Pages

Monday 19 May 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 03 - Night Market


Assalam..


Lepas aku settle check in, aku pegi berehat-rehat kat bilik dulu ambik nafas dan tenaga. Kiranya bermeditasi kejap nak set mind yang aku dah sampai Cambodia, yea!!

Aku tapau dalam flight petang tadi, takut lapar malam..
Waktu aku check in tadi, sorang pekerja situ tolong bawakkan bagpack aku masuk bilik. Aku tak tau pulak nama dia, tapi untuk senang cerita aku panggil dia Sunny. Budak laki, awal 20-an nampak humble. Dia cerita tentang diri dia buat kerja ni sebab nak sara hidup dan pelajaran dia. Masih study lagi kat universiti. Sekarang ni pun dia tengah ambik kursus kelas Mandarin, untuk kesenangan masa depan katanya..

Alahai, kagum betul aku dengan budak ni. Kuat semangat nak bekerja sambil mencari ilmu, jauh beza dengan aku sendiri, fuh..

Okay, balik ke cerita asal. Lepas mandi dan rasa segar, aku memulakan langkah nak ke Night Market yang walking distance jer dari hostel. Plannya nak tengok-tengok jer apa ada kat situ. Strictly No Shopping on first day!! Begitu aku mendisiplinkan diri, entah dapat ke tak..

Night Market ni hanya dibuka malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jer. Waktu lain tempat ni gelap memanjang. Jadi kalau nak ke sini pastikan datang pada hari yang betul.

Apa yang ada kat sini?

Bagi aku macam night market biasa jer. Ada jual pelbagai jenis pakaian, barangan rumah, souvenier dan gerai-gerai makanan serta minuman.

Kat center market ni ada performance stage dan adalah beberapa penyanyi mendendangkan lagu bahasa Khmer. Satu apa pun aku tak faham, cuma layan je lah..

Layan jer, ramai jugak orang datang tengok..
Bolehlah tahan suara dia ni
Antara barangan yang dijual
Pizza pun ada
Banyak stall jual makanan jenis ni, confirm tak halal
Lepas order, boleh duduk makan bersila kat tengah-tengah
Kalau haus, minuman ada dijual
Satu-satunya halal stall kat sini
Tak nak duduk bersila atas tikar, boleh duduk atas kerusi
Air tebu, aku cuba pada malam kedua kat sini. Bagi aku tak sedap..
Bila dah di sini, baru aku terfikir untuk membeli longpants sebab yang aku bawa cuma sehelai jer selain jeans. Kiranya sebagai backup lah. Aku sambar sehelai longpants berharga 4 usd tanpa mencuba. Main agak-agak jer cukup bajet aku ni badan macam model. Harga macam mahal kan, tunggu kisah aku sampai bilik nanti.

Lepas puas meronda keliling tu, aku balik ke hostel. Masa ni aku nampak roommate katil bawah aku tu dah ada. Kami berkenalan dan dia dengan ramahnya terus menunjukkan pada aku hasil beliannya kat market.

Amboi!! banyak betul baju dan seluar dia beli. Katanya untuk ganti baju-baju yang dah lusuh dan lama. Dia tanya aku beli apa..

Aku pegi tunjuk sehelai longpants aku beli tadi. Entah apa-apa macam nak tunjuk sapa shopping paling banyak, hehe..

Anyway, roommate ni namanya Jesse, American. Sangatlah friendly dan talkative. Solo traveller jugak dan dia dah nak blah dari sini pagi esok menuju ke Silhanoukville. Mencari pantai pulak katanya..

Actually lewat malam tu aku nak keluar balik nak beli mineral water, jadi si Jesse ni offer nak temankan aku sebab dia kata tau ada satu kedai runcit murah jual 1.5L air hanya 0.50 usd jer. Aku buka tapak tangan luas-luas bila dia dah offer. Taklah sendirian berjalan malam kat sini..

Sebenarnya aku nak cerita pasal longpants yang aku beli tu. Bila sampai bilik, aku pun cubalah pakai seluar tu. Sekali apa berlaku??

Seluar tu terkoyak belah tepi bila aku nak duduk. Adoi!! Sakit hati betul aku time tu. Free free jer buang 4 dollar for nothing. Gemuk sangatkah aku???

Tido malam tu dengan rasa ralat tak habis habis..

Seluar makan duit aku..



4 comments:

  1. Haha. Seluar makan duit ye :)

    Air tebu dia campur limau, tu yang rasa pelik sikit kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. duit jugak tu walaupun sikit..
      Ohh, patutlah rasa tak sedap. Tak perasan pulak dia campur limau..

      Delete
  2. Seluar..oh seluar...terkoyak di jahitan tak per boleh jahit kalau terkoyak di bahagian kanin..nampak cam dh reput lah kain tu...kalau mcm tu mmg ralat betul lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati punya pasal saya peram seluar tu lama-lama kat dalam beg pastu sekarang dah selamat dalam tong sampah JM..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...