Pages

Wednesday, 1 October 2014

Minggu Lepas Yang Beremosi

Assalamualaikum..

Cerita last week, aku jatuh sakit. Sakit gigi sampai aku demam dua tiga hari. Nak menangis menahan sakit gusi berdenyut-denyut. Tido tak payah cakap memang lansung tak lena..

Masuk hari Jumaat, denyutan dan demam pun berkurang. Aku lega sikit ingatkan nak jumpa dentist pegi cabut gigi. Masalahnya doktor pun tak nak cabut tunggu sebab masih rasa sakit. huhuk...

Azabnya sakit gigi tuhan jer yang tahu. Bila dah sakit begini baru nak teringat alangkah bagusnya kalo sihat. Insaf kejap aku minggu lepas.

Malam Jumaat lepas pulak kami sekeluarga dapat panggilan dari anak saudara di Kuching bagitau yang adiknya (anak abang aku) sesak nafas tiba-tiba dan waktu dia call tu, si adik masih dalam rawatan kat hospital. Tak ada angin dan pokok yang bergoyang, 10 minit kemudiannya, anak saudara telefon lagi bagitau yang si adik meniggal dunia. Innalillahhi wa innalillahirajiun..

Terkejut beruk kami semua kat rumah. Mak dan abang-abang aku terus beli tiket flight paling awal keesokkannya pegi ke Kuching. Aku pulak driving awal paginya membawa ahli keluarga yang lain.

Si adik, baru berumur 16 tahun seorang yang pendiam dan tak banyak kerenah. Doktor yang masih tidak tahu apa punca kematian meminta agar post-mortem dilakukan tapi abang aku memutuskan agar jenazah anaknya dibawa balik ke rumah untuk dikebumikan. Walaupun berita pemergiannya mengejutkan kami semua, namun ketentuan Allah lebih membuatkan kami redha.

Sempat mak aku cerita yang jenazah anah buah aku sebelum dikuburkan sangatlah bersih mukanya seperti tengah nyenyak tido. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.

Peristiwa yang terjadi buat aku terpana kerasa sebagai manusia, aku mengaku yang aku selalu lalai dan leka terhadap kehidupan dunia yang sementara ini. Ajal tidak mengenal usia, sentiasalah mengingati mati.

Sekarang ni gigi aku masih belum bercabut. Cuma sakit dah banyak berkurang. Hopefully esok atau lusa gigi yang berlubang tu dah boleh dicabut.

As far as travel concern, aku dah nampak gambaran yang birthday trip aku bulan ni macam nak cancel jer. Banyak sangat hal yang datang memaksa aku untuk melupakan trip ni. Nanges tengok tiket terbakar lagi...

"October please be nice to me because you're my favourite month"

6 comments:

  1. Innalillahi wainnalillahi rojiun. Al Fatihah. Takziah. Waktu kita belum tentu bila kan, tapi alpa mengalahkan macam hidup beribu tahun lagi. Sobs.

    Btw, sakit gigi memang hazab. Aku haritu tipu dentist, cakap xsakit. So dia cabut jak. Hasil penipuan? Ntah berapa jam darah non stop keluar. Padan muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Bibie, bila ada kematian dalam keluarga terdekat baru terasa sangat takutnya.. takut mati sampai dulu padahal amalan tak seberapa, huhuk..

      Gila daring ko tipu doktor, hehe..

      Delete
  2. salam takziah LD, alfatihah buat arwah. ye betul ajal tidak mengenal usia dan cara anak buah LD pegi tu dgn cara yg mudah x menyusahkan sesiapa. semoga arwah bersama irg2 beriman aminn. al fatihag

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih JM, walaupun famili agak ralat dengan pemergian dia tapi semua dah redha..

      Delete
  3. salam takziah & semoga rohnya dicucuri rahmat.
    cerita pasal sakit gigi ni jangan buat main-main. memang sakit wooo. nak buat apa-apa pun tak boleh. silap gaya, rasa nak lempang je muka orang.
    oh ya...aku pun october baby. yeaah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak:)

      tulah, sakit gigi memang perit yang amat. tak sabar nak tunggu pegi cabut hari ni.

      Oktober jugak, happy birthday jugak untuk akak, haha!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...