Pages

Monday, 10 March 2014

Pray For MH 370

Assalam..


Aku yakin sekarang most of rakyat Malaysia rasa gundah gulana, risau dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepada penerbangan MH370.

Sepanjang dua hari sejak official announcement pasal kapal ni hilang, kami sekeluarga duduk depan tv menunggu perkembangan terkini disamping sentiasa berdoa ke atas kesemua 239 persons on board the aircarft.

Walaupun aku tak kenal sesiapa pun dalam kapal tersebut, tapi hati terasa sebak dan sedih terhadap apa yang terjadi. Semoga mereka semuanya berada dalam lindungan Allah.

Untuk Malaysia Airline yang membawa nama negara, dan walaupun aku jarang menggunakan perkhidmatan airline ni, aku tetap bangga ke atas national courier ni. Sedikit sebanyak aku bangga menjadi rakyat Malaysia...

Sebagai penjawat awam yang berkhidmat under DCA, aku faham bagaimana dedikasinya officer-officer yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat kapal terbang. Tugas yang bukan mudah untuk digalas, tetapi tanggungjawab yang diberikan dilakukan dengan hati yang terbuka sambil mengharapkan perlindungan daripada Allah.

Hope for the best to MH370 and untuk keluarga-keluarga yang terlibat, aku harapkan mereka dapat tabahkan hati dan kuatkan semangat. Seluruh rakyat Malaysia pasti mendoakan yang terbaik untuk seisi penumpang kapal terbang MH370


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...