Dah lama betul aku tak update cerita kat sini sejak Bali hari tu. Memang lepas tu aku sibuk dengan exam pas tu nak balik ke stesen asal pulak banyak urusan yang tertunggak. Ni dah nak dekat bulan puasa baru ada reda sikit kesibukannya.
Hujung minggu lepas aku pegi tarik cousin aku pegi ke Serikin. Memandangkan hari Ahad tempat tu bukak lagi sampai tengah hari. Aku dah lama tak pegi sini last pegi rasanya tahun 2010 kot. Jadi aku berkira nak kesini sebab nak beli telekung dimana kawan-kawan cakap murah boleh tawar kat sini.
Serikin ni merupakan kawasan border antara Indonesia dan Sarawak. Lokasinya di daerah Bau, Kuching. Pedagang dari Indonesia akan datang sini menjual pelbagai barangan dan bestnya kita boleh bargain dengan diaorang. Buka pulak hujung minggu jer. Kalau Sabtu dari pagi sampai malam manakala Ahad dari pagi sampai tengahari.
Aku baru balik keja pukul 7pagi tu terus cepat-cepat balik rumah mandi, breakfast koboi terus gerak balik ambik cousin aku. Punyalah frust ingatkan sampai dia dah ready tunggu aku pulak aku yang terpaksa tunggu dia sebab belum mandi lagi. Kalau aku tahu baik aku slow and steady jer kat rumah tadi.
Kitaorang gerak dalam pukul 9.15pagi. Perjalanan ambik masa lebih kurang 1jam jugak ditambah dengan aku yang bawak kereta ala-ala pakcik makcik jadinya kami sampai Serikin pukul 10.30pagi tu. Belum lagi tengahari tapi panas kat situ dah terasa. Nasib baik aku dah siap awal-awal bawak topi dan sunglasses tapi tetap tak cukup jugak. Bertahan jelah dengan panasnya. Untuk info, masuk parking kat sini kena bayar RM2 per entri padahal tempatnya open space je pun. Pandai diaorang ni kaut untung dan aku tengok orang tukang ambik bayaran tu macam Indonesian jugak.
Kawasan parking kereta |
Imagine betapa panasnya kat sini..fuh |
Macam kat pasar minggu pulak aku rasa kat sini |
Kitaorang jejalan sampai hujung pasar tu pastu patah balik. Berabis shopping kitaorang singgah lunch dulu kat gerai makan di situ jugak since dah lapar plus haus tahap gaban. Pengusahanya orang Sarawak tapi makanannya ada mahal sikit dari yang dijual kat bandar Kuching. Aku order Nasi Ayam Penyek RM9, cousin aku pulak Mee Kolok RM5. Maunya tak mahal tu, nasib baik rasa agak sedap.
Lepas makan, kitaorang gerak nak balik rumah tapi singgah kat satu tempat ni aku tak tahu apa namanya. Tanya pakcik berjual kat situ dia sebut dalam bahasa cina aku susah nak tangkap. Since aku selalu lalu tempat ni aku decide nak singgah sekejap sebab nampak menarik jugak tempat ni. Mula-mula cuak nak masuk sebab nampak banyak colok kat situ tapi pakcik tu cakap boleh jer masuk nak tengok-tengok. Tu memang tempat sembahyang untuk Buddha tapi memang dah jadi tourist attraction jugak. Banyak jugak orang yang datang tengok kat situ. Tempat ni di persimpangan antara nak ke Fairy Cave dan ke Serikin. Kalau nak ke Serikin, korang akan masuk ke kanan menuju ke Serikin kat simpang ni. Tengok sebelah kiri nampak gua tulah tempat ni.
Sayangnya di tulis nama tempat ni dalam tulisan cina, tak faham lansung!! |
No comments:
Post a Comment