Sebelum ni aku ada cakap yang aku kena baik ke Seoul sebab ada hal kan..
"Hanbok Lady in Action"
Pompuan cute tu bukan aku, aku tengah tunggu turn nak pakai hanbok |
Sebenarnya, aku jakun nak pergi ke Tourist Information Office kat Myeongdong untuk try free hanbok, heheh..
Rugi aku rasa dah sampai Korea tak mencuba hanbok tu. (Angan-angan diri cute mula menguasai minda).
Campur tolak bahagi semua, aku sampai balik ke Myeongdong lebih kurang pukul 5 petang. Bergegas aku mencari TIO yang ada provide service ni.
Rupa-rupanya kat Myeongdong jer ada 3 TIO yang aku jumpa. Tapi tak semua ada bagi kemudahan ni. Aku try pegi ke tempat yang ke tiga baru dapat cuba.
TIO yang bersebelahan KEB Plaza |
Suasana dalam, masing-masing tunggu giliran |
Memandangkan jam dah pukul 6 lebih dan aku adalah orang terakhir hari tu, dia orang bagi aku unlimited time untuk bergaya dan bergambar sakan dengan hanbok yang limited choicenya.
Apalagi, betul-betulkan tudung dan hanbok terus berpose-pose macam gadis Korea sopan..heheh..
Sedia membantu tourist-tourist yang berpotensi sesat |
Task completed now moving on to next activity which is...
"Shopping"
Pasal shopping aku jalan-jalan sekitar Myeongdong dan Namdaemun untuk beli souvenier dan pesanan kawan-kawan di ofis. Penat betul nak cari apa yang diaorang nak tapi since aku sendiri pun dah setuju nak beli, hadap jerlah..
Bajet shopping tak lama tapi sebab nak cari satu-satu barang tu makan masa lama, aku terlekat kat Namdaemun tu sampai pukul 8 malam. Bila jumpa jer last item untuk dibeli aku blah cepat-cepat dari situ proceed to next activity.
Di Myeongdong, gaya laki ni menarik perhatian aku. Dia jual candy yang halal. Kotak-kotak tu aku punya lepas terpengaruh dengan dia ni beli banyak-banyak |
Lalu ni on the way ke Namdaemun |
Post Tower |
"Berjumpa kenalan CS"
Sebenarnya prior to my trip in Seoul, aku ada in touch dengan sorang mamat ni through CS. Memandangkan aku travel sorang dan mamat ni pun stay sorang-sorang gak kat rumah dia, kami both agreed untuk jumpa jer kat luar instead aku bermalam kat rumah dia.
Walaupun sedar tak akan ada pihak Jabatan Agama buat tangkapan, tapi masih sedar diri jugak aku kat sini. Kang nanti tak manis dipandang tinggal berdua-duaan walaupun dia orang tak kisah.
CS host aku ni namanya Hoon, bujang lagi stay kat area Yeomchang. Hari ni pun last day aku kat Seoul, jadi Hoon suruh aku turun kat stesen subway dekat rumah dia malam tu untuk berjumpa.
By the time aku sampai kat Yeomchang, jam dah pukul 9 malam. Perut dah berbunyi-bunyi ni sebab last aku makan masa kat Nami Island siang tadi. Nasib baik Hoon jenis punctual.
Stesen subway Yeomchang, tengah mencari Hoon |
First time jumpa, segan-segan lagi. Nak ajak Hoon makan terus, aku malu pulak. Hairan bin ajaib aku boleh jadi malu kalau pasal makan...
Tapi, Hoon sangat bijak. Tengok muka aku lepek semacam tak bertenaga dia bawak aku pegi makan kat kedai local situ.
Tawakkal jerlah, aku bagitau Hoon aku tak boleh makan benda berdaging dan yang ada contain alkohol. Luckily, Hoon faham dan kami pun makan dengan gumbiranya di restoran "ntah apa nama aku tak tau sebab dalam tulisan korea".
Bila makan, baru mula rasa selesa berborak dengan Hoon. Sopan orangnya dan dia banyak bercerita tentang pengalaman travel dia sebelum ni. Seronok aku dengar..
Tengah lepak-lepak tu, Hoon tanya aku,
"LD, awak tido manalah malam ni?"
"Umm, airport rasanya. Pas makan ni nanti saya ingat terus ke airport. Senang tak rushing sebab flight saya esok pagi."
"Ish.. tido airport? Awak sengsorang pulak tu. Bahaya lah.."
Diam fikir kejap, Hoon bagi cadangan aku tido kat Jjimjilbang.
"Jjimjilbang? Tempat apa tu?"
"Ala, macam sauna. Ada kolam air panas. Dekat kawasan rumah saya ni ada satu tapi dia provide basic accomodation jerlah. Boleh tido sana sambil try kolam air panas tu. Awak pun tak pernah cuba kan. Buatlah, boleh merasa jugak since awak dah kat Seoul.."
Aku diam kejap berfikir. Tak pernah masuk dalam otak aku pasal Jjimjilbang ni. Kolam air panas bunyi macam menarik tapi aku fikir takat tu jerlah..
"Ok jugak idea awak Hoon, ni pun dah last night saya kat sini. At least saya ada mencuba benda baru."
Kedai makan local bukak 24 jam, tu jer aku faham |
Hoon tengah meriki menu |
Oo.. malam tu ada perlawanan Argentina dengan sapa entah. Masih musim bola waktu aku pegi sini |
Kalo tak silap, nama ni Bimbap. Kalo salah, maafkan aku tolong betulkan yer.. |
Tteokbokki + Telur + Cheese + Spagheti = Sedap!!! |
Colour jer terang berderang tapi tak berapa pedas. Anyway, Hoon belanja.. kamsahamnida:) |
"Spend Night in Jjimjilbang"
Jjimjilbang aku pegi beroperasi 24 jam dan bayaran masuk 9k won jer. Mula masuk kena simpan kasut dalam loker berkunci pastu kunci loker tu bagi kat orang kaunter untuk ambik kunci loker pakaian pulak.
Ahjumma jaga kaunter bagi aku sekali sepasang baju salinan untuk dipakai kat dalam.
Tak tercapai oleh akalku bahawa masuk kolam air panas kena bogel..huhuk huhuk
Hmm.. sebab ada unsur-unsur kurang sopan aku tak nak cerita panjang pasal malam tu. Aku terperanjat besar lihat keliling aku orang mandi situ tak berpakaian seurat benang pun.
Nasib baik tempat ni tak bercampur laki perempuan...
Aku pulak...umm, cuba bertahan dalam tempat tu menggunakan pelbagai cara yang terdaya. Pelik jer dia orang tengok aku kat situ..
Apa-apapun, aku selesa jugak tido kat dalam tu bertemankan stranger dan berlantaikan tilam yang nipis.
Hanya satu ni jer gambar bersih aku belanja korang, hehe... Pintu gelas depan tu menuju ke kolam air panas |
Jjimjilbang dari luar, pukul 5.30 pagi pun dah terang. Tapi, aku lupak pulak mana satu signboard dia.. |
26 Jun 2014 (Khamis):
Macam mimpi aku pagi tu bangun conpius diri kat mana. Duduk scan sekeliling kejap baru otak terima yang aku masih kat Jjimjilbang. Kemas-kemaskan diri, pack barang aku keluar dari situ sebab nak jumpa Hoon sebelum pegi airport.
Pukul 5.30 pagi sampai aku nampak Hoon dah ada di luar. Punctual betul dia ni. Segan pulak aku rasa menyusahkan dia...
Benda pertama keluar dari mulut Hoon bila nampak aku,
"LD, macam mana malam awak dengan Jjimjilbang ni?"
"Umm.. err.. saya dapat pengalaman baru dan unik semalam, :)"
Berterima kasih kat Hoon sebab kenalkan aku dengan tempat macam ni walaupun aku tak akan nak pegi lagi next next time. Cukuplah sekali untuk melihat dan merasa sendiri.
Masih sakit jiwa aku kenang semalam berusaha menjaga diri dan aurat even semua kat dalam tu perempuan. Tak masuk lagi dengan mata aku dah berpinar tengok benda yang tak sepatutnya...
Okeh, lepas berbual-bual kejap dengan Hoon kami berdua berpisah kat sini. Hoon cuma nak hantar aku dan pastikan aku selamat in one piece katanya. Susah payah dia bangun awal gak nak make sure aku tak sesat barat sampai airport.
Pendek cerita, aku sampai airport dan melalui urusan chekin dengan smooth sekali. Imigresen dan kastam semua tak ada masalah. Flight pukul 9.30 pagi depart on time dan sampai KL pun lebih kurang 4 lebih petang.
Begitulah ceritanya trip aku ke Seoul selama 5 hari yang santai. Agaknya habit bila setiap kali nak habiskan entri idea dah makin kurang, semangat pun menurun. Jadi selalunya entri untuk last day akan jadi ala kadar tak sabar nak menuju ke penamat.
Next entri baru aku nak cerita pasal wang yang aku dah leburkan untuk trip ni. Entri ni kiranya macam penutup supaya tak lah nampak tergantung jer nanti, hehe..
Till then, bye..
Aigoooo part tak de seurat benang tu yg tak best kan.....mesti trauma 3 minggu. .kikikiki
ReplyDeletetrauma terbawak-bawak demam sekali, hehe..
DeleteSi Syieda sebenarnya suka part xde seurat benang tu. Semalam dia watsapp aku pun alah2 lucah tau. Hahaha ok komen keluar topik.
ReplyDeleteAku still xdapat imagine macamana ko dapat bertahan semalaman dalam jjimjilbang tu. Walhal ada hati gak aku nak tanya ko ada try sauna dia x. Hoon seems like a nice guy, dia jaga 'tetamu' negara dia. Clap2 for him.
Ngeng ko bie! Tu salad tepon aku!
Deletehaha!!
DeleteBie, aku segan tahap gaban kat dalam tu. Semua orang pandang aku semacam sebab im the only one yang pakai baju kat sauna tu. the rest tu imagine sendiri jer lah :)
Hoon memang ok, 5 star untuk hospitality dia..
weh share lah kat mana ko pakai hanbok ni. ada 3 office ke kat myeongdong tu? aku ingat kat m plaza, bukan ke?
ReplyDeleteaku penah tgk korea bogel tukar bj kat phuket. org tukar kat dlm toilet dia selamba badan tukar kat luar..huhu
ok ok, nanti aku share tempat tu next entri:)
DeleteRezeki ko hari tu, haha!!
LD, tak pengsan ke tgk aksi bogel-bogelan secara jemaah kat Jjimjilban tu? hehehe
ReplyDeletehaha.. maunya kalo pengsan lagi naya kot semua jemaah bogel datang berkumpul tengok..
DeleteHiks. Pengalaman baru tu. Cukuplah sekali kan...
ReplyDeleteyup.. taubat tak nak buat lagi pasni.. boleh berdarah mata kot:)
DeleteHihi..klakar2.. awat x terpikir be4 masok LD? Tp x pe la.. ade tmpt nk lepak sementara nunggu pg...
ReplyDeleteBengong kan saya time tu, lansung tak terfikir main setuju jer masuk bila kena ajak. Yang bagusnya ada tempat tidur dan lepak jerlah:)
Deletekalau JM mmg suka sgt masuk tempat2 macam tu ahahaha....(matilah kena kutuk lepas ni)
ReplyDeleteSebenar nk jugak try mandi sauna tu kat sana cuma x tak tahu lokasi...tapi bila LD cakap semua 'bogel' seram lah pulak
psst : pandai Hoon cakap Melayu kan hahahaha...."JM tahu LD dh translate tu"
Haha!! JM mengejutkan saya lah..
DeleteHehe.. Hoon tak pandai sangat cakap omputeh. Tapi tengok effort dia memang hargai sangat.