Logik tak kalau aku cakap aku hanya bergerak dari rumah untuk jalan-jalan nak dekat pukul 12 tengah hari. Memang tak boleh blah lansung. Yang ini aku salahkan diri sendiri dan jugak seorang guest kat rumah tu yang buat aku rasa tak nak keluar sepanjang hari, hehe.. (statement gedik ni)
Plan asal nak keluar awal pagi terpaksa aku ubah disebabkan hal pagi tu. Nantilah kalau aku tak rasa segan aku cerita dalam next-next entri.
Disebabkan keluar lewat, aku hanya sempat ke Monas jer. Tupun macam terkejar-kejar jugak sebab aku dah beli train tiket ke Surabaya petang tu pukul 4. Hajat hati nak masuk Masjid Istiqlal pun tak tercapai jugak padahal dua tempat ni berdekatan jer jalan kaki.
Dari hostel aku ke Monas ingat nak jalan kaki. Mula-mula memang bersemangatlah kononnya tapi tak sampai pertengahan jalan aku dah mengah sikit. Nampak sangat tak pernah exercise dah tu bawak berat badan yang boleh tahan ni.
Akhirnya selepas dipujuk rayu oleh beberapa orang bapak-bapak indon ni aku mengalah jugak pada naik ojek mereka. Pakcik tu caj aku IDR 10ribu. Tupun lepas aku merayu-rayu mintak kurang dari IDR 20ribu.
Kenang balik mudah jer aku nak membonceng motosikal orang laki kat tempat orang padahal kat tempat sendiri haram jaddahlah aku nak buat begini. Kalau family aku tau memang confirm aku dapat dengar syarahan agama free.
Oklah, nak tau apa yang menarik sangat pasal Monas ni? Aku pun tak berapa tau jugak mulanya. Banyak kali dengar orang lain sebut datang Jakarta mesti nak pegi sini aku pun wonder jugaklah. Jadi, jom kita sama-sama lihat apa yang ada kat sini.
Monas dari kejauhan |
Hari Sabtu ni budak-budak buat lawatan |
Banyak giler orang begini pakai pakaian bermacam-macam pastu kalau ada nak bergambar dengan diaorang kena charge. Budak sebelah tu bawak tabung berisi duit. |
Oklah, tak mahal nak masuk |
Ukiran sepanjag dinding pagar mengelilingi Tugu Monas |
Jadi masuk dalam Monas ni kita akan nampak satu ruang hall yang besar dan mempamerkan diorama sejarah Indonesia dari zaman batu sampailah sekarang.
Tahu tak apa tu diorama? Aah, kalau tak tahu, boleh klik Diorama.
Ada berpuluh-puluh display diorama kat hall ni. Satu cara yang bagus kalau nak kenal Indonesia lebih dekat. Aku layan jugak tempat macam ni especially tengok display yang cantik-cantik jer modelnya.
Jom tengok sebahagian sedikit diorama yang aku sempat ambik..
Ni zaman batu |
Boleh baca penerangan untuk setiap diorama ni |
Pengunjung yang lain pun khusyuk jugak membaca info |
Keluasan hall kat dalam Monas |
Budak-budak dengar cikgu bagi penerangan |
Kalau aku tak silap, ni masa 1st presiden of Indonesia angkat sumpah pegang jawatan |
Hari mengundi memilih wakil rakyat |
Penat kat dalam, pegi keluar pulak tengok pemandangan sekeliling Monas |
Actually Monas ni ada observation deck kat level atas tower tu. Tapi malang sikit waktu aku pegi tu masih tutup pulak sebab ada kerja maintenance dijalankan. Tak tahu sampai bila baru bukak.
Aku puas hati kat sini sebab aku banyak dapat knowledge pasal sejarah Indonesia. Yela kan, muzium memang satu tempat yang bagus untuk kita tahu lebih pasal sesuatu tempat yang kita pegi tu. Kalau datang sekejap jer kat Jakarta, bagi aku memang berbaloi singgah sini. Kalau dapat naik observation deck tu lagilah best..
Aku berjalan-jalan perut aku dah lapar. Nasib baik tengok banyak gerai dan orang jual makanan tepi-tepi jalan. Aku memang tak kira sangat time tu asalkan ada makanan yang nampak menyelerakan memang aku beli.
1st time pulak aku tengok menu ni. Siap tengok abang ni buat instantly kat situ. |
Ramai orang cakap datang Indonesia tak sah kalau tak cuba minum teh botol. Kiranya aku ni dah sahlah kan penah pegi sini, hehe.. |
Nasi ayam bakar, rasanya bolehlah.. |
Nilah kerak telur Betawi. Jangan dipandang paras rupanya sebab bila masuk tekak aku sangatlah sedap. |
Ada jer basikal untuk disewa dan tram nak mengelilingi Monas |
Jalan sikit jer keluar, ada banyak orang pemandu menyapa-nyapa offer kita naik. Aku rasa nak cuba lain pulak kali ni. Nampak seorang pakcik bawak bajai tegur tanya aku nak kemana. Telek sikit muka pakcik tu macam baik jer aku pun naiklah suruh dia hantar ke hostel.
Sampai hostel, aku mintak pakcik tu tunggu aku suruh dia hantar aku terus ke train station. Senang cerita tak payah aku nak terkedek-kedek bawak beg berat cari transport lain pulak.
Sebelum keluar dari rumah pagi tadi aku dah siap checkout jadi datang nak ambik bag jer lah. Bergegas aku masuk rumah ambik bagpack pastu pegi cari Nikmah nak say bye-bye. Lepas peluk cium seadanya, aku mengorak langkah keluar. Sempat aku terserempak lagi dengan sorang guest yang buat aku tak nak keluar pagi tadi. Masih awkward kami berbalas senyuman dan bye-bye. Pastu terus aku berjalan tak toleh-toleh belakang lagi dah. Tak tahu boleh janggal pulak aku kali ni maybe sebab peristiwa pagi tadi.
"Pakcik, sekarang bawak laju-laju sampai train station ya," begitu aku arahkan pakcik tu macam boss.
Cerita menarik yg jm nak tahu adalah penyebab kuar lambat ke menara monas tu jgn malu2 nk kongsi tau nanti. Mesti ada somebody yg nk tackle LD nih hikssss
ReplyDeletehaha.. level perasan tetiba naik berganda-ganda x24.. kalo masih perasan nanti saya kongsi kat sini:)
DeleteAhakss....best apa dpt rasa perasaan tu buka nyer ada org jelez pun nanti....JM tak pernah merasai nya teringin sgt..(gatal lah tu kan heee)
DeleteCepat2 kongsi nanti kalau dh hilang dh tak ada umphhh heee