Pages

Thursday, 20 June 2013

Bali Here I Come: Day 1 (Part 2)

Continued from Bali Here I Come: Day 1 (Part 1)

Assalam semua,

Hari ni baru rasa better sikit dari semalam. Tu pun aku tak ikut sangat cakap doktor ambik ubat sukati bila aku nak jer. Hehe, tanggung sendirilah jawabnya sebab malas sangat nak ambik ubat.

Sambungan dari hari pertama aku kat Kuta tu, lepas lunch kat Black Canyon Coffee tu, aku pegi wander kat jalan sekitar Poppies Lane 1 dan II tu cadangnya nak cari hotel murah. Yelah kan, dengan budget yang tak besar aku tak nak ambik yang mahal sangat ditambah lagi aku cuma guna untuk tido dan mandi. Sambil jejalan tu aku tengok kiri kanan kot-kot ada hotel yang menarik minat. Last-last aku sampai kat satu Inn ni dia bagi 120ribu rupiah semalam ada free wifi. Okaylah tu sebab aku dah penat sangat bawak beg berat plus cuaca panas terik memang dah tak larat nak cari lagi. Aku ambik jer bilik tu then diaorang bagitahu kalau nak boleh sewa speda sekali. Aku pun kira-kira takde rugi nak sewa speda since aku memang nak jimat duit dari guna teksi kalau nak ke tempat yang jauh sikit dari Kuta. Rate speda tu dia bagi kat aku 50ribu setengah hari. Aku ambik pukul 2pm tu kena hanta balik kat diaorang paling lewat pukul 2am nanti. Aku tak tahu rate ni mahal ke tak tapi time tu aku rasa berbaloi jer nak ambik. Jadinya, sampai kat bilik aku terus pengsan kejap sebab kaki dah rasa kebas, badan memang peluh habis. Nasib baik aku sesorang jer, jadi tak kisah sangat nak keluar balik pukul berapa.

Kedai-kedai sekitar Poppies Lane


Ada banyak graffiti macam ni kat sekitar jalan poppies ni, kreatif betul diaorang
Tempat aku stay first day

View dari depan pintu bilik aku, kecik jalan diaorang ni
Ni view dari sebelah kiri bilik aku
Aku terbangun nak dekat pukul 4pm. Lepas kemas-kemaskan diri aku cadang nak keluar pegi ke Uluwatu. Tapi kena ingat kalau dah sewa speda tu nak kena isi minyak dulu before berjalan sebab time kita dapat speda tu tangkinya memang almost kosong. Nak beli minyak tak susah, lalu je kat tepi-tepi jalan da kedai jual minyak dalam botol. Aku isi 2 botol agaknya cukup ke Uluwatu ni. 

Simple jer diaorang ni jual minyak motor
Banyak betul kuda ni kat Bali one way nak tarik tourist tapi comel jer diaorang
Perjalanan ke Uluwatu tak semudah yang aku sangka walaupun berbekalkan GPS. Jalan kat sini memang jam, walaupun pakai motosikal nak kena ada skill seluk-menyeluk tahap 8 kat sini. Banyak kali jugak aku berenti sebab salah jalan dan terpaksa buat u-turn balik ke jalan asal. Akhirnya, nak dekat satu jam ride baru nampak sign masuk ke Uluwatu aku lega. Punggung memang dah sakit duduk lama kat atas speda tu.

Kat sini bayaran parking spedanya 1ribu rupiah. Pastu entrance fee lagi sebanyak 30ribu rupiah. Ini tiket masuk ke Uluwatu Temple sahaja yer. Kalau nak tengok Kecak Dance kena bayar lagi 30ribu rupiah seorang. 

Masuk sini aku perasan banyak betul monyet berkeliaran. Siap diingatkan lagi kena jaga barang kita betul-betul sebab monyet kat sini ganas, diaorang suka rampas apa yang dia nampak. Umm, satu lagi sebelum masuk kat sini kita akan disuruh pakai kain ikat pinggang. Kalau pakai seluar pendek atas lutut nak kena pakai kain sarong sebagai tanda respect masuk temple ni.

Tak masuk entrance lagi dah ada sekor ni..


View Uluwatu waktu siang

Ni pemandangan waktu lepas senja. Tempta ada lampu tu diaorang perform Kecak Dance, huhuk..

Sampai selipar jamban pun dia ni sapu..


Aku menghabiskan masa melilau kat situ sambil tengok sunset. Hajat hati nak tengok Kecak Dance tapi disebabkan duit tak cukup, aku tak tengok pun. Rugi betul aku rasa nak nangis sebab tu main reason aku pegi kat situ. Boleh tak perasan yang aku tak pegi tukar lagi duit.Jadinya aku pegi tengok temple dan monyet-monyet kat situ.


Lama jugak aku kat situ sambil menghayati keindahan ciptaan tuhan dan menemani monyet-monyet kat situ. Tengok jam dah dekat pukul 8pm aku bergegas balik. Cuak jugak rasa nak ride balik dalam gelap dengan jalan yang tak tahu ni. Tapi, alhamdulillah sampai jugak aku kat Kuta selepas 40minit atas speda tu. Pertengahan jalan balik tu aku singgah makan kat satu kedai halal di kawasan Jimbaran. Aku ambik Ikan Bakar dengan nasi putih memang sedap sangat. Cuma satu aku perasan sambal diaorang ni semuanya pedas-pedas tak tertahan lidah aku.

Tempat makan ni kat Jimbaran tau
Inilah menu dia Ikan bakar yang sedap tu, memang licin sepinggan

Sampai Kuta, aku tengok masih awal lagi takkan nak balik bilik terus. Jadi aku pun meronda kat kawasan bandar di situ dan ternampak satu shopping mall ni ada liveband. Aku berenti kat situ sambil layan tengok liveband tu. Sedap jugak suara diaorang nyanyi ni walaupun group band tapi almost semua member dia boleh nyanyi. Aku tengok rata-rata audience kat situ sporting layan diaorang. Yelah kan, kalau jadi kayu jer baik tak payah nengok. 



Puas hati tengok diaorang, aku melangkah pegi pulak balik ke pantai Kuta. Kalau boleh aku nak habiskan minyak before bagi balik kat ownernya. Tak nak rasa nyesal nanti tak berjalan-jalan disini. Aku tengok pantainya gelap aku singgah situ kejap ambik angin laut. Ramai jugak orang kat pantai eventhough takda lampu jalan yang menerangi kat situ. 


View Kuta Beach waktu malam
Bila rasa badan dah penat sangat, aku pun angkat punggung balik ke inn aku yang tak jauh jugak dari situ. Sampai jer, aku handover kunci motor, naik bilik dan pegi mandi bersihkan diri. Penat memang tak payah cakaplah, tengok jam dah pukul 12tgh malam. Aku baring atas katil sambil try nak fikir plan untuk keesokannya pulak. Mengharapkan hari yang lebih exciting untuk aku hadapi esok, aku tertido dalam kepenatan.

bersambung..
 



1 comment:

  1. naik speda...wahduhh..kalau JM 40min atas speda..kat tempat org..susah tentu boleh sesat...sekali lagi JM respect cara LD travel..mmg berani...jam 12 mlm baru sampai Inn...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...