Assalam..
05 April 2014 (Saturday):
|
Choeung Ek Genocidal Center, lebih senang dipanggil Killing Field |
Aku terbangun pagi tu bila dengar bunyi bising Jesse berkemas nak checkout. Tengah malam semalam pun terjaga jugak bila ada 2 orang minah salleh baru masuk. Nasib baik diaorang okay, mintak maaf mengganggu tido aku dan Jesse.
Hari ni aku plan nak ke tempat-tempat menarik sini. Cara paling senang adalah book tour dari kaunter hostel ni. Since aku berlenggang kangkung buat kerja, bermalas-malasan atas katil, aku hanya ambik halfday tour jer. Ni pun dah costs aku 18 usd.
Apa nak buat, orang malas selalu rugi..
Kalau ada jumpa orang nak share tuktuk pegi destinasi yang sama lagilah jimat. Part nipun aku malas nak tanya. Padahal, ada jer orang kat hostel tu..
Tuk tuk driver datang tepat pada masanya pukul 11 pagi. Sebelum naik, kami buat sesi berkenalan dulu dan dia tanya aku nak ke mana.
Aku cakap ke Killing Field, S21 dan Russian Market. Tu jer..
Haha.. okaylah kan dari takde. Aku sedar diri sebenarnya tak fit sangat untuk cover banyak tempat dalam satu hari.
Okay, Jani (tuk tuk driver) mula membawa aku ke Killing Field dulu since tempat tu paling jauh. Jalan tak berturap dan kena lalu kampung-kampung.
|
Jani memulakan perjalanan melalui Waterfront |
Sempat dia berenti kejap satu kedai belikan mask untuk aku pakai sebab jalan berdebu. Terharu aku kat situ, heheh..
|
Rumah-rumah kedai |
|
Ni rumah-rumah orang |
|
Jalan berdebu |
|
Comel jer budak kecik ni. Tak terkesan ker dia kena debu jalan?? |
|
Jalan tak berturap, becak memanjang. Melompat-lompat aku dalam ni.. |
|
Rasanya malam sebelum tu hujan |
|
Bersantai ditemani lembu |
Sampai Killing Field, Jani cakap dia akan tunggu aku kat seberang jalan situ dan aku bagitau maybe dalam 1 ke 2 jam dalam tu.
Sebenarnya aku tak berapa tahu sangat pasal Killing Field ni. Roughly sini adalah tapak pembunuhan terbesar rakyat Cambodia oleh tentera Pol Pot pada masa pemerintahan dia dulu dari 1975-1978.
Ko berani pegi sini tengok-tengok kubur orang?
Aku kan orang lemah semangat. Sepatutnya aku tak pegi tempat-tempat macamni. Tapi since dah di Cambodia ni aku tengok ni antara main attraction, i just want to give it a shot.
Menyesal pegi sebab lemah semangat bawak sampai ke malam..
Bayaran masuk ke Killing Field adalah 6 usd. Akan disertakan sekali pemain audio dan pamplet pasal tempat ni. Untungnya audio player dia ada pilihan Bahasa Melayu jadi boleh dengar dengan lebih khusyuk explanation setiap tempat di sini.
|
Kaunter bayaran masuk |
Aku meronda-ronda di sini berpandukan kepada audio player tu. Sekejap-kejap berenti untuk dengar lebih jelas. Time ni aku okay lagi, jiwa masih kental.
|
Ikut jer nombor ni, pastu pasang audio player tu boleh dengar explanation pasal setiap tempat |
Sampai ke kubur-kubur situ, aku dah tak sedap hati. Walaupun ada jer orang kat sekeliling namun jiwa aku mula bergolak. Aku ni memang penakut tahap 10. Apa ke naya aku pegi sini..
|
Tempat trak menurunkan tawanan yang akan dibunuh. Kesemua tawanan ni diseksa dulu di tempat lain. Kejam sungguh!! |
|
Kalau tak faham English, bahasa Khmer ada |
|
Khusyuk mendengar sambil melihat tapak.. |
|
Another site |
|
Ada rumah orang di luar ni. Aku wonder diaorang tak rasa seram ke? |
|
Budak-budak pun ada. Selamba jer bermain.. |
Jiwa-jiwa yang mati kat sini rasanya tak tenteram sebab mereka semua dibunuh dengan kejam sekali. Paling menyedihkan, mangsa tak kira siapa termasuklah kaum perempuan dan bayi-bayi kecil..
|
Pokok ni tempat tentera Polpot membunuh bayi kecil dengan cara menghentakkan kepala bayi ke sini. Bila dah mati, mereka campakkan mayat tu ke lubang dah siap digali. Aku time ni tak sanggup nak pegi dekat dah.. |
Last stop untuk perjalanan adalah merupakan stupa peringatan untuk mangsa-mangsa pembunuhan. Dalam ni ada banyak tengkorak dan tulang-belulang yang dijumpai dan disusun balik mengikut tingkat. Aku tak masuk pun dalam ni sebab hati aku dah gundah gelana. Ada tak tido malam kang..
|
Stupa mangsa-mangsa kekejaman. nak masuk boleh tapi kena tanggal kasut dulu |
Kat sini jugak ada muzium dan kalau korang nak, boleh tengok video pasal kekejaman tentera Pol Pot terhadap rakyat. Aku decide tak pegi tengok jugak walaupun aku rasa rugi.
|
Muzium, kat dalam ada diceritakan apa yang terjadi kepada Pol Pot dan konco-konconya selepas pemerintahan mereka berakhir |
|
Bendera Cambodia berkibar sayu |
Keluar dari situ, aku rasa lega sikit macam baru dapat ambik fresh air. Adei.. fikiran aku masih teringat-ingat lagi kat apa yang aku tengok di dalam..
Kesimpulannya, orang macam aku jangan pegi tempat ni walaupun ia sangat berinformasi. Merisikokan kekebalan jiwa dan semangat lemah sampai terbawak-bawak selepas tu..
Elok keluar jer dari situ, nampak Jani dah melambai tangan ke arah aku. Cepat-cepat aku pegi ke arah dia mintak dia bawakan terus ke next destination..
|
Deretan tuktuk menunggu di luar.. |
Here we go..
Aha..audio dalam Bahasa Melayu...hari JM pegi ada english or Khmer je..so bila dgr dlm english to tak berapa feel sgt tapi STILL sakit hati dgn kekejaman pol pot terhadap rakyat kemboja
ReplyDeleteSebab terlebih feel dengar bahasa melayu, terus jiwa tak tahan JM..
Deletememang emosional sangat pegi tempat ni..
Pesal tenet aku bongok sangat ni! Nak kena komen lagi..huhuhu
ReplyDeleteKalau Killing Field ni ko tak tahan mcm mn ngn S21? hehe
Dulu aku skip je S21 tu, sebab aku pun emo benda camni..
aha.. komen banyak-banyak lagi aku suka, hehe..
DeleteS21, umm,. nanti aku cerita next entri. rasa nak jatuh jantung aku kat tempat tu..
saya keluar dengan rasa syahdu....bila sampa s21 tukar rasa bengang sangat dengan Pol Pot...balik riverside makan ice cream ok dah hahahahahahaaaa
ReplyDelete