Pages

Sunday, 18 May 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 02 - One Stop Hostel

Assalam..

Entrance ke hostel
Kali ni aku nak cerita pasal hostel aku stay di Phnom Penh. Namanya One Stop Hostel dan terletak kat Riverside.

Kedudukan bagi aku sangat best sebab berhadapan dengan sungai. Lepas tu jalan kaki jer kalau nak ke Night Market. Petang-petang boleh lepak waterfront tengok sunset, tak pun tengok orang, hehe..

Hostel ni berhadapan dengan building ni..
Ada Gloria Jeans untuk marking lebih jelas..

Stairway to my dorm
Aku macam biasa opted for female dorm which cost me ~7 usd per night. 4-beds and no window. Aku tak pasti pulak bilik yang lain tu bertingkap ke tak. Sini konsep masih share bathroom for every floor.

Katil aku belah atas. Abaikan katil bawah tu..:)
Simple dan jelas
Hostel ni ada provide laundry and breakfast. Tapi bukan free eh, kena bayar. Pastu ada free wifi.

Ada jugak communal area letaknya flatscreen TV dan banyak pilihan movies untuk dilihat. Macam aku sorang diri, jadi kat sini boleh jumpa orang untuk bercakap dan berkawan. Macam bunyi desperate jer ehh..

Communal area. Boleh lepak-lepak sini sambil tengok movie dan cari kawan baru
Communal area
Untuk orang yang tak prepare apa-apa macam aku, kat sini juga ada disediakan tour package ke tempat-tempat menarik sekitar Phnom Penh. Senang cerita kan, tak payah fikir banyak mencari kat luar. Cuma rate dia agak mahal sikit dan untuk aku yang malas, aku ambik jer dari diaorang.

Reception kaunter
Laptop untuk kegunaan semua
Boleh lepak sini gak sambil-sambil breakfast
Overall, stay kat sini aku puas hati ditambah layanan staff dia yang okay. Ohh, staffs dia boleh bercakap English dengan baik dan peramah jugak. Sampai boleh jadi kawan, hehe..

Cuma satu jer aku aku kurang berkenan. Bilik air dan mandi dia bersebelahan dan dipisahkan dengan dinding cermin. Jadi bila aku mandi, aku boleh nampak bayang orang sebelah tu tengah buat apa walaupun tak jelas. Dia pun boleh tengok bayang aku jugak. Scary sikit, tapi orang lain macam tak kesah jer..

Adakah aku rekemen hostel ni??

Definitely Yes!!. Harga murah dan apa yang kita dapat pun berbaloi-baloi. Tak lupa ada KFC berdekatan dan beberapa Restoran India yang halal.

Jadi, kalo ada ke Phnom Penh, boleh try tempat ni nanti, hehe..

One Stop Hostel, Phnom Penh




2 comments:

  1. LD : Kalau stay kat sini kiranya dekat je lah nak ke Palace tu kan :-) jalan kaki je kan

    Ramai tourist mat saleh eh stay sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umm, walking distance jugak nak ke Palace cuma memang akan berpeluh gak lah..
      Muka-muka diaorang jer yang memenuhi tempat ni, tapi kebanyakan memang friendly. Syok sini JM..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...