Pages

Sunday, 12 October 2014

Summer In Seoul: 07 - Meronda Nami Island

Assalamualaikum..

Kawan-kawan aku bilang kalau pegi Korea tak singgah Nami Island tak sah katanya. Nami Island ni macam salah satu rukun wajib dalam itinerary Seoul.

Jadi, aku pun trylah nak mencukupkan syarat dah pegi Seoul walaupun separuh jiwa jer katanya nak ke sini..

Turun naik subway lebih kurang 2 jam jugak baru sampai ke perhentian subway terdekat, Gapyeong station. Mau tak gigih tu, huhuk..

Dari Gapyeong station, kena pegi jeti feri ada beberapa pilihan:

1/ Pakai bas awam, yang ni boleh swipe T-money tu jer. Au tak pasti pulak berapa tambang sebenar.

2/ Menaiki Gapyeong Circle Tour Bas, 5k won. Harga tiket ni untuk penggunaan sehari dan sangat berguna jika merancang nak pegi lebih dari satu tempat menarik selain dari Nami Island.

3/ Pakai teksi, rate tambang masa aku pegi adalah 4k won.

Dekat Tourist Information Center luar Gapyeong station tu aku ternampak sorang pompuan orang kita. Buat ayat poyo sambil tersenyum,

"Orang Malaysia err?"

"Yer, awak pun Malaysian?"

Selalunya nilah statement pembuka bicara kalo aku nampak orang kita. Padahal dah boleh agak tu orang Malaysia dengan tudung bawalnya, tudung Fareedanya fesyen pelbagai jenis. Tapi sajer nak berbasa-basi takda idea lain keluar untuk intro, hehe..

Borak-borak sebentar perempuan tu cerita dia datang bertiga dengan husband dan professor dia. Tengah fikir cara terbaik nak pegi jeti.

Since aku sorang dan mereka bertiga, kami decide naik teksi share 4 orang. Tambang teksi tu 4k won. Ngam-ngam jer..

TIO di luar Gapyeong station
Naik teksi lebih kurang 5 minit jer aku rasa dah sampai jeti. Pegi kaunter untuk bayar naik feri dan entrance fee 8k won.

Aku terlebih excited pulak kat sini sebab dah jumpa orang kita buat borak. Dah naik feri, aku buat muka tak malu cakap dengan Ain (nama perempuan tu) yang aku nak join diaorang ronda pulau tu.

Lagipun aku mula rasa kurengs sikit nak merayau-rayau seorang di Nami island ni. Macam sesuai untuk couple dan group yang ramai jer aku tengok...

Haha.. cakap jer takde mood untuk jalan sensorang hari ni..

Jadi, Ain cakap okay aku pun happy. The more the merrier katanya..

Katanya immigration
Naik feri ke pulau Nami
Sampai-sampai pulau, aku automatik menjadi pengikut yang setia kepada group Ain. Follow jer mana diaorang pegi dan aku seronok jugak begini sometime. Tambahan sama orang kita, lebih selesa nak berbahasa sendiri.

Rupanya Ain dan husband tu baru kahwin jer seminggu. Ni kira trip bekerja sambil honeymoon untuk dia orang berdua. Yang professor tu sebab ada conference kat Seoul.

The rest of it, tengok gambar jerlah yer. Tak reti pulak aku kali ni nak explain bagai kat pulau ni. Pulau femes sebab cerita Winter Sonata, semua orang dah tahu kot..

Sampai jer dah boleh nampak ni.. Motif pompuan tu berdiri sorang aku tak faham sampai sekarang
Selamat datang ke Nami Island
Pulau Nami, macam besar tapi boleh cover keseluruhan kalo kaki kuat
Vadalisme banyak betul atas meja ni
Tetiba ada pondok cenggini
Masa ni summer... Boleh imagine kalo autumn memang feeling habis kat sini

Lengang takda orang





Bahagia menunggang bersama family

Pahlawan semut sebagai penyeri pulau
Ada jugak taman permainan untuk kanak-kanak

Ronda-ronda pusing keliling Nami ni, waktu pun masuk tengah hari. Si professor tu cadang solat dulu baru sambung jalan balik.

Tempat solat kat dalam Nami Library. Masuk jer situ naik tangga terus jumpa.

Nami library, bangunan kuning outstanding kat sini
Naik tangga untuk ke bilik solat
Agak-agak dah rasa beriman balik, kami keluar dari situ. Aku sebelum ni memang tau ada satu tempat makan halal tak jauh dari sini cuma aku tak pasti exact location dia.

Rupanya, restoran tu kat belakang Nami library ni jer hasil pertanyaan dengan local people.

Biasalah, kalo dah ke cafe ni, nak try nasi goncang kimchee tu. Terliur jer aku nengok gambar sebelum ni. Sekarang ada peluang untuk merasa depan mata.

Nasi goncang tu, harganya 6.5k won, plain water free jer ambik sendiri. Menu yang lain aku tak try walaupun nafsu tamak ada datang. Behave kot sebab ada orang lain, fuh...

Jumpa pun cafe ni
Ni memang dah sah-sah tak perlu was was nak makan
Baru tengok menu apa yang ada
Nak duduk kat luar pun okay
Tapi duduk kat dalam ada aircond, hehe..
Jangan dinilai paras rupa, rasanya aku bagi 5 bintang..nyum nyum...
Pandangan Drama Cafe dari luar
Settle semua dengan makan, kat sini kami berpisah. Aku bagitau yang aku kena balik ke Seoul sebab ada hal. Dia orang pulak masih nak meneruskan rondaan kat situ.

Jadinya, aku patah balik ke feri manakala diaorang sambung jalan. Lambai-lambai tangan dengan muka sedih gitu, hehee..

Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Apa-apapun lebih awal sampai Seoul better sebab aku ada benda nak buat yang aku akan ceritakan next entri.

Till then, tata...



8 comments:

  1. nampaknya Nami Island dh byk berubah...waktu JM pegi tahun 2011 x de lagi nami library tu..nampaknya trip kali ni nak try nasi goncang tu sbb dulu mmg x de

    Kiranya LD x pegi ke area patung 2 pelakon Winter Sonata tu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. laju jer development tempat-tempat kat Korea kan..

      Aah, saya x sampai pun area tu JM sebab nak balik Seoul dah.. ish ish

      Delete
  2. Kan.. ramai msian kat sini, tambah-tambah yang menyombong makan sosej kat kedai (bukan kat drama cafe), membuatkan aku tertanya2, ada lagi ke kedai halal kat nami ni??

    Gitu emo...hahaha

    Cepat abeskan, aku nak tgk pengalaman ko tdo sauna..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sampai aku rasa betul ke aku kat Korea ni. Tengok umat msian kiri kanan jer kat sini..

      Next entri kot aku cerita, tunggu aku rajun balik mengarang, hehe..

      Delete
  3. Haritu gi masa summer, ada diorang hang gambar2 Nami during autumn. Berdarah jiwa tengok pokok merah oren semua. Pastu jumpalah 1 pokok daun semua merah, jadilah fefeeling autumn for a while kan. Nami ni aku memang akan jejak, setakat ni memang xpernah miss everytime gi Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha!! gigih ko mencari pokok daun merah-merah masa summer..

      Agaknya kalo ada Award Best Msian datang Korea, memang aku nominatekan ko dengan Azra. Pengsan tengok korang berdua berkali-kali balik sana:)

      Delete
  4. InsyaAllah awal disember saya ke sana.... blog ni banyak membantu... terus follow......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi membaca benda merapu saya tulis, hehe..

      Enjoy ur trip in december then:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...