Pages

Sunday 24 November 2013

Macau: Part 05 - Macau Tower

Assalam..

Impian aku nak Macau Tower pada birthday aku tercapai jugak. Walaupun pada asalnya motif nak buat Bunjee Jumping (mengada-ada aku time ni tak sedar diri gayat tahap dewa) tapi selepas membuat kira-kira dan congak aku batalkan niat tu. Jadinya aku sampai ke sini just masuk ke Observation Lounge Inner & Outer dengan bayaran HKD135.

Macau Tower dari dalam bas
Banyak pilihan nombor bas boleh naik. Senang jer nak refer
 Untuk ke sini memang tak susah aku naik public bas jer. Tunggu bas kat mana-mana bus stop dan di papan notis tu ada ditampalkan nombor bas beserta dengan route perjalanan setiap bas tu. Kalau nak ke Macau Tower, tengok bas nombor mana yang ke situ pastu naik. Tak silap aku kalau kita kat Peninsular nak pegi within peninsular jugak ratenya adalah flat MOP3.20. Nak tau lebih lanjut boleh klik Macau Bus Fare. Cuma aku jadi terlebih pemurah pulak naik bas ni. Disebabkan polisi tiada refund maka dinasihatkan awal-awal sedia duit kecik cukup-cukup naik bas. Macam aku takde duit kecik, aku terpaksa "bersedekah" bagi MOP4 untuk one way perjalanan. Memang nak mengkayakan negeri yang dah cukup kaya, hampeh betul..


Macau Tower Observation Lounge Opening Hour:
Weekdays (10am - 9pm)
Weekend & public holidays (9am - 9pm)

Antara rekod yang telah dicipta oleh si AJ Hacket ni
Untuk sapa-sapa berminat nak..
Masuk building terus turun escalator ni belah kanan
Kalau nak buat aktiviti-aktiviti kat sini. Rate adalah dalam MOP
Macau Tower merupakan bangunan setinggi 338m at its highest point. Naik lif dengan highspeed laju ditambah dengan glass-fronted lift memang aku teruja at first. Nak view of Macau city dari tingkat 58 (inner deck) dan tingkat 61 (outer deck). Tower ni terkenal sebagai The World's Highest Bungee Jump. Masuk sini dengan bayaran sebegitu personally aku rasa berbaloi atau tak terpulang pada individu. Apart from view Macau yang stunning lain-lain aku tak excited sangat. Dengan ruang yang tak besar sangat aku just duduk ambik gambar tengok orang lain buat aktiviti bungee jumping dan skywalk. Tapi kalau nak cakap alang-alang dah sampai bayaran sebegitu mungkin tak menjadi hal aku okay jugak kot. Cuma tempat ni berbaloi sangat kalau datang purposely nak buat aktiviti-aktiviti yang diaorang sediakan. Ada jugaklah memori aku untuk birthday kali ni. At least dah sampai kan..


Boleh duduk sini nak tunggu orang buat bungee jumping
Antara view Macau dari tower
Actually ada 3 jambatan penghubung Peninsular dan Taipa tapi dapat snap dua jer..
Pandangan ke bawah, one of the crew tarik rope ke atas
Awesome sangat tengok orang ni terjun siap dengar jeritan dia lagi..
Trademark kaki dah pijak mesti ada, heheh

Lagi shot kaki, heheh..
Puas kat indoor, naik lif pegi outdoor pulak
Grand Lisboa memang senang nak cam, outstanding betul
Perempuan ni neves tunggu turn nak terjun
One of main crew
3 orang ni buat Skywalk pusing tower ni. Aku tumpang seronok campur jeles jelah tengok.
Selebihnya untuk hari tu aku banyak jalan-jalan bandar waktu petang hirup angin segar dan carik tempat makan. Suhu all around dalam 25 deg celcius memang nyaman sekali sambil pakai cardigan jer. Sempat jugak aku malam tu tengok performance ala-ala konsert mini kat Senado Square. Happening sangat kat situ even audience pun sporting sangat menari sekali dengan penyanyi tu.

Siang-siang diaorang tengah buat persiapan lagi
Budak kecik nipun tengah tunggu performance jugak
Group ni dari Angola. Baru aku tau diaorang punya main language is Portugese
Malam tu aku balik ke airport agak lewat dari malam sebelumnya disebabkan leka tengok performance dan lepas tu pegi balik ke Venetian untuk dinner. Sampai airport macam biasa ambik bagpack kat kaunter, bersihkan diri buat apa-apa yang perlu dan tunggu tempat tu sunyi sikit sebelum masuk tidur.

2 comments:

  1. Tengok je Macau Tower tringat pada HAHA Running Man..Gayat!!! heeee

    Bungee Jumping HKD2,178..arghh..tak sanggup..gayat den

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. even tak buat pun tengok orang lain buat dah rasa gayat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...