Next destination ke S21 pulak.
Apa tempat ni? Aku tak tahu sangatlah mula-mula. Aku pegi sebab tempat ni glemer kat Phnom Penh. Boleh gitu??
Sampai depan pintu gate macam sekolah, Jani berentikan aku kat situ dan dia cakap akan tunggu aku kat seberang jugak. Aku confiden bagitau dia dalam 1 ke 2 jam allocate masa kat sini..
Bayaran masuk adalah 2 usd.
Meh sini, aku cerita ringkas pasal tempat ni..
S21 asalnya merupakan sekolah rendah dulu-dulu. Bila Khmer Rouge ni ambik alih pemerintahan, diaorang jadikan sekolah ni sebagai tempat tahanan dan seksaan.
Bilik-bilik kelas diubah suai dijadikan interrogation room, torture room dan penjara.
Sekarang ni S21 berfungsi sebagai muzium dan masih ada tinggalan alatan seksaan yang digunakan beserta gambar-gambar mangsa yang diambil.
Ada berani masuk sini?
Terus terang aku memang tak berani. Trauma lepas Killing Field tak reda lagi, nak masuk sini pulak. Adoi!!! aku nak patah balik rumah..
Dahtu, apasal pulak aku mengada-ngada masuk? Bodo betul aku time ni tak fikir panjang..
Aku menaip sekarang pun teringat balik tempat ni buat aku seram jer. Layan gambar jerlah. Tupun tak ambik banyak sebab aku tak sanggup nak lihat, tinggi sangat level keganasannya..
Masuk-masuk terus nampak ni.. |
Kubur-kubur 14 orang mangsa terakhir yang dijumpai di sini. Seorang daripadanya adalah wanita. |
Bilik-bilik kelas dijadikan penjara. Baru permulaan aku masih boleh kawal perasaan |
Penjelasan setiap building di sini. Kalau tak silap ada 4 bangunan semuanya. |
Aku ingat masa sekolah rendah dulu selalu main benda ni. Bergantung-gantung kat situ perasan diri ahli gymnast negara.. |
Adei, tempat main ni pun diaorang guna untuk menyeksa tawanan jugak. Baca explanation ni buat aku jadi seram sejuk |
Ni building ke-3. Agak berlainan sebab dipasangkan dawai berduri sekeliling building ni. Rupanya tempat tawanan dikurung. Selain tu berfungsi mengelak tawanan dari escape ataupun bunuh diri. |
Penjelasan building "C". |
Dalam bilik kurungan. Numbers kat dinding tu tempat gantung kunci rantai setiap tawanan dalam bilik ni. Penyangkut kunci kat bilik ni dah takde, tinggal nombor jer. |
Bilik-bilik kecik untuk setiap tawanan. Pastu mereka dirantaikan kaki dan tangan supaya tak bergerak |
Boleh nampak betapa keciknya bilik ni. Kejam betul Khmer Rouge ni. |
Kubur kesemua 14 mangsa terakhir dijumpai di sini. |
Actually ada banyak bilik-bilik kelas aku tak masuk sebab aku dah tak keruan. Semakin banyak berjalan dalam ni, semakin banyak gambaran "explicit" yang aku tak sanggup nak tengok.
Ada satu bilik tu, pihak muzium ni letakkan hampir kesemua gambar tawanan yang ditangkap, diseksa kemudian dibunuh dan aku terkaget bila terperasan satu gambar ibu mendukung bayi kecil pun ada.
Adoi!! aku tak sanggup nak imagine apa yang tentera ni buat kat anak beranak tu..
Terus berlari keluar dari situ sebab aku tak tahan..
Anyway, di sini ada 2 orang tahanan yang masih hidup duduk menceritakan pengalaman mereka kepada sapa-sapa sudi mendengar. Ada jugak buku dijual dan kalau bermurah hati bolehlah memberi sumbangan kepada mereka ini. Aku tengok dari jauh jer sebab aku dah tak sanggup nak dengar lebih..
Kejam dan takda hati perut manusia bernama Pol Pot ni. Kesemua tahanan dilayan lebih teruk dari binatang dan dibunuh seolah-olah nyawa mereka macam nyamuk.
Pokok-pokok rendang dan lebat berbunga di sekitar kawasan kubur |
Aku keluar dari sini tak sampai sejam pun. Tak dapat lebih-lebih.. Lagi lama aku kat sini lagi aku rasa macam aku pulak kena tawan dalam penjara ni.
Imagine hidup pada zaman tu, Ya Allah buat aku sangat bersyukur aku dilahirkan di Malaysia.
Jani agak heran tengok aku sekejap sangat kat dalam tu. Aku just bagitau yang aku dah penat.
Hehe, nak cover line jugak depan orang tak nak kasi tunjuk kepenakutan..
Untuk membalancekan perasaan yang tak stabil, aku pegi Russian Market lepas tu.
Takda apa sangat aku buat, round tempat ni sekali dua pastu beli souvenier sikit-sikit. Oklah, harga boleh ditawar walaupun skil menawar aku masih rendah.
Souvenier untuk dijual |
Antara kedai-kedai yang ada |
Dari luar market |
Cuma satu jer tak berapa kat Russian Market ni. Masuk kat dalam macam masuk sauna. Aku berpeluh lencun kat dalam tu. Mungkin sebab atap zink tu rendah, ditambah pulak cuaca memang panas membahang, fuhh...
Jani hantar aku balik pastu. Sampai hostel, jam baru pukul 4 petang. Kejap sangat aku jalan hari ni. Tapi, okaylah jugak easy tour macam ni.
Masuk lobi hostel, aku terserempak dengan 2 orang perempuan yang checkin dorm aku middle last night. Baru nak berkenalan dengan diaorang time tu. Rupanya diaorang dah nak pegi Siem Reap malam ni guna overnight bas.
Diaorang cakap dah checkout hostel tengah hari tadi dan lepak kat hostel sementara tunggu bas pukul 11 malam nanti.
Baru aku terfikir, kalau diaorang dah checkout, maknanya aku sorang-sorang lah malam ni dalam dorm tu. Aduhai...
Serta-merta image Killing Field dan S21 masuk dalam otak dan aku start rasa seram sejuk balik..
Serius seram kan pergi tempat S21 tu.. dulu pergi dah lewat petang huhuhu.. Ye la dulu berapa ramai kene seksa sampai mati kat situ.. bile baca keadaan mereka di seksa ..memang kesian.. ada cucuk skru pnjang belakang kepala ....
ReplyDeleteTak dapat imaginelah Afif pegi situ time petang-petang, sunyi ditambah lagi environment ala-ala creepy..
DeleteSaya letak bendera putih awal-awal..
Betul tu LD..kalau ke Killing Field mesti pegi ke SD 21..satu pakej lah tu tapi tak sangup nk lihat pic dan keadaan si SD21 tu..ya ampun...ramai rakyat tersiksa yg mati kena bunuh dek kerana pol pot yg tiada perikemanusiaan tu..Ya Allah..hiba sgt..dulu pegi ngan kawan..dia terus rasa nak pitam..then JM jln sensorang..pastu dh rasa seram sejuk terus ajak dia kuar...tak leh lama2 kat situ
ReplyDeleteJM pun jenis lemah semangat gak macam saya eh..:)
DeleteWalaupun tempat ni memberi banyak keinsafan, tapi cukuplah sekali jer ke sini. Taubat tak nak lagi...
Nasib aku skip terus, mmg tak sanggup nak hadap.
ReplyDeletehari tu aku macam 50-50 gak nak masuk. last2 decide masuk sebab dah sampai situ. tapi menanggung kesan yang panjang pas tu. padan kat muka sendiri..
DeleteAku lak memang nak hadap...nak buang jauh sikap takut & seram & seangkatan. Bertabah jelah dengan orang yang lagak berani tapi jiwa kecut ni.
ReplyDeletechaiyuk chaiyuk kat Bibie. aku tengok tengok orang lain macam rilek jer masuk situ. haruslah sendiri pun tunjuk berani jugak, padahal dalam hati menangis..
Delete