Pages

Saturday 21 September 2013

Sibu BASE Jumping Display


Event yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2009. BASE Jump ni acara tahunan dimana peserta jumper dari negara-negara luar (termasuk Malaysia jugak) akan buat terjunan dari bangunan Wisma Sanyan setinggi 126m dan landing kat Sibu Town Square (Bangunan tertinggi d Sarawak setakat ni tau). Word BASE tu merupakan akronim untuk 4 kategori fixed objects dimana lompatan akan dilakukan iaitu Building, Antena, Spans (bridge) dan Earth (cliff). Event ni diorganise oleh Sibu Tourism Task Force Group dan info ni semua aku dapat dari pakcik Googlelah.. Aku baru berpeluang untuk melihat acara ni pada tahun ni sebab sebelum ni aku masih kerja daerah lain. Tahun ni, aku transfer balik ke kampung halaman jadi aku beria-ia nak melihat event ni.

Tempat: Wisma Sanyan & Sibu Town Square
Bermula 20/9/2013 sehingga 22/9/2013
Bilangan  jumper: 35 (terdiri dari 14 buah negara)

Jadi aku berpeluang tengok pada hari kedua tu (Sabtu) sebab hari first tu keja lagi kat ofis. Aku heret anak aku sekali turun dari rumah lebih kurang pukul 9.30am. Sampai-sampai dah tengok ramainya orang kat dataran Sibu dan aku perasan dah ada beberapa jumper baru selesai jumping. Aku park kereta dekat-dekat situ terus berjalan-jalan  pegi ke arah dataran. Nasib baik cuaca tak panas sangat pagi tu.

Motif utama nak melihat jumper-jumper ni semua buat terjunan jadi aku dan anak banyak tunggu, lihat dan tepuk tangan.. Memang sah aku kagum kat diaorang ni sampai tahap aku pun berangan jugak nak buat aktiviti tu. Aku ni dahlah gayat, mampu ker nak buat macam diaorang ni? Makin-makin perasaan tu bertambah kuat bila tengok ada sorang pompuan jumper dalam banyak-banyak jumper lelaki kat situ. Takpe, dreaming is good, aku simpan angan-angan ni sampai aku berani. Mana tahu kan masuk dalam wish list diizinkan tuhan aku akan buat jugak satu hari nanti, heheh..

Kami pergi tengok tak lah lama sangat, before tengahari dah balik dah. Sakit jugak kepala asyik tengok kat atas building tunggu jumper terjun pastu mata sakit melawan matahari nak mengekor movement penerjun ni. Tapi aku sempat jugak berborak sekejap dengan seorang jumper ni lepas dia selesai jumping. Aku tanya tak takut ker? Dia jawap, "Takut memanglah takut tapi this is what i do, its my passion" Wah, terinspired aku dengan jawapan dia. Sempat lagi tu dia bagi kad dia kat aku mana tahu kot-kot aku berminat nak buat aktiviti ni.. Akan difikirkan, ummmm.. Yang penting kad tu aku simpan dulu, tapi jauh nun disana kat Idaho, US tu. Hihi, reason nak suruh aku travel ni, kena kumpul duit nak pegi sana.. Next week dengarnya event ni akan diadakan kat Menara KL pulak, lagilah gempak kat tempat besar rasanya. Apa-apapun, layan gambar jelah kat bawah ni, semuanya hasil syok sendiri sebab aku bukan photographer hebat macam orang lain..


View malam kat sini. Boleh nampak RH hotel bersebelahan dengan wisma Sanyan
Tikar oren ni jadi spot diaorang landing

Weather yang okay lewat pagi, tak panas sangat
Nampak dah sorang jumper kat pinggir atas tu..



Punyalah banyak orang nak ambik gambar dia dekat sangat sampai blok jumper tu






Yang dibulatkan adalah jumper baru terjun tak tarik parachute lagi



 

 
Jangan salah anggap, gambar ni menunjukkan diaorang tengah kemas balik payung tu lepas terjun awalnya..





 


**Dikabarkan bahawa malam pertama event tu ada seorang jumper tercedara berpunca dari akngin kencang tapi berita ni tak sahih lagi waktu aku menulis ni. Rumors lagi cakap mangsa ni orang putih dari France, 63 tahun waktu buat terjunan parachutenya tak bukak dengan betul jadi dia melanggar dinding bangunan sebelum jatuh atas pokok berdekatan dengan dataran. dan keadaan dia stabil dah dirawat kat Hospital Sibu. Memang salute aku kat semua jumper ni, first day dah ada kes, the show still going on. Tak ker trauma rasanya tengok buddy jumper tercedera.. Tapi ni perasaan aku je lah, padanlah aku memang jauh panggang dari api nak buat aktiviti macam ni..

Photo dicedok dari Borneo Post bertarikh 21/9/2013



4 comments:

  1. Maaf, nak tanya. Lady Dreamer memang asal dan menetap di Sibu ke?
    *Nak menyibuk sikit. Hiks ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaah, memang lahir dan membesar kat Sibu. Bila dah kerja baru lah kaki ada melangkah jauh sikit. Takpe, menyibuk tu bagus jugak sebenarnya kan..:)

      Delete
    2. Oh patutlah. Haha. Bila ingat Sibu trauma balik. Ada satu peristiwa 'kurang menarik' di Airport Sibu tahun lepas. Dinasihatkan jangan bermalam di Airport Sibu sorang-sorang ;-)

      Delete
    3. oo ye ke? curiouslah pulak nak tahu apa kes tu. Orait, advice noted:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...