Pages

Monday, 5 May 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 12 - Sakit Hati di Kawah Ijen

Assalam..

19 Februari 2014 (Wednesday):

Aku cuba telan air liur berkali-kali dan mengatur posisi badan kiri dan kanan semata-mata untuk menahan pening dan mual. Berhasil jugaklah untuk sekejap.

By the time kitaorang sampai, jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Keluar jer dari jeep, aku terus berlari ke semak berhampiran dan

"Uwekkkkk...."

DD dan ayahnya berlari ke arah aku risau mungkin. Yang lain pun cuak tengok. Ayah DD mengeluarkan ubat angin suruh aku sapu kat kepala dan leher. DD pula menyibuk jer nak tolong gosok belakang aku walaupun aku tak mintak. Time ni aku sempat mengelak..

"Gatal..." kataku dalam hati.


Lepas dah rasa lega sikit, aku kembali pada yang lain kiranya nak cari kaunter untuk bayar. Tapi tempat ni gelap dan jujurnya aku tak tahu pun nama tempat ni.

Aku rasa sini orang panggil Pos Patulding, tempat kita mula-mula sampai sebelum trekking start. Tapi aku tak nampak batang hidung guard pun kat sini.

"DD, di mana entrance nya? Gi mana mo membayar?"

"Ngak apa-apain. Kalo ngak ada kita diam diam ajer. Ngak usah bayar."selamba DD menjawab.

Jadi aku pun ikut jerlah diaorang memulakan langkah demi misi melihat Blue Fire. Bismillah aku lafazkan mohon trekking lancar jer.

Perjalanan ni kalau aku gambarkan untuk orang yang tak bersenam macam aku agak mencabar. Permulaan masih ok lagi sebab jalan landai. Lepas 15 minit, korang bersedialah dengan kekuatan otot kaki sebab jalannya menaik dan cerun. Memang berpeluh jugak lah.

Aku pulak... sebab perut yang kosong dan kepala pening, aku termuntah-muntah kat tepi jalan tu. Geng yang lain memang dah jauh di depan sanggup berenti sambil tunggu aku ambik nafas.

Agaknya dalam hati diaorang mesti menyampah tengok aku kan melambatkan perjalanan semua orang. Ayah DD setia bersama aku dengan minyak anginnya. Sedikit pun dia tak sentuh aku. Berlainan pulak dengan anaknya..

"DD, ngak usah. Biar aku sapu sendiri aja." Separuh menjerit aku tegur.


But, being DD dia tak ambik port cakap aku. Bangang betul laki ni. Aku suspect dia memang nak ambik kesempatan sajer nak pegang-pegang aku.

Lepas 1 jam, masih tak ada tanda-tanda kami akan sampai. Aku dah banyak kali berenti ambik nafas dan muntah. Ayah DD nampak risau sampai dia cadang temankan aku patah balik tak payah trekking. Aku masih berdegil jugak nak teruskan.

"Maafin ya pak. Saya harus teruskan ngak bisa ada peluang untuk ke sini lagi.."

"Ya, bapak faham. Ngak apa, LD slow aja ya. Ngak usah rebut-rebut mo sampai. Bapak ada di belakang LD."

Terharu aku dengan ayah DD ni. Dia memang baik jauh sekali beza dengan perangai anaknya itu.

DD memang menyakitkan hati aku. Berkali-kali dia ambik tangan aku dengan alasan nak tolong. Kali pertama aku dah sangat lemah aku biarkan saja tapi aku pastikan tangan aku berlapik dengan baju sweater aku. Boleh pulak dia pegi alihkan sweater tu semata-mata nak genggam tangan aku...

GATALLLL!!! aku marah dan tarik tangan aku.

DD macam takda perasaan. Aku suruh dia jalan jer dulu tak payah temankan aku yang slow ni. Aku lebih rela sorang-sorang kat belakang dari ditemani oleh dia. Dia berdegil jugak ikut pace aku yang lemah ni. Katanya risau dengan aku. Persetan dengan semua alasan DD, pppffftt..


Aku sebenarnya dah semput. Time ni macam nak mintak nyawa jer rasa. Tapi Ahmad dan yang lain kat depan bagi semangat kat aku.

"LD, ngak jauh lagi. Sikit aja lagi.."

"LD, Ijen nya udah bisa dilihat. Kamu lihat di sana. Kita udah mo nyampei"

"LD, jalannya udah rata. Ngak ada mendaki lagi. Kamu bisa aja.."

Macam nak pergi berperang jer kan dengan semua kata semangat macam tu. Apa-apapun berterima kasih kat diaorang sebab aku berjaya jugak sampai kerana diaorang..

Hampir 2 jam kemudiannya , kitaorang sampai puncak gunung Ijen tu. Penat dan rasa loya aku automatik hilang. Begitu kesannya pada aku.. Nampak sangat permainan minda kan..

Okay, kalau korang ingat kat puncak tu dah boleh tengok Blue Fire, betul tapi dari jauh jerlah. Kalo nak tengok lebih dekat, kena turun bawah lagi sampai kawah Ijen tu sendiri yang mana akan ambik masa 15 ke 20 minit dan level kesukarannya tinggi lagi.

Aku kan berhajat nak tengok Blue Fire kan, tapi aku batalkan niat aku tu last minute sebab budak DD tu. Ya Allah, aku hampir tak tahan dengan dia.  Sukati dia jer nak tarik tangan aku lepas kes aku muntah awal tadi.

"Ko ingat aku ni bini ko kah nak pegang-pegang tangan!!" Aku cakap dalam hati.

Instead aku cakap camgini pulak..

"DD, saya bisa jalan sendiri. Ngak usah pegang.."

"LD, kamu kan masih pening lagi."

Aku tarik jer tangan aku dari pegangan dia tapi kudrat lelaki dia ni mana aku dapat lawan. Aku menyumpah-nyumpah dalam DD dalam hati. Agaknya tuhan mendengar suara hati aku, baru nak turun ke bawah tu sorang lelaki local datang tegur..

"Jangan dipaksain kalo ceweknya bilang pening. Kawahnya itu bahaya, asapnya bisa bikin pengsan lo.. Biar ajer di sini. Kamu turun sendiri ajer ke bawah.."

Aku berterima kasih banyak kat lelaki tu walaupun aku tak tahu sapa. Serta merta aku tarik tangan dan berlari naik ke atas balik dan biarkan DD dengan Budi turun bawah.

Walaupun aku sebenarnya bersemangat nak lihat Blue Fire lebih dekat, tapi dalam situasi ini aku rela lepaskan peluang tu. Lagi baik aku duduk lepak kat atas dari sakit hati tengok muka DD.

Sementara menunggu Subuh, aku lihat ramai jugak yang pegi baring-baring kat atas ni. Ada yang tido pun. Aku pulak pegi borak dengan Ahmad dan ayah DD. Sejuk sikit hati aku borak dengan diaorang. At least diaorang ni takde nak ambik kesempatan atas aku.

First pekerja aku spotted naik

Ni adik ipar DD aku tak ingat nama pulak
Bakul kosong menunggu muatan sulfur
Ada yang duduk melangut..
Ada yang baring dan tido..
Another pekerja yang agak muda
Duduk di atas ni baru aku mula rasa sejuk balik. Tahap gaban tu sampai aku rasa tangan aku almost numb. Aku pulak pakai sweater jer bajet lemak badan dah cukup menampung. Grrrr.. menggigil aku sepanjang kat atas tu.

Bila dah rileks sikit kat atas ni baru aku nampak suasana sebenar di sekeliling. Pengangkut-pengangkut sulfur yang aku nampak sepanjang perjalanan ke sini begitu gigih sekali membawa muatan yang seberat puratnya 50kg. Salute habis tu wei, ko mampu nak angkat berat macam tu kat rumah. Aku sendiri angkat beg 10kg tu pun dah mengadu-ngadu bagai dunia nak kiamat..

Tetiba rasa syahdu pulak tengok diaorang. Jadi, bila ada jer diaorang lalu nak jual batu sulfur yang dah diukir tu kat aku, aku beli tanpa menawar. Apa sangatlah IDR 3ribu tu berbanding beban yang mereka pikul sepanjang hari hanya untuk mencari sesuap nasi satu family.

Pagi menjelang, baru nampak kepulan asap sulfur tu
Makin lama makin banyak, bau pun makin kuat...busuk!!
Penahan yang tak stabil lansung untuk turun bawah macam pekerja ambik sulfur dan nak lihat kawah lebih dekat
Ni Ahmad (tak ingat nama betul), pakcik DD yang sempoi

Saja nak tepek muka dia 2 kali, hehe..
Pakcik ni jual batu sulfur dan diukir, satu cuma IDR 3ribu jer.
Dipendekkan cerita, bila matahari dan terbit Ahmad ajak aku balik turun ke Pos Pengawal. Aku pun setuju jugaklah malas nak tunggu DD tu yang masih kat bawah kawah. Nanti buat hati aku panas jer..

Gunung Ijen, insaf tengok pekerja ni bawa sulfur ulang alik..
Orang dah ramai kat sini
View kawah dari atas
Tengok balik macam tak percaya lalu jalan ni semalam
Sulfur ni berat 60kg

Pakcik sporting ambik gambar
Matahari mula terbit..
Perasan takde pokok-pokok kat atas ni..
Yang ada pun dah mati.. kuat betul penangan sulfur tu
Mt.Semeru dari kejauhan
Lembah di sekitar Ijen
Kami berjalan menuruni gunung dan time ni keadaan jalan nampak lebih jelas. Pekerja sulfur tu pun dah makin ramai dok mengangkut sulfur berat tu. Kalo nampak diaorang dan ada isiperut sikit, better giveway lah untuk diaorang.


Kesian, pakcik ni tengah relak kejap ambik nafas..
Mt.Semeru nampak lebih jelas.
Lagi satu, jalan turun tu kena hati-hati sikit sebab boleh buat tergelincir kalau pakai kasut tak kuat grip.

Kami berenti kejap kat Pondok rehat pekerja di situ. Sambil-sambil breakfast air dan tengok pekerja kat situ menimbang hasil carigali sulfur di kawah tadi. Fuyoo!! ada sorang tu berat sulfur mencapai 90kg. Mana tak sakit ke bahu dia, aku tertanya-tanya..

Pondok Bunder namanya..
Sempat minum minum sini merehatkan badan
Tempat menimbang sulfur. Berat ni akan menentukan upah yang diterima oleh pekerja sini
Bahu abang ni dah berketul-ketul..

Pakcik ni nak jual jugak batu sulfur tu.
Agak-agak dah bertenaga balik, kami meneruskan perjalanan balik ke jeep. Waktu ni aku dah tak kira lagi berapa lama masa aku ambik sebab nak enjoy view di sekitar perjalanan. Aku macam tak percaya yang aku dah sampai sini. Syukur Allah bagi kesempatan untuk aku lihat semua ni..

Mt.Semeru lagikk...
Time ni diaorang dah unloading sulfur, jadi naik balik ke Ijen for 2nd trip. Aku pengsan dalam hati..
 


Spotted sulfur ni terbiar. Tak tahu tuan nya ke mana..
Fnally sampai balik ke kaki Ijen..Lega!
Bila sampai ke jeep tu, kami kena tunggu yang lain pulak masih tak sampai. Aku, ayah DD dan Ahmad pegi brekfast lagi kat sini untuk buang masa. Ahmad belanja, jadi okey lah..heheh..

Time duduk sini Ahmad cakap kat aku,

"LD, kita teruskan pegi Bali mo ngak?"

Amboi! Gila jugak kepala dia ni. Aku ni kalau tak fikir nak balik KL esok memang aku on jer plan tu. 

Sebetulnya Ijen ni dah tak jauh dari Bali. Lagi-lagi kalau guna route Banyuwangi ni. Boleh lajak sampai Bali menggunakan feri. Tapi sebab aku tau masa tak cukup better tak payah pegi. Tak pasal-pasal aku terlepas flight balik KL.

Tak lama kemudian, DD dan Budi sampai dan kami bergerak meninggalkan Ijen balik ke Probolinggo.

Personally, pengalaman tak berapa best untuk aku disebalik tempat yang sangat indah kat sini. Hint kat aku sendiri untuk repeat tempat ni..




6 comments:

  1. LD, saya sampai ijen hampir 12.00 tghmalam dan mendaki ambil masa lebih kurang LD jugak. Kwn yang bawa saya tu kata, kalau kita naik malam tak payah bayar sbb kaunter tak buka. hehehe

    Samalah kita, sayapun tak turun ke blue fire sebab kawan2 yang lain tak berani turun, jadi sayapun tumpang sekaki. agaknya memang nak kena repeat balik kot. apapun panjat ijen ni memang mencabar. sampai rasa mcm nak mintak nyawa berkali-kali. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. gitu rupanya. Tak tahu pulak kalau PM tak bagitau..
      aa.. memang nak repeat balik ni. next time PM pegi sana saya join sekaki boleh tak, hehe..

      Delete
  2. Tiba2 DD menjadi watak jahat dalam movie ni hahaha.. Apakah daya.. tempat yang indah di susuli dengan kisah yang kurang memuaskan.. tak apa la lain kali datang la dengan kengkawan perempuan .. buat group 4-5 orang huhuu.. nanti nak repeat bagitau la.. mana tau boleh ikut ker hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa.. silap diri sendiri jugak sebenarnya sebab tak cukup tegas.
      hehe, advice taken..
      Kalo Afif nak join lagi bagus, boleh gak jadi guard tak rasmi haha..

      Delete
  3. Bahaya jugak keje dorang ni ye..berani LD ye pg sana dgn dorang je..kagum lah rasa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya CV, dia orang risikokan diri demi mencari rezeki yang halal walaupun upah diterima tak seberapa. Tengok depan mata sendiri, terus saya jadi insaf:)

      Sekarang ni ingat balik memang tak akan buat lagi benda macam ni, huhuk..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...