Pages

Tuesday, 16 July 2013

Break the Fast di Regency Rajah Court


Hari ni dah 7 hari berpuasa. Semalam buat first timenya puasa tahun ni aku pegi berbuka kat luar dengan kakak-kakak dan abang aku. Memang takda plan lansung tapi since aku rasa hati tetiba nak makan mewah sikit (amboi...) aku pun ajak diaorang pegi kat satu hotel ni. Cari punya cari aku jumpa hotel Regency Rajah Court yang nampak menarik jadik aku pun siap booked untuk 4 orang. Menariknya sebab harga yang agak murah sikit compare to hotel-hotel yang lain di Kuching ni iaitu RM48 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Stail dia adalah buffet dari 6pm sampai 9.30pm.

Since waktu berbuka pukul 6.54pm, jadi kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 6 petang. Ingatkan ngam ngam sampai terus berbuka taklah tunggu lama sangat kat situ menghadap makanan yang nampak menyelerakan. Tapi, abang aku bawak laju sangat kot atau jalan tak berapa jammed, jadinya kami sampai situ 15 minit kemudian padahal normal duration nak dekat 25 minit jugak. 

Aku tak pandai sangat history tapi yang aku tahu nama hotel ni diambil sempena founder dan pemerintah Sarawak yang pertama iaitu Charles Brooke. Masuk kat dalam restorannya akan nampak gambar-gambar Brooke's guy ni dipampang kat wall dia. 

Disebabkan aku lebih sibuk nak mencuba makanan, jadi tak banyak gambar makanan yang aku ambik. Nak ambik lepas makan pun dah tak best sebab dish dah kena kacau. 

 
Decoration at every table, nice purple
Area makanan berasaskan kerabu
Ulam-ulaman, tapi aku tak makan pun dah full sangat
Its Jelly!! yum yum
Inilah dia muka one of the Brooke's family
Overall, makanan dia sedap dan mostly adalah citarasa melayu dan masakan kampung. Cuma sedikit western food disediakan tapi itu bagi aku pun dah cukup. Pelayan diaorang pun okay sentiasa tersenyum serta cepat respond dengan customer. Cuma, surau dia takde telekung jer. Dengan harga yang dikenakan, aku rasa berbaloi jugaklah kalau sesekali nak merasa bukak puasa kat hotel. Kalau teringin nak ke sana buffet ni akan berlanjutan sampai 4 Ogos nanti. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...