Pages

Tuesday, 8 October 2013

Bestnya Oktober

Bulan Oktober datang lagi. Its always be my favourite month because i was born in this month. How good is that!! Normally every year since aku dah ada pendapatan sendiri aku akan ambik cuti for a few days and go somewhere else as a birthday treat to myself except for the last two years. In 2011 aku ada personal problem jadi tak pegi mana-mana time tu. Last year pulak aku tengah berpantang lagi jadi tak dapat  nak kemana-mana jugak. Memandangkan aku ni sangat minat travel jadi tahun ni aku dah beli tiket sambut birthday kat Macau. Wah!! rasa macam orang kaya pulak padahal budget tight sangat-sangat. Hopefully my plan will go as nearly smooth as possible. Ni ada beberapa soalan yang kawan-kawan tanya kat aku bila tahu aku nak pegi sini nanti.

  1. Kenapa Macau?
  2. Pegi dengan siapa?
  3. Apa yang ada kat sana?
  4. Kenapa tak pegi Hong Kong sekali? dah dekat sangat tu..
  5. Macam mana ko nak makan kat sana? Dengar-dengar susah nak dapat makanan halal..
  6. Mana ko nak stay kat sana? Mahal tau hotel-hotel situ.

Fuh.. banyak jugak soalan tu yang aku ingat balik. Ni, aku menjawab dari sudut pandangan aku sendiri:

  1. Awal tahun lepas tangan aku gatal jer dok belek-belek website AirAsia aku ternampak tiket murah ni. Since aku pun tak pernah ke Macau jadi laju jer tangan aku click booking..
  2. Ala, aku pegi soranglah. Kalau ada yang nak join, aku okay. Takde sapa-sapa solo lah jawabnya..
  3. Macau, umm... nak berjudi kot. Pweehh, selain kasino-kasino yang terkenal, umm aku pun tak tahu. Tu yang nak kena pegi dulu barulah tahu kan..
  4. Aku tak punya banya duit. Kalau nak ikutkan hati memang aku nak pegi sekali Hong Kong tu. Cuti aku apply pun sikit jer 3 hari mana cukup nak cover semua tempat tu.
  5. Aaa, ni soalan pandai-pandai sendiri nak hidup dan cari. Biasanya aku google jer tak pun refer kat website ni Halal Food . Kalau susah sangat nanti aku pegi hutan cari buah jer kot. 
  6. Ni lagi satu soalan orang selalu tanya kat aku padahal aku explain banyak kali jugak. Aku ni cheapskate sikit. Kalau takda tempat murah, aku try cari tempat free. I've done it before..Selalu aku jawab begini diaorang akan buat muka tak percaya. Kenapa? sebab aku perempuan pastu muka nampak penakut kot beserta naive..
Aku ni banyak merepek pulak kali ni. Aku betul-betul berharap trip kali ni akan menjadi. Tahun ni dah dua trip aku cancelled macam tu jer atas sebab yang pelbagai. Nampak sangat Tuhan tak izinkan aku pegi. Aku kena redha lah kan sebab semua ni mesti ada hikmahnya. Duit airfare yang hangus tu boleh dicari balik nanti. So far, aku plan roughly jer dulu. Tak nak detail giler sebab tak nak terikat sangat dengan jadual. Selebihnya main redah dan rasa sendiri. Duit pun belum tukar lagi, maybe weekend ni kot. Best part nya aku dapat tahu Oktober ni musim Autum kat Macau. Jadi sebelum pegi ni aku kenalah start bermood ala Macau kan.. Doa-doakanlah yer, aminnn...






** Semua image kat atas ni cedok dari Google**








5 comments:

  1. ada soalan tambahan ..apa kene mengena gambar tu dgn macau??? ke itu semua gambar di macau??? :P
    Insyallah akan doakan moga berjaya dllm travel nanti.. aku pun dah biasa tido free ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nak jugak tanya er. Aaa, saja letak gambar semua kat Macau kasi naik lagi semangat nak pegi nanti. Btw, salam perkenalan dan terima kasih sebab mendoakan..

      Delete
  2. woowwww... on the list one day insyA...

    ReplyDelete
  3. Thanks.. baru jer balik dari sana. Untuk 1st timer pegi mmg berbaloi ke sana.

    ReplyDelete
  4. Baru nk baca semua entry...walhal..LD dah balik dari Macau kan hee...Beskan MACAU :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...