Pages

Thursday, 5 September 2013

Trip to Singapore: Day 2 (Part 1 - Pulau Ubin)

23 Ogos 2013:

Pagi tu aku bangun agak awal dalam pukul 7.30am. Dengar bunyi macam-macam kat bilik pastu orang mandilah, bersiaplah, bercakaplah memang nak suruh aku angkat dari katil cepat. Kaki masih terasa lenguh lagi tapi aku kena paksa diri jugak ni angkat, kalau tak nanti sampai rumah menyesal.

Lepas mandi, aku pegi naik kat rooftop sebab nak breakfast dulu sebelum keluar berjalan. Ada bread dan cornflakes, pastu air kopi atau tea. Kira cukuplah untuk menampung perut sejam dua. Kat situ, aku berkenalan dengan satu famili dari Penang. Pakcik dalam lingkungan umur 60 tahun serta isteri dan anak-anak kiranya baya aku jugak. Memang respek aku kat famili tu. Diaorang pun suka travel jugak secara budget dan pakcik tu walaupun dah berusia masih kuat semangat lagi nak mengendung backpacknye. Dia pulak sempat cakap usia muda-muda macam aku bagus travel sementara kudrat masih ada kerana dia memulakan travel pada usia yang agak lewat. Inilah salah satu reason jugak buat semangat aku makin kuat nak berjalan, umm..

Pulau Ubin:
Selepas breakfast tu, aku pun memulakan perjalanan nak ke Pulau Ubin. Sebab apa aku nak ke situ, kerana aku tertarik dengan view bloggers yang aku baca mengatakan tempat ini totally different from Singapore yang kita lihat dan ia sesuai untuk penggemar nature. Kalau nak tahu info lebih, klik Pulau Ubin. Before tu, aku sempat membeli bekalan makanan dan Singapore Tourist Pass untuk 3 hari berharga SGD30 termasuk deposit since aku rasa EZlink card tu macam tak berbaloi je sebab aku banyak berjalan.


Cara aku kesana:
Naik MRT dari Bugis station pegi ke Tanah Merah station. Turun kat situ pegi ke Exit B untuk tunggu bas Nom.2 menuju ke Changi Point Ferry Terminal yang terletak kat Changi Village. Jarak laluan bas adalah dalam 10.8km dan stesen ni merupakan perhentian bas yang terakhir jadi tak perlu risau nak tekan loceng bila. Turun dari bas jalan sikit melalui hawker centre pastu akan nampak sign Changi jetty. Turun tangga then pegi kanan menuju ke Pulau Ubin.

Suasana dalam bas double decker, orang depan ni semua pegi situ jugak

Dah nampak boat-boat bersidai..

Bila sampai situ nak kena duduk dulu tunggu naik bumboat nak ke seberang. Diaorang akan tunggu sampai 12 orang penumpang baru akan bergerak. Since aku sampai takda orang jadi aku terpaksalah duduk menunggu yang lain. Nasib baik tak lama sangat dalam setengah jam kitaorang dah cukup orang jadi pagar pun dibuka. Naik bumboat ni kena bayar SGD2.50/pax one way. Perjalanan atas air memakan masa lebih kurang 10-15 minit. Bolehlah tak boring sangat tengok sungai dan  boat-boat lain sambil enjoy view kat situ.

Kena tunggu duduk kat kerusi sampai cukup korum
Abang driver boat

Dah sampai kat jeti Pulau tu, aku terus berjalan dan dari jauh entrance tu dah nampak. Aku kiranya nak rent basikal untuk aku pusing kat pulau tu. Ada banyak kedai sewa basikal kat pintu masuk situ sukahati kita nak pilih. Aku ambik basikal yang ada bakul cost SGD6 untuk sehari. Boleh testing dulu sebelum decide takut tayar pancit ke atau handle rosak ke. Lepas satisfied dengan condition basikal tu, aku bayar dan memulakan sightseeing kat situ. Orang kedai tu siap bagi map pulau tu dan suggest tempat-tempat menarik untuk dilihat seperti Chek Java dan temples serta shrines yang aku tak ingat nama.

Sampai akhirnya
Semangat pada mula nak pegi semua tempat, hangat-hangat tahi ayam je ni..
Deretan basikal untuk disewa, rambang mata jadinya
Akhirnya aku pilih ini, sesuai sangat..
Permulaannya aku memang penuh semangat kayuh basikal plannya nak ke Chek Java dimana boleh tengok view yang cantik kat situ. Selain aku, ada tiga empat orang lagi bersama-sama kayuh. Tapi makin lama kayuh, aku jadi bersendirian sebab teknik kayuhan tak sama dengan orang lain. Selain banyak berenti sebab nak ambik gambar, aku ni slow jugak sebab stamina tak cukup. Tulah, bersenam malas sungguh ada hati nak buat ekspedisi yang memenatkan. Ditambah pulak dengan naik bukitnya yang banyak memang aku semput nafas kayuh. Daripada jalan bertar masuk ke jalan tak berturap dalam hutan aku kayuh berseorangan. Tiba-tiba mind aku boleh terfikir benda yang pelik-pelik pulak kat situ dengan jalan yang sunyi yang ada bunyi cengkerik jer kat situ. Mulut aku mula terkumat-kamit baca Al-Fatihah, Surah Kursi serta bermacam surah pendek yang aku ingat. Memang aku ni penakut sungguh, kaki pulak walau letih tapi hati aku rasa nak cepat jer keluar dari kawasan sunyi tu. Luckily aku nampak signboard ke Chek Java dah tak jauh dan aku ingat nak berenti kat situ  tapi kes yang lain pulak timbul. Dari jauh aku nampak beberapa ekor binatang melintas jalan dan berehat kat situ tapi sebab mata aku rabun aku tak pasti sangat. Bila dah dekat sampai situ, Ya Allah, babi hutan rupanya berkeliaran. Bersopan pulak diaorang tengok kiri kanan sebelum melintas. Niat aku nak berenti kat situ terus terbantut dan aku dengan cepat kayuh basikal lalu jer kawasan tu. Takpelah, hati aku tak nyaman baik aku skip jer tempat tu walaupun dah penat gila kayuh.

Air mineral yang aku beli dah habis sebotol. Aku kepenatan dan perjalanan balik nak kena kayuh naik bukit yang banyak jugak. Last-last aku turun dari basikal dan heret basikal sambil berjalan sebab dah tak larat. Tak sabar rasa nak balik ke jetty. Lepas fikir sekejap aku decide nak skip semua attraction kat situ sebab aku dah rasa mual serta air dah habis. Walaupun rugi since dah kat situ tapi aku fikir positif jer kesihatan lebih penting sebab aku ada 2 hari lagi kat Singapore ni. Next time boleh datang balik kot, insyaallah.. (macam banyak duit aku ni).

 Jalan kosong, only me n my pink bicycle
On the way balik jetty spot lake ni, tak tahu apa nama
Terduduk kepenatan kat sini lepas sampai, adoi time ni memang dah nak muntah
Aku sampai kat kedai basikal tu aku terus lega. Perasaan mual dan pening tu makin kuat dan aku cepat-cepat duduk ambik angin kat tepi sungai. Memang nak termuntah tapi aku cuba sedaya upaya control. Bagi balik basikal kat kedai tu aku cepat-cepat nak balik jeti tunggu bumboat balik ke Changi Jetty. Waktu bagi balik basikal tu orang kedai tu siap tegur aku terkejut tengok aku cepat jer dah balik. Malas aku nak explain panjang lebar aku senyum jer cakap rushing pegi somewhere.

Tunggu kat jeti tak lama kami dah cukup 12 orang terus naik boat. Seperti biasa, bayar SGD2.50 kat tuan punya boat tu dan enjin pun start running boat bergerak meninggalkan Pulau Ubin. Sampai jeti balik tak boleh terus keluar sebab ada kastam check kena scan barang personal dulu kat situ. After everything done terus direct pegi station bas tunggu bas Nom.2 balik ke Tanah Merah station. Tak lama bas pun sampai aku segera masuk. Since aku ada tourist pass aku tak risau dengan harga tambang bas tu. Sampai kat stesen Tanah Merah, turun kat situ naik pulak MRT nak balik ke hostel. Aku tengok jam dah pukul 1.30pm memang dah cukup masa aku lunch. Kiranya aku nak berenti kat mana-mana stesen dalam laluan takut angin masuk perut pulak. Naik MRT kat situ aku decide nak turun kat stesen Eunos. Disitu, aku pegi mencari kedai makan yang available dan terdekat sebab perut dah lapar. Memang aku bertuah, sebelah stesen tu ada food hawker center yang pilihan makanannya agak banyak. Aku pegi duduk kat tempat kosong terus order 2 main meal. Memang tamak punya pasal time tu aku tak peduli. Nasib orang tamak memang tak baik. Aku tak dapat habiskan makanan kat situ, baru nak rasa menyesal. Nak bungkus aku tengok alang-alang jer yang tinggal. At last ada abang tukang ambik bekas pinggan atas meja tu aku suruh ambikkan makan situ sebab masih bersih lagi.

Sedap makanan kat kedai ni..
Nasi ayam penyek SGD4.50
Carrot Cake SGD3.50

Lepas settle semua aku pun menapak balik ke stesen MRT nak balik ke hostel. Cuaca memang panas terik aku tak tahan rasa menyengat kulit. Setengah jam kemudian, aku sampai bilik terus mandi dan terlentang atas katil keletihan. Sampai bilik aku tengok katil atas aku dah berpenghuni dan ada beg letak kat situ. Aku tak larat nak berkenalan dulu jadi aku terus buat urusan penting iaitu tido.. kroghhh..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...