Assalam..
Apa aku buat kat sini??? Lansung takda apa-apa. Motif jadi pemalas tahap Garfield kat tempat orang..huh..
Lepas dah checkin dan merasmikan katil kat bilik, aku jadi malas tetiba. Hajat hati nak berjalan-jalan terus tenggelam dek godaan katil yang sangat tinggi. Aku mandi segarkan badan dan terus lena tak ingat dunia.
Sedar balik lepas Zuhur, mood malas aku masih kuat. Macammana ni?, tampar muka sendiri beberapa kali aku gagahkan diri bangun dari katil dan bersiap nak keluar.
Kalau bukan kerana perut yang lapar, rasanya memang aku tak keluar dari rumah tu seharian. Berterima kasih kepada nafsu makan yang tinggi, heheh..
Sebelum keluar aku tanya staff perempuan tu yang aku panggil Ibuk kat mana cari tempat makan sedap. Dia suggest ada satu mall tak jauh dari situ yang menempatkan pelbagai restoran dari yang chained kepada foodcourt. Okeylah gak boleh aku jalan-jalan ambik angin on the way ke sana.
View sepanjang jalan ke Sutos Mall |
View #2 |
Love is In the Air?? |
d'Kampoeng, Indonesia local cuisine |
Ada banyak stall at dalam ni, semua menu Indonesian. Rambang mata weh.. |
Nasi Madura |
Somay, kalau kat Malaysia panggil Seow Mai |
Sutos Mall dari depan |
Aku tak tahu berapa lama borak, sedar-sedar aku tertido kat ruang tamu tu dengan tv masih on dan orang lain dah takda. Bila nengok jam, nak dekat pukul 12 rupanya.
Pagi esoknya, lepas bangun dan mandi Ibuk datang tanya aku nak makan apa. Syok ada orang masak untuk kita kan..
Sebenarnya pilihan cuma mee segera dan air teh atau kopi jer pun, tapi sedap jugak Ibuk masak.
Pastu mintak mak dia bawakan dia ke meja aku, muka aku ni baik kot, hehe.. |
"LD, wanna follow me having lunch nearby?"
Aku fikir kejap pastu setuju. Actually Guan nak bawak family group dari Vietnam tu ke Sutos Mall jalan kaki. Maybe dia tengok aku tak buat apa-apa tu yang dia ajak aku sekali.
Beca menunggu penumpang |
Sutos Mall lagik.. |
Guan tengah meriki menu yang ada |
Guan ni rupanya suka travel gak. Dia cerita pasal dia baru balik dari trekking gunung tak jauh dari Surabaya. Aku rasa dia wujudkan inn ni pun sebab minat travel tu.
Ni Guan punya tapi aku tak malu ambik gambar gak |
Kaunter |
Tenang jer makan kat sini |
Cozy betul rasa |
Kawan Guan... |
Ni aku punya, rasa biasa jer. |
Sebenarnya aku nak bayar tapi Guan laju jer pegi kaunter bayar untuk semua. Serba salah jugak rasa walaupun best..
Lepas makan, kita orang naik kereta kawan Guan pegi rumah Guan sebab nak ambik kereta Guan pulak kat situ. Banyak betul Guan kan entah korang faham tak apa aku cakap ni..
Kemas giler halaman rumah dia.. |
Aku berani ambik part depan rumah Guan jer.. |
Kami berdua gerak ke kedai souvenier (aku tak ingat pulak nama kedai tu sekarang) tak jauh dari inn dan Guan biarkan aku shopping di situ lama-lama.
"Take your own sweet time LD. I'll be waiting for you here," sambil tunjuk bangku menunggu kat entrance.
Wah! rasa terharu pulak padahal aku tak bayar dia apa-apa lansung. Dahlah makan tadi dia belanja, pastu tinggalkan kerja dia kat ofis sebab nak temankan aku ke sini pulak walaupun aku tak mintak.
** Guan ni memang baik dengan guest-guest dia. Sebab tu aku rekomen kaw kaw Krowi Inn ni, hehe...
Walaupun dia cakap begitu, aku taklah ambik kesempatan nak meronda lama-lama kat situ. Lepas dapat apa yang aku nak, aku cepat jer cari dia dan ajak dia balik ke inn. Rasa bersalah pulak sebab notice handphone dia selalu jer ringing pastu dia discuss pasal business. Seriau macam mengganggu gugat rezeki orang jer aku rasa..
Basically, tu jerlah yang aku buat kat Surabaya. Amacam, memang stail tourist lansung tak. Ko mampu, hehe..
Nice ! Ni tahap pemalas macam Garfield pun dah berjela tulis, kalau tahap rajin tak tahulah macam mana. Hiks ;-)
ReplyDeleteKalau angin rajin datang, agaknya cerita remeh temeh semua saya sumbat masuk dalam ni, hehe..
Delete