Pages

Showing posts with label Daily Tales. Show all posts
Showing posts with label Daily Tales. Show all posts

Friday, 2 January 2015

Nice To See You 2015!

Assalamualaikum...

Kredit to http:www.zedge.net
Selamat tahun baru 2015 kepada semua rakan-rakan maya yang sudi membaca blog aku yang sememeh ni. Aku tak pernah jumpa pun seorang tapi banyak yang aku perolehi dari segi ilmu pengetahuan tentang travel dari korang semua.

Tak lupa segala pemberian berupa Giveaway dari korang walaupun kita tak kenal pun satu sama lain kan..

Clap Clap Clap...

Okeh, aku terlambat sehari tapi tetap jugak masih awal tahun kan..hiks

Tahun 2015 dah menjelma. Apa-apa benda dah berlaku tahun lepas kena let it go. Yang boleh di bring forward hanyalah pengajaran dan kenangan sahaja.

Jadinya, pengajaran terbesar aku dapat dari tahun lepas adalah:

"Aku Tak Nak Beli Tiket Kapal Terbang Terlalu Awal Walaupun Masa Promo"

Giler aku kena disiplinkan diri aku dan menahan diri dari membuka segala macam airline website pasni sebab aku tak nak menanges lagi bila trip tak jadi.

Jadinya, so far aku tak beli apa-apapun tiket walaupun hati meraung jer nak pegi ke sini dan ke situ... 

Bertabah ajalah wahai hati..

Harapnya tahun baru ni membuka peluang lebih besar untuk aku dan kita semua. Semoga rezeki bertambah murah, hidup dilimpahi rahmat dan diri semakin dekat dengan-Nya.

Kalau ada yang tak best menjelma nanti, takpe...

Happy happy ajer kerana itu semua memang sebahagian dari kehidupan. Muhasabah diri dan kemudian move on. Life is too short to get stress about everything.. Cheers:)


Jadi, kemana hala tuju aku travel tahun ni?

2015, where you gonna take me?
Frankly speaking, i have no idea. Nampaknya aku hanya menunggu seru datang tetiba baru hunting tiket flight. Yang aku pasti aku nak meneruskan perjalanan langkah travel aku walaupun tak tahu dimanakah itu..

Happy travelling guys:)



Sunday, 30 November 2014

Trip Yang Tidak Kesampaian

Assalamualaikum..

Cedok dari Google

Lama giler blog ni mendiamkan diri. Aku sebenarnya melayan perasaan kecewa berminggu-minggu sebab trip birthday yang aku plan cantik bagai tak terjelma menjadi realiti. Menangis tengok tiket terbakar lagi. Dahlah accommodation semua dah booked. Tak campur lagi angan-angan tinggi melangit aku yang musnah di saat-saat akhir.

Pagi birthday tu, aku duduk melangut atas katil frust menonggeng..

Kecewa betul aku kali ni. Frust dengan lelaki pun tak seteruk ni. Nak menjerit, melalak tapi suara tak terkeluar. Last-last simpan dalam hati pegi melayan perasaan sorang-sorang kat tepi sungai... (pathetic sungguh)

Haha!! giler aku sendiri tak percaya selama tu aku meroyan tak dapat travel.

But now, aku tutup buku lama dan buka buku trip baru. Hopefully takda drama last minute lagi terjadi next month. Hampir giler rasanya kaki tak melangkah jauh sejak ke Seoul hari tu.

Doakan aku yer kawan-kawan. Trip pendek dan tak jauh mana pun tapi kaki aku dah gatal sangat nak berjalan ni. Bagpack yang kat bilik pun dah nak merajuk dengan aku lama sangat tak tengok dunia luar.

Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat travel next month..


Wednesday, 1 October 2014

Minggu Lepas Yang Beremosi

Assalamualaikum..

Cerita last week, aku jatuh sakit. Sakit gigi sampai aku demam dua tiga hari. Nak menangis menahan sakit gusi berdenyut-denyut. Tido tak payah cakap memang lansung tak lena..

Masuk hari Jumaat, denyutan dan demam pun berkurang. Aku lega sikit ingatkan nak jumpa dentist pegi cabut gigi. Masalahnya doktor pun tak nak cabut tunggu sebab masih rasa sakit. huhuk...

Azabnya sakit gigi tuhan jer yang tahu. Bila dah sakit begini baru nak teringat alangkah bagusnya kalo sihat. Insaf kejap aku minggu lepas.

Malam Jumaat lepas pulak kami sekeluarga dapat panggilan dari anak saudara di Kuching bagitau yang adiknya (anak abang aku) sesak nafas tiba-tiba dan waktu dia call tu, si adik masih dalam rawatan kat hospital. Tak ada angin dan pokok yang bergoyang, 10 minit kemudiannya, anak saudara telefon lagi bagitau yang si adik meniggal dunia. Innalillahhi wa innalillahirajiun..

Terkejut beruk kami semua kat rumah. Mak dan abang-abang aku terus beli tiket flight paling awal keesokkannya pegi ke Kuching. Aku pulak driving awal paginya membawa ahli keluarga yang lain.

Si adik, baru berumur 16 tahun seorang yang pendiam dan tak banyak kerenah. Doktor yang masih tidak tahu apa punca kematian meminta agar post-mortem dilakukan tapi abang aku memutuskan agar jenazah anaknya dibawa balik ke rumah untuk dikebumikan. Walaupun berita pemergiannya mengejutkan kami semua, namun ketentuan Allah lebih membuatkan kami redha.

Sempat mak aku cerita yang jenazah anah buah aku sebelum dikuburkan sangatlah bersih mukanya seperti tengah nyenyak tido. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.

Peristiwa yang terjadi buat aku terpana kerasa sebagai manusia, aku mengaku yang aku selalu lalai dan leka terhadap kehidupan dunia yang sementara ini. Ajal tidak mengenal usia, sentiasalah mengingati mati.

Sekarang ni gigi aku masih belum bercabut. Cuma sakit dah banyak berkurang. Hopefully esok atau lusa gigi yang berlubang tu dah boleh dicabut.

As far as travel concern, aku dah nampak gambaran yang birthday trip aku bulan ni macam nak cancel jer. Banyak sangat hal yang datang memaksa aku untuk melupakan trip ni. Nanges tengok tiket terbakar lagi...

"October please be nice to me because you're my favourite month"

Thursday, 7 August 2014

Akhirnya, Kad Raya JM Sampai

Assalamualaikum..

Sampul yang tiba semalam

Semalam balik dari kerja nampak sampul ni atas meja. Tengok depan sampul dah agak mesti dari JM, blogger manis tu.

Akhirnya, sampai jugak kau sampul ke rumah aku. Jauh betul perjalanan menyeberang laut cina selatan ni. Hari Raya ke-10 baru nampak muka, hehe..

Lama sungguh dah tak menggunakan kad raya lagi..

Kad Raya yang membawa kembali kenangan dulu-dulu masa teknologi tak berapa nak canggih. Sanggup minta mak tolong belikan untuk aku sebab nak bagi kat kawan-kawan..


Sekali dengan duit raya.. terharu sangat

Syahdu betul baca tulisan JM ni, hehe..

Di samping tu, ada jugak duit raya JM bagi untuk anak-anak. Excited diaorang tengok :)

Terima kasih bebanyak JM atas kad raya, duit raya dan segala macam lagi JM pernah bagi kat saya. Appreciate sangat-sangat.. Hanya Allah mampu balas kebaikan JM, amin..

Moga-moga rezeki JM bertambah murah dan sentiasa ceria selalu okeh!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...