Minggu lepas aku pegi berjalan tapi taklah jauh sangat Singapore jer. Kiranya aku nak jalan secara murah jer sebab tetiba keinginan nak kesana membuak-buak tak tahu kenapa.
22 Ogos 2013:
Aku bertolak ke Singapore menggunakan flite AirAsia dari Kuching. Tiket yang baru je aku beli 2 minggu yang lepas tanpa fikir panjang. Hati aku kuat jer nak pegi bila tengok harga tiket jadi aku pun terus sambar. Ini merupakan trip kali kedua aku kesana. Before ni aku pegi pada Oktober 2010 tapi time tu aku berteman. Kali ni aku pegi sesorang. Kononnya nak mendalami jiwa sendiri sebelum aku tranfer next week. Kiranya aku nak enjoy sakan dan menggunakan masa ini menyelami diri aku sendiri lah serta mencabar diri yang selalu kurang berkeyakinan.
Sampai Changi International Airport pukul 11.05am. Disebabkan aku sorang jadi aku pun berlenggang jelah berjalan-jalan kat situ cari arah tujuan. Sempat aku reload EZlink card SGD10 yang dipinjamkan oleh kawan aku kiranya kemudahan nak menggunakan public transport kat sini. Tengok-tengok pukul 1 lebih petang tu baru aku sampai ke hostel aku menginap. Entah apa yang aku buat lama sangat padahal tak jauh pun hostel tu guna MRT. Direction pun tepat takde sampai tersesat.Tempat tinggal aku kat sini namanya Shophouse the Social Hostel kat area Bugis MRT station.Tempat ni aku pilih lepas korek-korek orang lain punya blog serta review yang agak okay jugak daripada pengunjung yang pernah menginap kat sini.
Rooftop tempat breakfast |
After chekin ingat nak merehatkan badan kejap tapi fikir balik perut lapar dah tengahari jadi lepas kemas sikit-sikit barang aku pun memulakan perjalanan mencari makanan. Jalan-jalan kat situ ternampak satu cafe ni bersebelahan je dengan lorong hostel aku ni namanya Kpg Glam Cafe. Tengok menu yang ada macam menarik jadi aku pun orderlah. Rupanya order tak available lagi until 4.30pm tauke tu cakap. Nak tak nak kena ambik nasi campur jugaklah jawapnya. Nasib baik sedap dapatlah mengalas perut. Harganya pulak ok dalam SGD6.50
Perut dah kenyang aku pun startlah berjalan-jalan kat area situ. Ada nampak Sultan Mosque, pastu jalan lagi nampak Malay Heritage Centre. Perasan banyak betul budak-budak sekolah kat sini.. Diaorang buat rombongan belaja sambil berjalan ni.
View kedai makan dari jauh |
Dah nampak Sultan Mosque |
Kanak-kanak sekolah tengah buat aktiviti depan Sultan Mosque |
Confirm aku nak pegi ni.. |
Aku jalan-jalan tengah panas bukan saja je nak menghitamkan diri tapi nak kill the time sebab aku nak pegi ke Singapore River petang tu. Kalau sampai sana awal sangat cuaca masih panas terik. Tapi entah betul ke tak aku fikir sebab takda beza pun aku masih jugak berpanas di Bugis area ni.. ish ish ish.
Singapore River, One Fullerton & Merlian Park:
Pukul 4pm macam tu aku gerak balik ke MRT nak pergi mencari Merlion yang terkenal tu. Mula-mula sampai ke stesen Raffles Place tu aku terkaku kejap sebab tak tahu nak kemana. Bawak je kaki berjalan last-last aku jumpa jugak tapi memang jauh perjalanan aku sepanjang petang tu. Habis satu sungai tu aku tawaf.. At last aku dah notice walking pace aku makin slow dan dah terasa lenguh. Tapi sepanjang jalan kaki tu aku lalu banyak kawasan seperti One Fullerton, BoatQuay, Cavenaugh Bridge dan segala area yang hujung namanya "Quay" tu.
Cavanaugh Bridge katanya.. |
Cruise kat Singapore River tapi aku tak naik pun |
Inilah rupanya Stamford Raffles, oohhhh.. |
Susah betul nak cari port takde orang kat sini |
Aku sampai jugak kat Merlion Park tu at last tapi kaki aku memang almost kejang. Nilah akibatnya kalau jarang bersenam. Mak kau, banyak sungguh manusia kat sana masing-masing nak ambik gambar dekat singa tu. Aku pulak nak cari port yang best memang tak akan dapat jadinya ambik jelah gambar secantik yang boleh. Since aku dah kat sana, aku pun duduk kejap kat situ ambik angin sambil tengok orang-orang kat situ. Lawak sungguh diaorang ni, try macam-macam posisi dengan si singa tu. Time tu aku tengok jam dah 6.15 petang. Cuaca pun dah tak sepanas sebelumnnya. Kiranya aku nak gerak ke Marina BaySand nak pegi kat tempat paling atas tu. Tengok kaki aku dah okay sikit aku pun angkat punggung patah balik ke stesn MRT terdekat tu, Raffles Place. Jalan yang aku guna nak ke Marina BaySand:
Naik MRT menghala ke Marina Bay stesen. Turun kat situ tukar stesen Circle Line pulak naik MRT nak ke Bayfront. Berenti kat stesen Bayfront pastu ikut petunjuk nak ke Marina BaySands.
Marina BaySand Skypark Observation Deck:
Sampai sana aku terkedu tak tahu nak kemana sebab besar sangat tempat tu. At last tanya orang baru tahu pergi ke Tower 3 pastu keluar dari bangunan nampak escalator turun bawah akan jumpa kaunter jual tiket nak ke Skypark. Panjang betul que kat sini.. Aku sebab dah determine jadi tak nak giveup berbaris kat situ. After berbelas minit sampai jugak turn aku. Beli tiket harga SGD20 pastu terus pegi jumpa bonzer kat sebelah ambik gambar kejap then naik lif tingkat 56 direct ke level paling atas. Gambar ni wajib ambil kalau berkenan boleh beli kat atas nanti. Harga tiket ni hanya untuk observation deck jer. Swimming pool kat sebelah hanya untuk guest hotel jer.
Ni que selepas 10 minit aku berbaris, masih panjang lagi kan.. |
Finally, dapat jugak aku tiket.. |
Pandangan sebelah petang |
Aku berlegar-legar kat atas sampai hari memang dah gelap. Kebanyakkan aktiviti aku atas tu jadi photographer tak bertauliah untuk orang lain kat situ. Tengok jam pukul 7.45pm memang sesuai sangat nak turun sebab aku nak tengok show kat bawah pulak.
View bila malam menjelma, cantik betul |
View bila dah turun bawah |
Wonder Full Light and Water Show:
Pertunjukan ni kalau tak silap aku dibuat dua kali tiap-tiap malam. Pukul 8pm dan pukul 9.30pm. Kalau nak view cantik, pegi awal-awal kat kawasan depan Marina BaySand ni menghadap sungai yang dekat dengan Louis Vuitton Building. Disebabkan ia free, maka expect dah ramai orang dok terjongok duduk kat area situ. Nasib baik aku jumpa port yang baik untuk menikmati show tu. Show ni diaorang akan mainkan music, lampu-lampu macam laser kot, pastu ada percikan air. At very last show, akan ada bubbles berterbangan kat atas kepala yang aku tak tahu dari mana datang tapi sungguh indah sekali. Show ni lebih kurang main dalam 15 minit je tapi worth to see.
Lepas habis show, aku pun nak gerak balik ke hostel. Kaki aku memang dah lenguh dan badan pun penat tahap gaban. Boleh sampai satu tahap kat stesen MRT tu aku terlanggar satu mat saleh ni sebab jalan dah terhoyong-hayang. Sampai je kat Bugis Stesen tu, aku jalan menuju Kpg Glam Cafe lagi untuk dinner sebelum balik hostel since aku terasa nak order makananlah pulak. Memang sedap masakkannya..
Mee Bandung Seafood & Milo Ice, Perghh sedap!! |
Habis makan, aku jalan kaki balik hostel sebelah, mandi dah terus terpengsan atas katil sampai pagi esoknya..
No comments:
Post a Comment