17 February 2014 (Monday):
Petang tu lepas aku dan Guan balik dari kedai souvenier, aku bergegas mengambil bagpack ready nak pegi stesen bas Bungurasih. Tunggu kat ruang tamu kejap sementara Guan dah panggilkan teksi untuk aku.
"LD, take care ok. Once you reached the station, DO NOT TALK TO ANYBODY. Go straight to the bus. "
Itulah advice Guan kat aku dan aku relay balik kat korang. Advice yang sangat berguna especially jika jalan sorang.
Cuma satu aku pelik sikit kat Guan ni dia prefer untuk speaking dengan aku. Aku try cakap indon dengan dia mesti dia reply balik in english. Tak tahu sebab apa..
Ke aku ni speaking London pekat sangat?, Pitam atas lantai..
Anyway, teksi sampai tak lama kemudian aku terus naik lepas peluk cium semua orang kat situ (ehhh..). Dengan waktu balik kerjanya jalan memang agak jammed.
Sampai stesen bas lepas 40 minit dalam teksi. Guan cakap dengan aku tambang sepatutnya lebih kurang IDR 40ribu. Tapi driver ni pulak charge aku IDR 53ribu, pakai meter tu. Siap nak mintak lebih 2 ribu alang-alang katanya.
"Apa, ko ingat aku ni cap duit besar-besar?"
Aku geram betul dengan teksi driver ni. Buat aku teringat kenapa aku cuba mengelak seboleh mungkin guna teksi. Pasni aku nak kena siren alarm berbunyi tiap kali nak guna golongan kenderaan sebegini. Tulah, aku selalu dengar orang cakap teksi pakai meter bagus tapi sepatah haram pun aku tak faham apa bezanya deal awal sebelum naik teksi dengan pakai meter. Huh..
Aku keluar teksi terus jadi magnet untuk segerombolan manusia entah dari mana. Semua tanya aku nak ke mana pastu siap nak tunjuk tempat lagi. Aku ingat advice Guan jadi aku buat muka ketat sepanjang jalan mencari bas. Berjaya menepis, yeh!!
Nak tahu bas mana satu Ke Probolinggo senang jer. Cari papan tanda yang mention bas di luar kota dan pegi arah tu. Pas tu ada banyak bas berderet tinggal cari nama Probolinggo jer. Aku hari tu mudah jer nak cari. Cuma terganggu dengan orang-orang yang offer entah apa-apa..
Bas dari Surabaya ke Probolinggo makan masa ~3 jam dan harganya IDR 27ribu nett. Masuk jer dalam bas pastu ada konduktor nanti akan ambik tambang.
**Jangan tertipu dengan agen-agen diluar bas nanti kena cas 10 kali ganda..
View perjalanan #1 |
View perjalanan #2 |
View perjalanan #3 |
View Perjalanan #4 |
View perjalanan #5 |
View perjalanan #6 |
Ramai menunggu bas |
Aku panggil host ni DD jer. Budak laki, bujang lagi tapi stay dengan family dia kat Probolinggo. Dia janji akan ambik aku kat terminal bas Probolinggo bila aku dah sampai.
Aku sampai Probolinggo pukul 7.30 malam dan DD suruh aku tunggu kejap sebab dia baru habis kerja. Oklah, tak lama sangat pun aku tunggu less dari 10 minit dia dah sampai.
Terminal bas Probolinggo |
Sebelum tu kami berenti makan kat salah satu warung dulu sebab aku dah lapar. Bila dah kenyang, kami gerak balik menuju ke rumah DD.
Warung makan tepi jalan |
Nasi tak berapa sedap, tak habis pun makan. Keropok tu dah masuk angin. |
Waktu sampai, mak DD masih bangun dan dia greet aku dengan senyuman. Agak pendiam sikit tapi baik orangnya. Family DD ni ada kedai runcit attached kat depan rumah dia. Jadi mak dia masih jaga kedai lagi waktu kami sampai. DD pulak suruh aku letakkan bag dan tido kat bilik dia. Bila aku tanya dia pulak tido kat mana, dia cakap nanti dia tido kat kedai tu.
Rumah DD |
Balik dari mandi, aku tengok mak DD bentang sejadah untuk aku. Dia tanya aku Islam ke..
Aku confius, pakai tudung begini of courselah kan.. Ke tak semua pompuan pakai tudung tu Islam di sini?
Apa-apapun, aku terharu gak dengan apa dia buat. Hajat hati lepas solat semua nak tido jer terus tapi DD panggil aku pulak nak ajak bincang pasal trip ke Bromo.
Sebenarnya aku plan nak ambik tour kat sini jer nak tengok sunrise dan naik Bromo terus ke Ijen. Tapi DD pulak patahkan semangat aku cakap cuaca sekarang tak bagus dengan kabus semua jadi pegi tengok sunrise tak guna. Tambahan pulak dengan peristiwa Mt.Kelud yang baru meletus beberapa hari sebelum lagilah chances kurang.
"Hish, aku taulah kabus tapi motif utama aku tu sunrise jadi kabus ke tak kabus aku mesti nak cuba jugak. Mana tau tiba-tiba miracle happen terus Allah izinkan aku tengok sunrise tu."
Macam kasar bunyi tapi takdelah sekasar tu aku cakap kat DD. Tapi, first thing aku notis pasal DD ni, ya Allah degil yang amat. Bermati-matian dia tegaskan tak guna tengok sunrise. Aku geram, padahal aku datang dari jauh yang nak nengok, bukannya dia. Apasal dia pulak melebih-lebih ni??
Kalau aku tahu, better aku ambik tour yang bersepah kat situ. Diaorang peduli apa nampak ke tak nampak, yang penting orang dah bayar. Tugas utama cuma bawak tourist ke tempat tu. Tapi, aku tak jadi ambik sebab DD awal-awal dalam emel bagitau yang aku tak payah ambik tour semua sebab mahal. Nanti dia sendiri akan temankan bawak aku pegi Mt.Bromo guna motosikal. Macam baik jer kan bunyinya.. Padahal aku tak tahu lagi niat sebenar time tu..
Aku sebenarnya tak cukup masa nak bersenggang lama-lama di Probolinggo ni sebab flight aku balik KL subuh Khamis nanti. Aku bagitau dia takpelah, esok aku mesti ke Bromo jugak tak kira apa.
"Ngak apa-apain. LD tido ajer dulu ya. Sorenya kita nyambung diskusi lagi"
Aku teringat sekarang ni aku menumpang rumah dia. Tak boleh over acting sangat walaupun hati sakit.
Jadinya malam tu, aku tido dengan hari yang lara. Melepas lah sunrise ku di Bromo, huhuk huhuk..
Laili, sepupu DD pengubat hati yang lara.. |
Alahai buat aku tertunggu plak sambungan..cepat sambung!
ReplyDeleteTak penah try surf couchsurfing walaupun ada host few times.
baik boss, sambung pas aku tido jap, hehe..
DeleteTula, aku try CS first time terus dapat cam gini. Ke aku yang tak betul sebenarnya..
Ishh..mmg berani betul lah LD..eee..seram pulak kalau jm sensorang nk tidur di umah DD tu...pastu pulak deal tak nk kalah tu..DD..DD...so esok nya dpt tgk sunrise tak?
ReplyDeleteTak tahu apa merasuk fikiran time tu JM. Sekarang ni fikir balik macam nak buat lagi, hehe..
DeleteCuma kena lebih selective pasni.
Sunrise?? Non hado, cuma mimpi sunrise atas katil jer malam tu.. sedey...