Pages

Sunday, 8 December 2013

Family Getaway: Zoo Negara

Assalam..

Sesungguhnya ini merupakan kali ke-3 aku menjengok ke sini. Bezanya kali ni aku bawak anak dan anak buah. Since kitaorang dah bercuti di KL jadi aku nak bawaklah diaorang tengok haiwan-haiwan secara berdepan. Asyik tengok kat tv macam tak syoklah kan..

Alkisahnya plan awal nak pegi pagi-pagi buta kononnya. Tapi entah kenapa dah jadi perangai satu keluarga kot susah sangat nak ikut apa yang diplan. Jadinya, bergerak dari hotel kat Masjid Jamek lebih kurang pukul 11 pagi. Naik Putra LRT ke KL Sentral pastu aku duduk sekejap berfikir cara yang paling effective nak ke zoo. Antara option yang ada adalah teksi dan bas. Fikir punya fikir aku pilih naik budget teksi which costs us RM22. Okaylah tu sebab kami pegi bertiga.

Entrance fee adalah RM30 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak. Macam biasalah bila dah masuk kitaorang terus bawak kaki memulakan pengembaraan di dunia haiwan. Jom tengok apa yang kami tengok..


Mula-mula nampak binatang ni..
Comel jer..
Memang comel
Lepak-lepak tengah hari

Budak-budak sekolah..

Satu-satunya gambar aku kat sini. Tupun dapat reflection, kesian betul..


Terlepas kali ni tak sempat nengok
Hippo hippie yeah..


Cik kam..

Ni pulak cik kangaroo

Batman..

 



Aku tak ingatlah binatang ni apa nama

Baca info yang ni namanya Sulong, tertua sekali dalam komuniti diaorang.. Tengok umur jauh tua dari aku


Tetiba aku terus teringat cerita Rise of the Planet of Apes tu.. seekor tu sebijik macam muka Ceasar..



Hyena, membuta jer..

Ni pun sama rilek..

Paling hampir rupa dengan kucing yang dibela

Apasal banyak sangat binatang kat sini tido jer kerjanya waktu aku datang. Mungkin dah kenyang lunch kot..





Alahai, cutenya..




Disebabkan kami datang lewat jadi tak sempatlah nak tengok performance kat situ. Nak tengok belah petang macam tak berbaloilah pulak nak duduk melangut kat situ. Tengok budak-budak cakap okey jer tak dapat tengok kurang sikit resa bersalah aku, hehe..

Aku sendiri personally tak adalah excited sangat sebab dah pernah pegi. Aku cuma seronok tengok gelagat budak dua orang tu yang aktif sangat jalan sana sini nak tengok semua binatang.

Kitaorang kat zoo ni sampai pukul 1 lebih tengah hari. Perut pun dah rasa lapar jadi kaki pun melangkah pegi keluar mencari bus stop. Balik ni aku tekad tak nak guna teksi sebab last time aku ke sini, aku kena overcharged dari teksi driver sampai RM53 untuk hantar ke KL Sentral. Nasib baik tunggu tak lama tengok ada bas aku pegi tanya kalau dia stop kat KL Sentral. Pemandu cakap tak tapi dia boleh berentikan kat stesen Dato Keramat dan dari situ aku boleh naik LRT pegi KL Sentral. Naik bas untuk 3 orang cuma RM4 dan seterusnya train cuma RM6. Memang jauh murah dan tak remeh sangat nak tunggu.

Zoo Negara sekarang ni ada tempat masih dalam renovation. Katanya akan ada exhibition panda coming soon. Mungkin kalau ada peluang lagi aku ke sini lagi hanya untuk melihat panda..



4 comments:

  1. Binatang yg macam rusa bertanduk panjang tu nama dia oryx.. binatang kebangsaan untuk negara Oman.. banyak di jumpai di kawasan gurun :D

    Salam Kak Linda :D - Datang jenguk sini yer..

    ReplyDelete
  2. JM pun wlpun tak jauh nak ke Zoo tu tapi belum sampai2 lagi..ye lah kalau g sorang2 mana stim kan opss..mana best...bwk budak2 baru ceria...nampak nya tggu Panda exibitoin leh datang bawak anak buah..nak tggu anak sendiri perlu cari bapaknya dulu hhahahaah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...