Pages

Wednesday 19 June 2013

Bali Here I Come: Introductory

Assalam..

Rasa tak sihat pulak kebelakangan ni, selesema ngan sakit tekaklah pulak. Sempat tadi pegi klinik jap jumpa doktor bersin banyak kali depan dia. Nasib baik doktor tu cool jer. Takpe kan doktor, peel pesakit memang gitu. Yang penting aku dah dapatkan ubat dan benda-benda lai yang berkaitan (hehe.. paham-paham jelah yer).

Actually, aku ni baru balik dari Bali dua hari lepas. Rasanya perubahan cuaca kot tu yang aku ni jadi tak sihat semacam. Since sekarang ni feel masih excited lagi nak cerita jadi aku pun terjongok depan ni nak buat log pasal Bali.

Aku pegi Bali ni sorang-sorang lepas terpandang kat website Air Asia ada tiket murah ke Bali jadi aku terus sambar jer.Mak kau, macam orang kaya betul aku ni, sukati jer keluar duit kalau pasal nak travel. Hehe, aku ni jenis orang yang tak fikir panjang. Kalau hati aku dah nak memang jalan jer semua walaupun tak plan apa-apa. Tiket ni aku beli dalam 2 bulan lepas.

Maka, pada petang 13hb Jun ari tu aku pun gerak ke LCCT airport. Sebab aku dah siap checkin awal jadi taklah berebut sangat nak ke airport. Bag yang aku bawak pun satu jer bagpack. Pegi pun untuk 4 hari jer jadi takde bawak banyak sangat barang. Yelah kan, tujuan aku nak jalan-jalan kat sana tengok tempat orang, shopping memang bukan style aku sangat. Aku budget pun RM700 macam tu jer. Tupun kawan-kawan dah cakap banyak sebab pegi sekejap. Caya tak, hanya sehari before pegi baru aku nak terhegeh-hegeh guna si Google ni nak tahu tempat-tempat menarik di Bali secara serius. Cari accommodation lagi satu hal. Mula-mula aku ingat nak main redah jer tapi fikir balik sebab flite aku tengah malam baru sampai better aku booking jer dulu dari sini. Cari punya cari aku jumpa Guess House Hostel dapat dalam 108ribu rupiah semalam. Aku grab untuk semalam jer sebab takut tempat tu tak best.

Flite pukul 8.20pm tapi delay sampai pukul 9pm baru takeoff. Krew kapal cakap sebab kelewatan tiba dari Bali nya.. Lupa pula nak cakap, pegi ni aku naik Indonesia AirAsia. Takde beza sangat pun cuma krew-krewnya orang Indonesia dan menu-menu kat kapal ada tambahan menu Indonesia. Aku tak makan pun sebab kenyang lagi makan kat airport. Sepanjang flite tu aku bantai tido je. Maklumlah perjalanan dah ambik masa 3jam ditambah bertolak pulak lewat memang sampai ni lebih pukul 12 aku kira. Mula-mula masuk kat kapal dah ada sorang matsaleh tanya aku nak tukar tempat tak dengan girlfriend dia sebab seat girlfriend dia dapat jauh dari dia. Amboi!!, kalau nak duduk sama belilah seat tu awal-awalkan. Tapi aku ni cakap dalam hati jer, hihi..Nasib baik aku ni tak kisah duduk kat mana-mana. Dengan budi bahasanya aku pun cakap no problem menunjukkan kesantunan rakyat Malaysia. Ceh, Berpatriotik pulak aku ni. Atleast couple tu berterima kasih banyak kat aku, senang hati aku sikit. Hihi.. tak ikhlas jer bunyi nya yer..

Perjalanan yang panjang tu memang aku tak terasa sangat. Tambahan lampu cabin digelapkan jadi suasana yang sedap nak tido. Tinggal seat tu jer yang tak selesa. Nak buat macam mana kan, mesti tido jugak sebab nak kumpul energy berjalan kat tempat orang nanti. Agak-agak satu jam kapal berlepas aku tengok sorang stewardess tu mula mendistributekan kertas kat semua passenger. Aku ni memang jakun tak tahu apa. Bila sampai tempat aku barulah aku perasan. Ala, arrival n departure card rupanya. Kena isi awal-awal supaya tak berebut nanti bila dah sampai kat terminal Bali. Selepas tu, aku dah tak ingat apa yang berlaku sebab dah melayan mata yang berat.

Aku start sedar bila dengar announcement dari krew kapal cakap dah nak landing. Aiyo, memang tido matilah aku. Agak-agaknya kalau aku berdengkur ni memang aku tak tahulah, hehe.. Tengok jam pukul 12am tepat bila kapal landed. Aku tengok mostly passenger mengisat-isat mata yang mengantuk termasuk aku. Dengan langkah yang lemah-longlai aku berjalan keluar dari kapal mengikut jer rombongan orang ramai ni. Sampai jer kat bawah aku tengok ramai orang naik bas jadi aku pun ikut jer lah. Rupanya tu adalah bas AirAsia yang ambik passenger dari kapal ke terminal building. Tak lama pun, dalam 2 minit naik bas dah sampai. Tak panas pun punggung aku duduk kat situ.

Bas AirAsia yang hantar ke terminal
Yea!! Im in Bali

Sebab ini first time aku ke Bali, jadi nampak sangatlah rusanya aku ni. Sampai kat terminal mata aku melilau tengok ukiran kat pintu gerbang diaorang yang bercirikan Hindu. Itupun aku tahu sebab Si Google dan kawan-kawan cakap kat sini mostly penduduknya beragama Hindu. Pastu boleh pulak aku pegi berbaris kat kaunter Imigresen khas untuk foreigner. Kalau diikutkan, aku ni dikira foreignerlah kan. Jadi, straight jerlah kaki aku melangkah kat situ. Punyalah panjang que ditambah pulak dengan beg aku yang berat tu memang tak tahan lah. Aku toleh kiri kanan suddenly aku perasan ada satu group backpackers dari Malaysia (aku tau sebab aku curi tengok frontpage passport diaorang kat dalam kapal) bypass jer tempat aku berbaris tu. Aku rasa peliklah pulak jadi baru mulut aku ni ringan nak bertanya kat pakcik guard situ. Rupanga Malaysian tak perlu pegi kaunter foreigner tu. Dia ada kaunter imigresen untuk negara-negara ASEAN. Adoii.. aku rasa nak menghempap beg kat lantai. Apa punya bodoh tak nak tanya awal-awal kan dah kena berbaris panjang takde hasil. Patutlah aku tengok takde muka-muka asean kat tempat aku beratur tu, semuanya muka mat n minah saleh.

1st time sampaikan, aku grab semua yang kat atas nie, memang kasi berat aku punya beg pastu.

Aku berjalan kat kaunter tu tengok tak ramai orang pun. Selesai urusan imigresen aku terus keluar dari situ ingat nak cari teksi pegi hostel. Kawan aku pesan kluar airport terus pegi belah kanan cari kaunter teksi airport. Jangan layan taxi driver yag bersepah kat luar terminal sebab diaorang akan charge mahal. Aku pun ikut jelah pesanan dia. Tapi, kalau dah namanya perangai aku ni yang memang lemah semangat, pesan bagai nak rak pun terkena jugak. Kluar jer aku dari terminal tu, datang 2 3 orang taxi driver tanya aku nak kemana. At first aku tak layan ler terus jer pegi cari kaunter teksi kawan aku cakap tu. Ada sorang pak teksi tu mengikut jer aku dari belakang masih memujuk aku naik taxi dia. Aku dahlah mengantuk, letih bawak beg berat rasa nak tak selesa betul dengan pak taxi tu. Sampai jer kaunter taxi tu, alamak... kaunter dah tutup. Patutlah, dah lebih pukul 12, mana ada kaunter tu bukak. Memang nasib aku ni kena naik taxi jugaklah nampaknya aku fikir. Tanya kat pak taxi tu nak pegi area hostel aku, dia cakap pricenya 200ribu rupiah. Amboi!! mahal gila dia letak. Aku ingat hostel tu cakap rate taxi sepatutnya 80ribu kalau siang. Aku pegi mintak kurang kat dia, dia cakap boleh bagi 170ribu. Aku try mintak lagi at last baru dia setuju nak bagi 150ribu tak boleh kurang lagi dari tu. Aku pun dah penat terus setuju masuk taxi dia pegi hostel aku tu kat area Seminyak.

On the way pegi hostel aku tu teksi tu lalu kawasan Tuban, Kuta dan Legian. Tupun sebab pak supir tu cakap. Pukul 1am masih aku tengok happening lagi jalan-jalan kat situ dengan manusianya duduk-duduk minum kat warung. Dia cakap tempat aku stay tu jauh sikit dari Kuta tak sehappening macam tempat yang aku nampak sekarang. Aku pun fikir takpelah, memang niatnya nak berjalan tengok tempat baru jadi Seminyak pun Seminyaklah.

Sampai jer area Seminyak tu teksi tu cepat jer turunkan aku kat depan hostel tu. Memang tepi jalan tapi sebab dah lewat jadi nampak sunyi sikit. Tak jauh dari situ aku tengok ada beberapa orang cowok duduk lepak-lepak dengan motosikal diaorang. Aku ni penakut sebenarnya tapi dah di tempat orang terpaksa buat-buat berani. Dengan coolnya aku pegi masuk hostel tu nak checkin. Nasib baik aku dah siap bagitau awal-awal kat diaorang yang aku ni checkin lewat jadi receptionist dia dah maklum akan kedatangan aku.

Lepas selesai urusan checkin dia bagi kunci bilik aku dapat kamar yang ada 6 buah katil untuk female only. Cukup ok untuk aku tak payah susah-susah jaga aurat. Memang kalau boleh nak yang ada perempuan semua jer, tapi kalau xde choice aku boleh terima jugak shared dengan lain jantina sebab urusan tukar bajunya aku buat kat bilik mandi. Masuk kat bilik aku tengok gelap dah ada 3 orang penghuninya dah tido. Aku try buat semua keja dengan gentle dan quiet, tapi dah namanya aku ni tak nampak dalam gelap pastu cari barang-barang memang akan buat bunyi bising jugaklah. Hajat nak bersihkan diri sebelum tido. Aku tengok yang lain tu macam terganggu jer, mintak maaflah kat diaorang time tu..

Boleh nak dijadikan cerita lepas aku mandi dan tukar baju aku try masuk bilik swap card yang dibagi tu. Try tiga empat kali tak dapat aku dah panik. Kenapa tak dapat masuk bilik pulak ni? Terpaksalah aku pegi kat kaunter mintak tolong kat receptionist tu. Dia temankan aku naik bilik dan korang tau apa yang terjadi, rupanya aku swap card kat bilik lain. Patutlah tak dapat access, ceh.. bikin malu betul aku ni. Bilik aku D room, bilik yang aku try swap card tu C room. Ni mesti sebab ngantuk punya pasal, mati-mati aku ingat C tu bilik aku. Cepat-cepat masuk bilik terus naik katil pegi tido. Tak plan lagi nak buat apa esok kat Bali ni. Yang penting ni mata aku mesti tutup dulu, hihi..

To be continued...

Bali Here I Come: Day 1 (Part 1)











6 comments:

  1. Respect betul dgn kawan-kawan yang berani travel sorang..JM ni belum ada kekuatan lagi nk travel sorang pastu pulak..nanti tak ada org tlg ambilkan gambar..JM ni kan suka bergambar heeee...TETAPI..kekadang susah nk dpt travel partner yg sporting waktu travel tu..asyik berbalah je..so kalau di pikir balik..nk senang travel sendiri kan

    Enjoy betul baca strory ni...terutama part yg salah swap kunci blik tu eheheh...JM pun belum sampai Bali..kalau nk ke sana boleh refer sini nanti heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Saya ni penakut jugak sebenarnya tapi nak tak nak kena bawak hati berani sebab dah takde pilihan. Maybe JM should try travel sorang lepas ni. Ada bestnya jugak cuma part ambik gambar tu memang susah, hehe..

    ReplyDelete
  3. Hahhaa

    Part salah bilik is epic! It happened to me a lot of time. Once I was so panicky that I nearly cried! hahahhaa. Bali sounds fun, never actually have the chance to go there yet, maybe one day. Nice post! Suka baca, very witty and funny!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot for reading Rayyan, really appreciate it.. I jenis cepat nak gabra kalau dah unexpected thing comes, terus excited nak terlompat-lompat, hihi..

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...