18 February 2014 (Tuesday):
Pagi tu terbangun dengar azan Subuh dari surau berhampiran. Masih gelap lagi jadi aku hanya bertapa jer dalam bilik tunggu cerah. Nak tido balik tapi tak mengantuk pulak walaupun aku tak tido lena semalam.
Bilik DD ni agak simple hanya memuatkan katil dan almari. Seperti kebanyakkan rumah kampung bilik tido DD ni tak ada pintu, hanya kain langsir jer jadi penutup. Jadi, segala urusan tukar baju semua aku buat kat bilik mandi. Tupun, express giler..
Satu aku tak penah lihat, bilik DD ni attached ngan rumah orang sebelah dan ada ruang tingkap antara bilik dia dengan ruang tamu rumah sebelah. Dari tingkap ni aku boleh jenguk orang sebelah tu dan diaorang pun boleh tengok aku buat apa. Ketinggian tingkap tu, umm aku berdiri jer pun dah cukup jenguk kepala terus dapat tengok tv ruang tamu jiran.
Aku wonder bila tido waktu malam ada tak diaorang pegi tengok aku..
Tu okay lagi, satu jer aku kurang gemar disebabkan tak berpintu sapa-sapa main terjah jer masuk bilik tu tak bagi salam. Memang terkejut beruk aku tengah baring tengok ada orang intai disebalik langsir. Rupa-rupanya salah sorang cousin DD, budak kecik. Tak masuk lagi dengan makcik-makcik DD yang macam excited jer tengok orang luar datang.
Tengah aku solat, lepas bagi salam nampak sorang makcik ni dalam bilik perati aku. Niat dia nak berkenalan sebenarnya tapi macam tak kena gayalah pulak.
Apa nak buat, privasi memang out lah kat rumah DD. Walaupun aku tak selesa, tapi ni salah satu experience gak kat aku. Nak sangat stay kat rumah local kan, nah ambik kau LD!!
Selepas aku melepas nak lihat sunrise kat Bromo semalam, aku plan pagi ni nak ke Cemoro Lawang tengok-tengok tour yang ada kat sana. Aku masih terasa dengan si DD ni jadi hari ni aku cadang nak pegi sendiri jer ke Bromo tu.
Alih-alih DD bagitau aku pagi ni dia akan temankan aku ke Bromo pakai motosikal. Tapi ada cashnya..
- Kena sewa motosikal sebab motosikal dia tak kuat. Ada kawan dia punya nak bagi sewa IDR 100ribu pegi balik Bromo.
- Minyak semua aku tanggung. Yang ni aku memang faham dan setuju.
Part sewa tu aku rasa macam mahal lah sebab bukannya ambik satu hari pun. Bromo tu dalam ~50 minit jer dari rumah dia.
Untuk ke Ijen pulak, DD cakap dia ada kawan boleh tolong hantar sebab kawan dia ada jeep. Syaratnya pulak:
- Aku kena bayar sewa jeep IDR 200ribu dan sewa supir (kawan DD driver) IDR 200 ribu. Alasannya perjalanan ke Ijen tu jauh ambik masa 5 jam nak sampai.
- Minyak kereta aku kena tanggung jugak. DD bagitau lebih kurang IDR 200ribu.
- DD pun akan temankan aku ke Ijen jugak sebab dia off hari ni. Selain tu DD nak bawak saudara-saudara dia yang lain jugak sebab tak elok kami bertiga jer ke sana tengah malam buta.
Mula-mula dengar aku nak meradang sebab sebelum ni dalam emel DD bagitau aku dia akan tolong aku serta temankan sekali ke Bromo dan Ijen tanpa ambik tour.
"Semua tour yang ada tu mahal-mahal kayaknya LD. Ngak perlu risau. Aku bisa nemanin kamu dan bawak kamu pusing-pusing kampungnya aku," Begitu DD meyakinkan aku.
Aku pun bodo jugak time tu sangka baik. Yela dia sanggup luangkan masa tolong temankan aku. Dalam hati memang aku nak balas sedikitlah kebaikan dia nanti. Aku pun fahamlah kalau dia temankan guna pulak kenderaan dia memang sepatutnya aku membantu disitu tetapi bukan seperti ini. Sah-sah sekarang dia nak suruh aku ambik tour dengan diaorang pulak.
Better aku ambik tour awal-awal lagi dari orang lain walaupun mahal. Sekurang-kurangnya aku tak rasa tertipu macam aku rasa sekarang.
Note: Disebabkan kemalasan, aku takdelah buat research berapa average rate trip dua tempat ni untuk single person. Jadi sampai sekarang aku tak tahu berapa 'mahal' rate dia.
Entah-entah DD ni dah berpakat awal dengan kawan-kawan dia buat bisnes dan guna Couchsurfing untuk memudahkan dia mencari tourist.
Macam tu sekali aku fikir, huh..
Walaupun hati aku berat, tapi aku setuju gak nak ambik semua tu sebab aku dah kejar masa. Aku nak cover dua tempat ni sebelum balik ke Surabaya esok jadi memang aku desperate time tu. Nak cari tour kat tempat lain macam dah tak sempat.
Akhirnya, kata sepakat dicapai antara kami walaupun dalam hati masih rasa ralat. Janjinya aku dan DD akan gerak ke Mt.Bromo pukul 10 pagi pakai motosikal dan Ijen pulak pukul 8pm menggunakan jeep kawan dia. Time ni aku lihat baru pukul 8am.
Cuba menenangkan hati membayangkan kecantikan Bromo. Cepatlah masa berlalu! isk isk..
Melepak di luar ambik angin sambil tunggu masa ke Bromo |
Ibu dan anak buah DD |
Kedai runcit family |
Sekolah depan rumah jer |
Lepak kat pelantar dapat tengok kenderaan lalu-lalang |
Mak DD buatkan mee segera sebagai sarapan |
Berjual air untuk budak-budak sekolah seberang |
Mcm mn bilik tidur boleh attach ngn ruang tamu umah sebelah ni? siap ada tingkap plak tu..hehe
ReplyDeleteBila perasaan kena tipu tu yang sakit hati tu.
Memang rumah kampung betul kat sini. Agaknya diaorang dah biasa jadi tak kesah dah kot.
DeleteTula, sampai sekarang rasa sakit. Trip ni kena repeat balik tapi next time nak ambik tour package awal-awal..
Eeee...LD ni berani betul lah..mmg respect..boleh tido dlm bilik mcm tu..berkain langsir, tingkap boleh tgk umah sebelah..mmg tak privasi yg penting Alhamdulillah semua selamat ..kalau kat msia buat rumah mcm tu tak tahu lah..yg berkunci berpagar bagai pun dorang boleh masuk
ReplyDeleteish..ish..tak suka nya cara DD ni..cer kongsi sikit gambar DD tu ...Haiii....geram
Maybe sebab dah set mind tumpang rumah orang jangan expect banyak tu yang boleh survive kot..
DeleteActually yang buat saya lembut hati sikit time tu sebab parents DD yang sangat baik.Rasa bersalah pulak kutuk anak diaorang, hehe..
Gambar, umm part last sekali nanti saya kasi tunjuk k..