Credit to Google |
Salam Maal Hijrah 1436H buat rakan-rakan beragama islam. Semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik, dipermurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita.
Setiap insan menginginkan perghijrahan ke arah kebaikan dan di jalan Allah. Hijrah tidak mudah, namun usaha perlu dibuat agar di penghujung hari kita tahu yang kita sentiasa berusaha tanpa berputus asa.
Teringat Ustazah masa sekolah dulu pernah berkata,
"Seiring dengan tahun baru, hari yang baru kita mudah lupa bahawa umur semakin meningkat mendekati tarikh kematian. Manfaatkan masa yang kita ada sekarang untuk berhijrah ke jalan Allah kerana kehidupan sebenar (akhirat) semakin menghampiri."
Moga-moga hari yang akan mendatang akan ditempuhi dengan pertimbangan akal, iman dan takwa.
Salam Maal Hijrah LD. Semoga apa yang kita kerjakan di tahun lalu mampu menjadi penghapus dosa lama. Dan semoga tahun ni, kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Insha Allah, amin.
ReplyDeleteSalam Maal Hirah Bibie. Bersama-sama kita berdoa dan berusaha :)
DeleteSalam Maal Hjirah LD...kalau masuk tahun baru 2015 or 2016 semua tahu kan tapi kalau tahun baru Maal Hijrah ni sambutan hambar je...x de azam apa2..termasuk lah JM..kekadang lupa diri huhuh...perlu sentiasa muhasabah lebpas ni...cepat betul masa berlalu sedar tak sedar dh masuk 1436 Hijrah.
ReplyDeleteYer.. harapnya kita sama-sama saling ingat mengingati. Masih ada peluang untuk menjadi lebih baik selagi ajal belum menjelma..:)
Delete