Pages

Thursday, 29 May 2014

Trip Menggelapkan Kult: 07 - Menuju ke Siem Reap

Assalam..

Aku ni bila tiba part malas, semua cerita nak dipendekkan. At last cerita pasal naik bas jer pun, heheh..

Layan jer lah err..

******************************************************************************

06 April 2014 (Sunday):

Bangun pagi aku rasa badan sakit-sakit. Apa taknya, dah bagus ada tilam empuk kat bilik, aku memandai menyusahkan diri tido atas lantai bercarpet depan tv.

Rugi jer bayar bilik..

Riverside di waktu awal pagi
Coffee time? No.. i'm not coffee drinker
Hari sebelum tu aku dah beli tiket bas ke Siem Riep. Ambik senang, aku just beli dari kaunter hostel ni jer.

Bas dari company Giant Ibis, 15 usd one way.

Mahal? Memang mahal berbanding company bas yang lain. Aku fikir time ni aku nak bermewah sikit naik bas selesa (kata orang lah) memandangkan perjalanan nanti ambik masa 7 - 8 jam.

Aku sebenarnya masih sayang badan aku tak nak kasi lenguh-lenguh, hehe..

Actually, ada few bas company menawarkan perkhidmatan ke Siem Reap. Harga termurah aku nampak adalah 5 usd one way tapi tak ingat pulak company mana. Pendek kata ikut citarasa dan pilihan memasing.

Bas ikut jadual depart pukul 8.45 pagi, tapi rasanya janji Cambodia macam orang melayu jugaklah. Pukul 9 lebih baru berangkat meninggalkan Phnom Penh.

Sempat berlarik ke KFC bersebelahan untuk breakfast sebelum naik bas
Giant Ibis company office
 Kelebihan Giant Ibis Bas pada mata aku:

- Ada free wi-fi dalam bas. Seronoklah nak bersurfing sepanjang perjalanan.

- Ada power outlet kat tepi seat. Yang ni penting buat aku sebab nyawa bateri handphoneaku macam ikan. Pendek sangat..

- Ada free air mineral dan bun untuk setiap passenger. Plus bagi wipe tissue untuk lap-lap mana yang patut.

- Attendant bas ni boleh cakap English dan dia pastikan kami semua buckle up sepanjang perjalanan. For safety reason katanya. Suprisingly, aku notice semua penumpang patuh pada arahan.

- Bas akan berenti 2 kali sahaja sepanjang perjalanan. Kali pertama 10 minit dan kali kedua dalam 30 minit.

- Sampai Siem Reap, bas akan stop kat company bus station. Bas ni boleh hantar ke hotel yang kita nak with extra charge.

Dalam bas
Legroom agak luas

Reststop ke-2
Banyan Tree Restaurant. Aku minum jer kat sini sebab tak yakin sangat
Menunggu masa naik bas balik
Antara rumah yang cantik
Jalan yang tak rata
Kebanyakan jalan macam ni.
Aku sampai Siem Reap lebih kurang pukul 4.30 petang.

Di sini aku stay kat cawangan One Stop hostel jugak, jadi ada free pick up service included. Pasal hostel ni aku cerita lain entri.

Tak percaya dah sampai Siem Reap pulak. Melonjak keriangan dalam hati..

Aduh!! Tak sabarnya nak ke segala macam Angkor tu esok.

Mimpi berjumpa Lara Croft malam tu, :)


Ok, bye bye    




8 comments:

  1. Ahahah...memang malas tul ni..citer pendek je..kiranya selesa lah dalam bas tu ek...7-8 jam jugak tu...bila da free Wifi baru tak bosan kan..ok..ok..sambung2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bas ni memang sangat selesa. Rasanya diaorang memang sasarkan pada tourist sebab tu harga tinggi berbanding bas lain.

      Delete
  2. Salam,

    Perasan blog ni dari blog JM.. Hai JM...!! Ha..ha.. Rupanya KFC boleh makan kat sana ya..? Ini sudah bagus... saya pon rasa agak mahal la bas tu, usd15..huhuhu.... tp okla dngn servis yang ditawarkan..boleh berlenang2...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fary!!! terima kasih singgah sini..boleh tambah kenalan hikss..JM pulak yg lelebih kan ehehe

      Delete
    2. Wassalam Farikica,

      Hehe..Jm memang terbaik!!

      Aah.. KFC dia halalan tayyiban:)
      Ada jugak bas yang murah tapi ada banyak pitstop. Saya nak elakkan begitu tu sanggup ambil mahal sikit.

      Delete
  3. Mcm best je tgk siem reap... smlm tgk dr vietnam ada bas ke SP... terus igt LD dgn JM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siem Reap best especially kalo kuat berangan perasan diri dalam movie Tomb Raider. Totally awed dengan landskap kat situ..
      Kalau Cheq sue tak pegi lagi boleh try ke sini..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...