Pages

Monday, 28 April 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 11 - Perjalanan Jeep Ke Kawah Ijen

Assalam..

Warning!! Entri tak bergambar. Hanya bebelan dan repekan aku semata-mata. Boleh skip kalo mula rasa bosan membaca, hehe..

Aku try nak tido tapi tak dapat. Pusing kiri dan kanan last-last aku bangun dari katil pegi ke luar rumah.

Beramah mesra dengan family DD kat pangkir luar sambil mengambil angin. Keluarga diaorang kecik jer, DD anak sulung dan adiknya Dewi. Petang-petang ramai pulak saudara mara duduk lepak kat sini.

Aku ni taklah peramah sangat, nak buka mulut bercakap pun macam berat jer. Tapi dah duduk sini paksa jugaklah diri berbasa basi dengan diaorang. Nasib baik family ni okay jer, dari apa yang aku nampak ler.

Tak buat banyak petang tu. Lepas mandi dan berkemas, aku dah ready nak tunggu kawan DD datang ambik. Janjinya pukul 7.30pm tapi bayang pun tak nampak. Aku masih sabar. DD pun aku tak nampak lagi.

20 minit, 30 minit sampai 1 jam tunggu jeep masih tak sampai. Kesabaran aku mula hilang. Aku terserempak dengan ayah DD di dapur.

"Pak, DD nya di mana ya?"

"DD baru habis mandi.."

"Ohh.. soalnya DD bilang sama saya temannya mo jemput jam 7.30 tapi kok ngak bisa tiba lagi.."

"Tadinya DD bilang sama bapak jam 9.30. Ngak apa-apain, makan ajer dulu ya LD"

"Ngak apa-apa ya pak. Masih kenyang lagi. Saya nunggu ajer di luar ya", terus keluar rumah ambik angin.

Aku jadi bengang bertambah dengan budak DD ni. Patutnya dia bagitahu aku apa-apa perubahan plan. Aku rasa ada hak untuk tahu sebab aku yang tanggung semua expenses pegi Ijen ni. Dahlah aku tak tahu berapa orang DD nak angkut untuk pegi sana nanti.. ppfftsss..

Dipendekkan cerita, jeep tu datang pukul 9 lebih. Dalam hati aku berharap agar kami sempat sampai untuk lihat fenomena Blue Fire di Ijen.

Nak masuk jeep baru aku tahu berapa ramai DD ajak pegi sekali. Ada ayah DD, pakcik DD (aku panggil Ahmad je lah), adik ipar DD dan cousin DD. And i just happened to know semuanya lelaki!! Berdoa mintak perlindungan Allah dalam hati..

Termasuk teman DD (driver jeep), semua sekali adalah 7 orang dan disebabkan aku sorang pompuan, mereka bagi aku duduk depan sebelah driver. Walaupun aku agak cuak tapi aku kuatkan semangat dan cuba bersangka baik dengan semua orang dalam jeep tu.

Jeep mula bergerak menuju ke Ijen. Sedari mula aku bersikap dingin dengan DD dan hanya menjawab sepatah tiap kali dia tanya dan ajak aku berbual. Masih sakit hati time ni..

Disebabkan perjalan ambik masa ~5 jam, aku decide untuk tido jer. Perut aku lapar sebenarnya tapi sebab ego dan sakit hati aku berdiam diri jer. Supir tu, aku panggil Budi agak okay sebenarnya. Masih muda macam baya-baya DD.

Tak sedar berapa lama aku tido, aku tersedar bila jeep berenti tepi jalan. Separa sedar aku lihat Budi keluar dari jeep menuju arah aku dan bukak pintu. Automatik aku terus buka mata luas, takut dia nak buat apa-apa..

"Oh, maap ya LD, sambung ajer tidonya ya"

Rupanya Budi nak tolong rendahkan seat tempat duduk aku sebab dia kesian tengok aku tido menegak dengan kepala teleng kiri dan kanan. Sakit leher jugak sebenarnya..

Aku tak tahu yang lain kat belakang buat apa. Aku hanya asyik melayan fikiran sendiri sambil berdoa banyak-banyak agar selamat sampai dan balik dari Ijen nanti. Tapi pakcik DD, si Ahmad ni memang sempoi giler. Sepanjang perjalanan malam tu, Budi mainkan CD dangdut Indonesia dan ada satu lagu ni Ahmad mintak Budi repeatkan berkali-kali sampai terngiang-ngiang kat telinga aku lagu tu even dah balik Malaysia.

Sekarang ni aku masih mencari lagu ni kat Youtube tapi belum jumpa. Nanti kalau ada, aku tepekkan kat blog ni. Sajer nak kasi kepala korang pulak pening, heheh..

Kan aku last makan tengahari tadi, jadi aku tersangatlah lapar. Dalam beg aku cuma ada mineral water dan coklat KitKat bajet nak makan waktu trekking nanti. Budi pulak drive, ya Allah sampai aku rasa pening. Maybe judak sebab perut aku kosong, tapi dia suka betul bawak laju-laju dah tu berentikan jeep mengejut.

Tak masuk lagi dengan lubang yang dia hentam jer, sampai aku tengah tido boleh terjaga kerana badan melambung. Tak ke haru tu.

Sekarang sapa yang sakit, aku jugakkkk...

Jam dah melepasi pukul 2 pagi dan aku memang tak tahu kami dah sampai mana. Aku memang bantai tido dalam jeep walaupun kepala pening dan rasa mual muncul. DD perasan aku ada terbangun kejap tegur aku.

"LD, nanti kalo diperiksa sama guard di Pondok Pos ngak usah bilang apa-apa ya. Takut ajer diketahuinya LD bukan orang aslinya sini terus mo membayar feenya."

"Umm.. iya."

"Satu lagi, jangan ditunjuk sama mereka cameramu itu. Simpan ajer dalam bag. Nanti ngak usah bayar."

Aku tak tahu berapa jauh lagi perjalanan kami dan aku malas nak tanya walaupun hati dah meronta-ronta tak sabar nak sampai. Bukan sebab aku gila sangat nak trekking, tapi sebab pening aku bertambah kuat dan mual aku makin menjadi-jadi..

Aku rasa nak muntah...





4 comments:

  1. walaupun entri tak bergambar TAPI citer cukup seram sejuk..coz berani tul LD bersama jejaka tu di malam hari..Ya ampun mmg tersangatlah berani. Itulah kan..jual mahal,,di ajakan makan tapi di bilang masih kenyang geram nyer pasal kan heee. Pandai pulak LD ckp sleng Indon

    "Aku rasa nak muntah"..alaa bersambung lah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!! memang padan muka sendiri tanggung lapar sepanjang malam.
      sleng indon? nak menaip boleh kalau nak bercakap sleng melayunya kuat lagi JM:)
      sebenarnya dah malas nak menaip tu yang berenti kerat jalan..:)

      Delete
  2. Terngiang -ngiang lagu dangdut tu??? kenapa tak tulis kat sini hahahaa :P
    Sampai melambung2 tu.. memang hebat la dia bawa huhuuu...
    Tak boleh ngaku dari Malaysia..camera kene simpan.. uishhh susah bangat tu... tp syukur selamat alhamdulillah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu dangdut tak syok main tulis jer, kena dengan video sekali..hehe..
      Tulah kan, tak semua benda free, walaupun dapat elak bayar entrance fee kena ada harga lain perlu dibayar..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...