujan.

Malu bila fikir balik.. Mana lah aku nak letak muka pasni.

Tapi, hidup perlu diteruskan. Lepas habis air mata tambah dengan mata bengkak, aku keluar balik ke ofis buat-buat muka tebal.

Nasib baik boss yang melihat aku diperlakukan seteruk itu ada melakukan action mempertahankan stafnya disamping mengajar aku cara untuk bertindak lain kali sekiranya peristiwa sama berulang. Terima kasih boss untuk itu.

Kesimpulannya, sekeras dan setegas mana pun aku cuba nampak tabah... akhirnya aku tetap perempuan yang lemah.. Cenggeng lagi tu.

Wednesday 18 June 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 10 - Ta Phrom Temple

Assalam..

Punyalah lambat aku nak siapkan entri ni. Sepatutnya sekali dengan last entri tapi panjang sangatlah pulak. Bosan jugak nak membaca ye tak..

Masuk kawasan Ta Phrom area , aku tengok ada jugak ukiran muka orang kat batu ni
Okay, ni last temple kami pegi sebab masing-masing dah kepenatan dan kepanasan. Suhu time ni aku agak lebih dari 35 C.

**Adalah manusia cakap kat aku , "Ala, Neraka lagi panaslah".

Tak tahulah niat ikhlas ker atau sajer nak sindir. Sentap jugak mula dengar tapi bolayan lepas tu. Pffftttt...

Ta Phrom.. Kalo dengar nama jer macam tak menarik kan. Tapi kalo sebut pasal Tomb Raider mesti kita teringat terus dengan si Angeline Jolie beraksi sakan kat temple ni.

Temple yang terkenal sebab masuk dalam scene film si Lara Croft tu. Terus terasa diri athletic dan nak buat sesi kejar-mengejar di temple ni. Lupakan diri tak secantik dan physically fit macam Lara.

Memasuki temple
Pintu tak berpintu
Kalo masih tak tahu jugak pasal film ni, imagine pulak pokok-pokok yang hidup beratus tahun sampai memakan struktur temple-temple yang ada kat sini. Boleh imagine tak..

Sebab tak boleh imagine, jadi kenalah datang kat temple ni untuk melihat sendiri keunikannya kan..

Macam ni lah kebanyakan pokok-pokok kat sini
Aku tak pandai nak cerita lebih, jadi macam biasa layan gambar jerlah yer..

Giler kuat cengkaman pokok ni
Aku tengok kat sini paling banyak tourist ambik gambar penuh khusyuk. Aku pun join sekaki padahal tak tahu apa-apa
Tengok diaorang ambik gambar ni. Adakah aku missing something??
Di halang oleh timbunan batu besar
Runtuhan batu
Berapa agaknya umur pokok ni??
Management sini terpaksa tampung berat pokok menjalar tu dengan penahan..
Pokok atas temple
Tak sedar berjalan lenggang kangkung terus sampai ke penghujung temple. Jumpa driver tuktuk yang sedia menunggu di luar.

Seperti dipersetujui semua, kami terus balik ke hostel lepas tu. Takde singgah mana-mana dah..

Jujurnya bagi aku memang kurang penghayatan sikit sebab macam rushing jer kami bertiga. Kalo sorang diri agaknya masa aku ambik kat sesebuah temple tu lebih lama. Since aku sendiri dah agreed jadi aku tak ralat sangatlah. Bak kata orang jalan dengan orang lain memang kena ada give & take. Yang penting gunakan masa pendek tu dengan happy jer...

Tuk tuk hantar kami sampai depan pintu hostel. Tengok jam, awal lagi rupanya baru pukul 11 pagi. Rasanya kami antara yang terawal balik dari temple tu kot.

Sebelum masuk bilik Keisha bagitau nak ajak aku pegi tasik Tonle Sap petang ni tengok sunset. Aku iyerkan jer dan cakap nak rehat dulu pagi ni. Diaorang pun nak rehat jugak ambik tenaga balik.

Sampai bilik, aku terus pegi mandi dan keluar balik cari makanan . Jumpa satu kedai India tak sampai 20 langkah pun berjalan. Rupanya ada kedai halal sebelah bangunan hostel ni jer. Punyalah semalam aku jauh berjalan mencari tak jumpa-jumpa.

Sebab lapar, aku jadi tamak order sampai 2 menu. Giler aku nak habiskan semua tu. Last-last tak habis pun, jadi aku tapau jer lebihan tu kiranya untuk dinner nanti.

Makanan apa ntah aku tak ingat nama. Maklumlah, perut lapar, otak pun lembap.
Aaah.. penat sungguh pagi ni. Perut kenyang, aku lompat atas katil bilik merebahkan diri berharap dapat mimpi indah. Hajatnya tido sejam dua pastu petang ikut Keisha dan Ellie ke tasik pulak. Tak ingat pesanan mak cakap jangan terus tido bila perut masih penuh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...