Pages

Friday, 24 October 2014

Nak Cuba Pakai Hanbok Free Kat Seoul?

Assalamualaikum..

In respond to Jea's request, aku buat entri ni, hehe..

Map secara kasar dari subway stesen ke TIO
Aku attachkan sekali map contengan secara kasar kawasan Myeongdong ni. Starting dari Myeongdong station, keluar ikut Exit 6 dan jalan terus.

Like i said in previous entri, dekat Myeongdong ni ada 3 TIO. Tapi tak kesemua ni ada provide service hanbok free.

Sepanjang jalan akan ada banyak lorong-lorong kecik yang aku tak lukis sekali. Landmark untuk 1st TIO adalah M Plaza sebelah kanan. Masuk Plaza tu dan naik escalator sampai tingkat 5. Insyaallah tak sesat untuk ke sini.

Problem utama dengan TIO sini adalah kita kena advance booking sebelum pakai hanbok ni. Advancenya dalam beberapa jam sebelum.

Aku malas nak datang booking pastu keluar datang balik nanti hanya untuk hanbok tu. Walaupun sesungguhnya aku tengok pilihan hanboknya ada banyak dan cantik-cantik belaka..

TIO kedua pulak hanyalah satu office yang terletak kat ground floor dan yang ini boleh skip jer.

TIO yang ke-2, kecik jer
TIO ketiga yang aku pegi pulak terletak sebelah KEB. Asalkan korang dah nampak bangunan Myeongdong Theater, dari situ korang boleh agak jalan nak ke TIO tu.

Myeongdong Theater
Jalan tegak jer ke depan tu. Boleh refer pada map atas sekali
Pastu toleh belah kanan akan nampak building ni. Dah sampai dah..
Masuk dalam dan subject kepada crowd, korang akan dapat try hanbok tu tanpa perlu menunggu lama. Biasanya kalau ada banyak visitor, setiap orang akan kena limit untuk bergaya dan bergambar maksimum 10 ke 15 minit jer.

Satu lagi, choice bajunya agak kurang tapi still serve the purpose. Asalkan ada hanbok kan..

******************************************************************************

Sekarang aku nak rumuskan perbelanjaan aku sepanjang 5 hari kat Seoul.

Kadar tukaran masa aku June lepas, 1000 won = RM3.15

Flight Ticket ~ RM880
Accommodation (3 malam B&B, 1 malam jjimjilbang) = 51k won ~ RM161
Transport = 70k won ~ RM221
Tour (DMZ) = 46k won ~ RM145
Entrance fee = 12k won ~ RM38
Makan = 74.5k won ~ RM235
Shopping = 145k won ~ RM457

Total = RM 1257 (tak termasuk flight ticket)

Tak tahulah, macam terlebih belanja pun ada. Kali ni duit banyak buang kat shopping.

Poyo jer cakap bukan kaki shopping kan, sekali tengok balik bulat biji mata tengok bukti yang aku ni memang kaki shopping.. huhuk

The rest, aku boleh kurangkan part transport tu. T-money aku topup sampai 45k won padahal gunanya tak sebanyak tu. Another useless spend of money.

Makan memang aku tak menyesal lansung. Even right now aku lihat macam sikit jer aku spend kat makanan..

Tapi overall, puas hati gaklah dengan bajet ni. Pengalaman dapat, kaki aku pun dah jejak sini, dapat merasa makanan dan enjoy trip ni dengan santai. Berbaloi dengan duit yang dileburkan.

Insyaallah, ada rezeki lebih boleh datang sini lagik, eh eh..

Segala benda yang aku sambar di Myeongdong dan Namdaemun


5 comments:

  1. komen aku hilang ke?

    ripit balik..

    tengkiu LD utk tunjuk ajarmu sifu. Drawing tu cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkam welkam.. gigih aku lukis map tu semalaman, heheh..

      Delete
  2. Kira murah tu budget tuk 5 hari LD..tapi kalau shopping harbis RM40++ tapi hasil yg dpt byk tu je mmg rasa x berbaloi kan..kalau RM400 belik at msia berganda2 barang dpt kan. Maybe LD beli fack Mask tu yg mahal..ada gak survey buat kawan tgk rega terus x jadi..dh le dia order air liur je..

    Hari JM try Hanbok di Seoul Tower tapi x byk pilihan

    ye..ye..Korea mesti ada misi repeat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM!!! lama betul tak baca coretan JM. Harapnya JM cepat-cepat menulis.. rindu nak baca, hehe..

      tula, tangan cepat jer ambik barang tak tengok-tengok harga. takpelah, benda macamni tak boleh menyesal, hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...