Pages

Tuesday, 25 June 2013

Bali Here I Come: Day 3

Continued from Bali Here I Come: Day 2

Assalam semua..

Pagi hari last tu aku bangun agak lewat. Saje nak bermalas-malasan atas katil. Tapi tu pun tak dapat lama, aku gagahkan diri jugak bangun dan bersiap nak keluar. Program aku ari ni bertumpu kat bandar ni jer since aku dah malas nak sewa motor lagi jalan jauh. Lebih kurang pukul 8pagi tu aku gerak nak ke Pantai Kuta. Before tu aku just minum air mineral dan bekalan roti aku beli semalam jer. Cukuplah tu aku fikir nanti kalau lapar boleh singgah makan kat situ-situ jer. 

Walaupun pagi minggu tapi kedai kat tepi jalan masih tak bukak lagi. Aman sedikit dunia aku rasa jalan pepagi tu takda peniaga yang panggil dan ikut kita ajak masuk masuk kedai. 

 

Sampai kat pantai tu, aku tengok dah ramai jugak manusia kat sini. Ada yang berfamily, ada dengan couple, kawan dan ada jugak yang sorang-sorang macam aku. Awal pagi dah tengok orang surfing kat situ. Cuaca pun okay matahari tak naik lagi time tu. Aku pun buatlah aksi biasa jalan-jalan pijak air sikit-sikit pastu duduk kat pasir tengok gelagat orang kat situ. Memang seronok jugak even sometime aku gelihati tengok ragam manusia kat sekeliling tu.

Kaki aku dah pijak Pantai Kuta, heheh..
Punyalah dia ni posing sakan, aku pun snap seronok tengok gelagat dia
 
 

Pagi tu aku bangga jugak dengan diri sendiri sebab aku menyisir Pantai Kuta tu dari satu hujung ke hujung satu lagi. Sebabnya, selepas beberapa hari aku kat sini, baru last day ni aku ada chance nak lepak kat pantai ni betul-betul. Atleast aku boleh cakap "I was Here" lah kan..Lama kat situ pastu tengok hari makin panas, aku angkat pegi kiranya nak pegi breakfast kat situ. Jalan-jalan aku masuk Pizza Hut sebab tengok gambar banner menarik jer menu breakfast dia. Aku pilih menu Omelette n French Toast sekali dengan Vietnamese Coffee harganya IDR51 ribu. Rasanya bolehlah lagipun menu tak sama yang kat Malaysia.  



Perut dah kenyang aku kira nak round lagi satu bandar ni jalan kaki. Ceh, determine betul time tu pastu nanti merengek sorang-sorang tak larat. Apapun dengan semangat yang kental aku jalan menjelajah satu jalan ke jalan yang lain. Sampai kat satu simpang kat jln Legian aku tengok macam ada satu monumen pastu ada orang ramai kat situ. Aku pegi tengok rupanya tu adalah Monumen mangsa pengeboman Bali yang berlaku tahun 2002 dulu. Kawasan yang berlaku pun sekitar situ jugak dimana terdapat banyak bar dan kelab malam. Nak tahu lebih lanjut pasal pengeboman tu boleh korek kat sini Bali Bombing 2002.

Aku kat situ sekejap boleh terasa syahdu jugak. Yelah, banyak nyawa civilian yang melayang gara-gara perbuatan radikal manusia yang berfikiran sempit. Bagi aku, "We are no judges of character". Diri sendiri banyak kelemahan dan kesilapan diri yang perlu diperbaiki.


Aku tak sedar jalan-jalan dah nak dekat pukul 12tgh hari. Aku bergegas balik ke inn sebab perlu checkout. Nasib baik inn tak jauh jadi sempat jugak aku sampai pastu mandi (sebab badan dah peluh sangat berjalan) dan checkout. Diaorang ni memang strict giler pasal time checkout sebab tak nak rugi. Memandangkan flite aku awal malam tu aku tinggalkan backpack dulu kat situ sebab nak lunch dulu kat Kuta tu before pegi airport. Aku tanya kat receptionist tu kalau nak guna motorsikal hantarkan ke airport berapa diaorang charge. Dia cakap IDR40 ribu. Aku punyalah nak jimat duit terus ambik sebab kalau nak guna teksi mahal (sebab aku dah terkena aku taknak guna lagi teksi diaorang). Jadi, kitaorang janji pukul 3ptg tu dia tunggu aku kat situ hanta pegi airport. 

Walaupun aku ada masa yang singkat, aku try nak gunakan sepenuhnya jalan-jalan lagi kat tempat yang aku tak pernah jejak before ni. Panas yang membahang memang aku dah tak peduli. Tak pakai payung ataupun topi lagi tu. Mula-mula berkira jugak takut gelap tapi fikir balik kalau takut baik tak payah jalan. Nilah masanya nak merasa cuaca diaorang. Dah sampai Malaysia nanti baru pegi facial 24jam nak putihkan balik kulit, nah ambik kau, hihi..

Ada lagi gambar kuda kat sini, suka betul aku nengok diaorang
Salah satu bar kat Legian road, hanya hidup waktu malam jer
Jalan-jalan aku berenti singgah lunch kat KFC lagi. Kali ni try set ayam Yakiniku dia tapi tak berapa sedap bagi aku harganya IDR49,500. Pastu tu aku singgah window shopping kat mall diaorang. Kali ni memang tak beli apa-apa sebab tak ada keinginan just nak tengok jer. Before balik inn tu, aku sempat jugak pegi buat foot massage lagi kat satu kedai tak jauh dari KFC. Kali ni mahal sikit dari semalam dia charge IDR65 ribu sekali dengan belakang untuk satu jam. Aku part massage kaki ni memang tak boleh reject. Jadinya, aku tertido kat situ sambil merasa kesedapan diurut kaki oleh cewek Bali.


Makan sudah, massage sudah, jalan pun sudah aku perati jam dah pukul 3ptg. Time to go now, aku fikir terus balik ke inn tadi ambik beg dan naik motor ke airport. Punyalah jalan kat Kuta ni sibuk nasib baik aku pakai motor. Betul jugak aku tak ambik teksi tadi. Kalau tidak berejam lamanya aku tersekat kat jalan situ kot. Yang si drivernya pun terrer jugak bab curi jalan ni tu yang aku check sampai kat airport dalam 15minit jer. Aik, laju gila mamat ni bawak. Terpaksalah aku jadi kayu ni nak perabis masa while waiting for my flite malam nanti.

Sampai kat airport, aku cari tempat lepak dan ternampak Starbuck tak jauh tempat entrance airport. Lepas cari port baik, aku pun tunggu disitu sampai jam 6ptg. Since aku dah checkin awal lagi waktu kat Malaysia dulu, aku tak rushing nak masuk departure hall. Lagipun aku takda luggage nak didropkan kat kargo. Masa yang ada tu aku guna meronda satu airport ni. 


Pukul 7mlm tu aku masuk nak ke departure hall. Sampai satu kaunter before imigresen, staf kat kaunter mintak bayar IDR150 ribu. Terkejut aku, tanya kenapa rupanya airport tax. Nasib baik aku tak belanja habis duit indon kat sini. Kang dah kena, nilah jadinya kalau tak buat studi menyeluruh sebelum pegi ari tu.



Flite depart dalam pukul 9.20mlm. Macam biasa balik ni pun guna AirAsia jugak. Landed kat LCCT dalam pukul 12.20am. Macam tak percaya yang aku dah sampai kat KL sebab fikiran masih menerawang lagi teringat Bali. 

Aku rasa trip kali ni memang tak cukup sebab masih banyak tempat aku ingin nak pegi tapi tak sempat due to time constraint. Kalau rezeki ada lebih nanti konfim Bali ni aku nak pegi lagi. Kenyataannya pemandu teksi disini akan try nak rip kita sebanyak mana diaorang dapat, peniaga akan letak harga setinggi yang diaorang boleh. Pepandai sendiri nak outcome diaorang ni. Apart from that, Bali is a nice place to go, dengan pantainya yang cantik, penduduknya yang ramah, budayanya yang unik serta persekitaran yang nyaman. 

Aku rasa nilah wrapping cerita pasal Bali ni. Beberapa hari kat sana memang tak cukup, aku ulang balik tak cukup!! Nyesal aku ambik short trip ajer, uhuk uhuk...










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...