Tak semena-mena aku nak cerita pasal airport kali ni. The reason behind adalah dua buah airport ni aku lantik secara rasmi menjadi accomodation aku sepanjang trip ke Macau kali ni. Mula-mula aku takut jugak nak tido kat airport tapi based on reviews dari orang-orang yang pernah buat, jadi aku bulatkan hati, tebalkan muka dan tekad nak buat jugak macam tu.
LCCT (Low Cost Carrier Terminal):
Ni bukan apa aku tido kat sini. Flight aku dari Sibu sampai tengah malam pastu aku punya flite ke Macau pulak pukul 6.30am keesokkannya. Tak ada point kalau nak tido hotel untuk few hours padahal boleh free jer tidur sini.
Apa yang aku buat sampai-sampai airport tu aku terus wandering meninjau mana-mana tempat yang sesuai nak lelapkan mata. LCCT ni memanglah dah macam stesen bas. Penuh jer manusianya kat mana-mana ceruk yang sunyi sikit. Kerusi-kerusi yang ada memang dah penuh dah. Ada tu aku tengok satu family siap hamparkan tikar dan selimut jadi alas atas lantai dekat tepi pintu masuk arrival hall untuk tido. Jadinya, aku ingat nak lepak jerlah kat McD sampai pagi duduk situ. Sampai sana aku order air dan makanan relak layan handphone tak sampai sejam aku dah tak tahan. Mesti nak cari jugak tempat pembaringan ni sebab mata aku dah layu sangat. Tengok-tengok jam dah dekat pukul 1 pagi, aku angkat gerak dari situ meneruskan misi nak tido. Aku teringat pulak ada satu surau kat belah luar building tu jadi terus jerlah aku ke itu. Sampai situ aku tengok ada banyak jugak orang tido kat situ. Lampu pun dah gelap ditambah dengan kawasan terbuka memang angin fresh masuk, memang sangat sesuai tido kat sini. Aku pun join the crowd sekali keluarkan sleeping bag terus baring tak sedar diri sampai pagi. Tapi, sebelum tu aku set jugaklah alarm kat handphone incase terlajak tido nanti.
Satu yang best kat LCCT ni ialah diaorang ada shower room. Selama ni aku masuk toilet aku tak perasan pulak kewujudannya. Bila nak memerlukan barulah pegi cari dan aku pun cerialah sikit dapat mandi awal pagi tu sebelum boarding flight. Almaklumlah the beginning of journey mestilah nak bau wangi, ye kan..
Macau International Airport (MIA):
Airport yang aku buat macam hotel sendiri, keh keh keh. Permulaannya aku memang dah booked hotel kat Macau tapi minggu terakhir sebelum berangkat tu aku punya sifat lokek nak keluar duit makin lama makin kuat. Selepas fikir panjang lebar, aku pegi cancel hotel booking tu aku bertekad nak main redah jer kat sini. Bayangkan, hotel-hotel kat sini semua mahal gila, paling murah aku cari dalam RM250 semalam. Kalau budget ciput memang tak berbaloi lansunglah kan. Ada satu tu aku baca dari blog Meng (terima kasih kat blogger ni sebab rujuk banyak kat blog dia) aku try cari jugak. Last-last bila aku jumpa website tu cakap hostel ni dah tak beroperasi lagi. Rasa nak giveup jer. Try couchsurfing pulak aku dapat reply dari lelaki jer yang mana hati aku tak sedaplah pulak nak ambik. Takut apa-apa nanti kat mana aku nak menjerit mintak tolong. At least kalau tido airport ada security banyak kat situ ye tak..
Sepanjang aku kat sini, MIA nilah menjadi tempat kediaman rasmi aku waktu malam. Basically, airport ni ada 3 level. Level 1 untuk arrival, Level 2 untuk departure dan Level 3 untuk pejabat-pejabat berkaitan dan McDonald. Aku memilih tido kat Level departure sebab bagi aku kat situ yang paling selesa. Kerusi-kerusi kat MIA ni paling best sebab armless type of chair jadi kalau nak berbaring sepanjang tu memang terus ingat macam baring atas katil sendiri. Kat sini jugak volume flite dia tak serancak LCCT jadi malam-malam flite dah kurang sikit senang sikit nak melelapkan mata.
Apa yang aku buat adalah pagi-pagi aku tinggalkan bagpack yang berat tu kat kaunter Left Luggage. Ratenya MOP10 per hour tapi kalau nak satu hari terus ratenya MOP80. Aku ambik yang full one day punya rate sebab aku tak tahu bila aku nak ambil balik bag tu tapi yang pasti waktu malam sebab nak pakai waktu tido. Confirmlah lebih dari 8 jam kan jadi aku fikir tu yang paling berbaloi. Harus tahu setiap kali nak tinggalkan barang kat kaunter ni kita dikehendaki scan dulu di mesin scan diaorang for the sake of security katanya.
Settle part bag, aku fikir pulak tempat nak charging segala barangan electronic yang aku bawak ni. Macamlah banyak sangat kan padahal handphone, camera dengan laptop jer. Nak dijadikan cerita power bank aku pulak buat hal jadi aku kena bergantung sepenuhnya pada power outlet yang entah mana aku nak carik kat Macau ni. Hasil pencarian aku yang tak tahu malu tu aku berjumpa dengan power outlet ni. Memang bersyukur sangat-sangat tambahan pulak tak perlukan adapter sebab socket diaorang sama jer dengan yang kat Malaysia ni.
Most important thing kat airport ni adalah part tido yang mana aku dapat tido dengan sedap sekali. Betul, aku tak tipu malam last tu aku lena sampai tak sedar lansung kiri kanan aku sepertinya aku tidur kat rumah sendiri. Mungkin sebab sangat letih ataupun sifat aku ni dicampak kat mana-mana pun boleh tidur mati tak ingat dunia. Bahaya betul yang mana bila aku fikir balik sangatlah tak digalakkan berbuat begitu. Naknya tiba-tiba berlaku sesuatu ataupun kalau-kalau ada orang yang berniat tak baik nak curi barang kan ke menangis melolong sorang-sorang nanti..,huhuk bersyukur sangat tak terjadi apa-apa sepanjang tido kat situ. Security diaorang pun tak kacau manusia-manusia yang tido kat situ diaorang cuma lalu jer buat rondaan lewat malam.
Last but not least benda best stay kat MIA nia adalah unlimited WiFi yang free dan tersangatlah laju. Aku tak roaming lansung sepanjang kat sini dan tak beli local simkad jugak. Penjimatan yang agak banyak aku buat kali ni. Indahnya dunia kalau semua benda free macam ni kan..
Cuma malam first aku tido tu ada tiga empat orang oppa-oppa dari Korea tengah tunggu flite kot borak-borak duduk kat sebelah row aku tido tu. Aku selamba jer tarik selimut tido tapi telinga tetap dengar jugak diaorang bercakap. Tu yang buat aku tak berapa nak lena sangat tido.
McD kat Level 3 |
Iced Chocolate sangat sedap bila dah lapar |
Makan sayur salad jer untuk dinner dan teh . Dresing tu aku tak guna pun sebab dah was was.. |
Scanner dulu luggage before tinggalkan kat kaunter Left Luggage tu. |
View kat Departure Level tempat aku tido. Masa ni masih banyak lagi manusianya.. |
Aku dah jumpa port yang sesuai sekali nak tido. Tengok jer pun tau selesa kan.. |
Tengok kiri kanan, buat muka tak malu terus hampar siap-siap awal tak nak orang lain ambik.. |
Tempat tunggu bas dan teksi. Keluar jer dari arrival hall pegi hujung sekali nampak dah.. |
Kaunter berhadapan dengan tempat aku tido. Sepanjang aku kat situ takda pulak orang kecuali kat kaunter Air Asia hujung sekali tu.. |
No comments:
Post a Comment