Pages

Wednesday, 5 March 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 02 - Hunny Hostel Jakarta

Assalam..


Aku sampai depan pintu rumah hostel tapi pagar macam bertutup pulak aku nengok. Ketuk tiga empat kali pastu siap jerit panggil tuan rumah tak ada orang respon. Dari luar nampak ada orang kat dalam.

Hish, tak patut ni. Betul ke ni hostel? Macam rumah persendirian jer, tapi tengok depan pagar ada tulis perkataan Hunny tu.



Aku cuba lagi panggil orang kat dalam, masih tak respon. Kebetulan sebelah rumah ni ada orang bergerai. Pakcik tu tengok aku melalak-lalak seorang tegur aku.

"Buka ajar pagarnya dari dalam.."

Aku terdiam. Cuak jugak nak bukak pagar rumah orang tup tup nanti ada anjing ke kat belah dalam. Takpun orang ingat aku ni pencuri ke..

Dengan lafaz Bismillah, aku buat jugak apa yang pakcik tu suruh. Rantai ada kat pagar cuma tak berkunci. Berjaya jugak aku melepasi pagar tu. Masuk depan pintu rumah aku terus menerjah tak bagi salam terus ternampak tiga empat orang mat salleh tengah bersenggang kat ruang tamu.

"Excuse me, is this Hunny Hostel?"
"Yup, it is.."

Selamba giler dia jawap. Aku bengang terus dalam hati sebab mesti dia nampak aku terjerit-jerit kat luar tadi tapi buat donno jer. Hehe, emosi sangat kan aku ni..

Baru jer aku nak buka mulut balik bercakap nampak sorang budak perempuan pakai tudung datang dari belah dapur. Umm.. staff ni kot. Oklah jugak, jimat tenaga aku dari bercakap banyak.

Receptionist kaunter
Hostel ni ala rumah double-story kat tempat kita. Ada living room, dapur, bilik bawah ada dua dan belah atas pun ada dua. Aku opted untuk female-only room senang sikit kalau aku nak beronggeng ke, terbuat aksi jackie chan tengah tido ker taklah malu sangat, hiks..

Kat sini ada free wifi tapi aku tak pernah guna. Selain tu ada satu komputer boleh guna untuk surfing. Tapi dengan penghuninya lebih sepuluh orang manalah aku dapat berebut dengan diaorang kan.. Jatuh keayuan aku nanti, hehe..

Cuma malang sikit pada masa aku menginap kat sini, tv kat ruang tamu tu rosak jadi takde entertainment untuk dilihat. Pendek kata hiburan yang ada adalah aku tengok kau, kau tengok aku sepanjang kat situ. Kata staffnya hari Ahad baru mekanik nak datang tengok masalah tv tu.

Nasib aku agak baik sebab aku the only female guest time tu. Yang lain tu semua tetamu lelaki. Jadinya bilik yang ada 6 bed tu aku conquer sorang. Bilik air pun attached sekali kat situ. Seronoknya aku berguling-guling dari satu katil ke katil yang lain. Dahlah kat tingkat bawah jer tak payah naik tangga (takdelah tinggi sangat pun, standard untuk rumah dua tingkat jer tingginya).

Suka hati aku nak pilih jer mana satu, seronok betul!

Mula-mula ingat nak belah ni, at last tukar sebab dekat sangat dengan pintu
After all the testing and sesi lompat-lompat katil, i choose this bed


Dari segi lokasi, hostel ni agak sunyi dari hiruk pikuk dan bingit kenderaan Jakarta. Oklah kalau nak hidup tenteram sikit. Cuma kalau nak ke MONAS, bila aku tengok dalam map nampak dekat, rupanya kalau jalan kaki nak dekat 30 minit jugak baru sampai.


Overall, hostel ni okay bagi aku sangat berbaloi dengan duit yang dilabur. Aku bayar ~RM32/night dan booked melalui Hostelbookers. Cuma satu jer aku tak berkenan iaitu takde kunci untuk setiap bilik. Even tombol pintu pun takde main tolak-tolak gitu jer masuk bilik. Maknanya, bilik aku tu sapa-sapa jer tetamu boleh masuk tanpa aku sedar. Aku cuba jugak cari apa-apa benda untuk jadi penghadang tapi takde. Nasiblah, aku tengok muka mereka yang lain tu takde ciri-ciri harimau jadi aku tawakal jer.

Pintu bilik tak bertombol

Oh ya, kat hostel cuma dua orang staff jer yang ada dan both are lady. Sorang tu namanya Nikmah, sorang lagi Erna dan mereka pun tinggal kat situ jugak bilik kat belakang dapur. Dua-dua manis jer bila berbicara. Since aku checkin tu waktu shift Nikmah, jadi aku ambik peluang ajak dia temankan aku berkeliaran meronda bandar Jakarta malam nanti. Dia pun cakap ok cuma kena tunggu shift dia habis pukul 7.00 malam. Ngamlah tu sempat aku nak berehat dan mandi jugak.

Jadinya, lepas habis urusan checkin dan sesi temuramah dengan Nikmah, aku melangkah masuk ke bilik aku yang bersebelahan jer dengan bilik budak-budak laki matsalleh tu. Habis harapan aku nak meronggeng sorang dalam bilik..

7 comments:

  1. Kok yer pun tak payah la nak meronggeng2 tu huhuhuu.. :D
    Orang putih tu tak faham kot masa jerit2 kat luar pagar tu.. simbah air kat muka diorng faham la sket hehehe..
    macam sorang jer untuk female dorm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sesekali dapat bilik besar pastu sorang jadi jakun kejap.
      orang putih tu maybe ingat saya ni makcik jual barang kot tu yang tak nak layan, emo kejap masa tu.:)

      Delete
  2. Wahhh travel solo lagi berani betul jm still mesti berdua at least ada teman borak
    Best aaaa sebilik 6 katil tdo sorang sib baik x ada org lain bila bgn pagi dek keran pintu x leh kunci tu seriyau den :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, yang penting bila travel ni kita dapat kepuasan dan kegembiraan kan:)
      tulah, takut gak mulanya tapi alhamdulillah takde apa-apa.

      Delete
  3. Bersih dan selesa nampaknya hunny madu hostel ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, tempat ni sangat bersih dan selesa. Pekerja kat sini pun baik dan lemah lembut jer:)

      Delete
  4. kenapa tv rosak panggil mekanik, ke maksud dorang technician. jammed kejap otak, apa2 pon seronok baca carita sis, ayat takde bunga2, takdelah penat baca. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...