Pages

Monday, 24 June 2013

Bali Here I Come: Day 2

Continued from Bali Here I Come: Day 1 (Part 2)

Assalam semua..

Aku ni memang rushing nak habiskan entri ke Bali ni pasal minggu depan dah sibuk dengan projek lain pulak. Ni baru nak masuk hari ke-2. Alahai, masalah jugak kan sebab aku ni kalau menaip memang kalau boleh nak detail giler. Apa-apapun aku try sedaya mungkin menghabiskan cerita aku ni supaya senang hati nak buat benda lain pulak.

Pagi hari kedua tu aku bangun awal jugak seperti biasa. Selepas melakukan benda-benda yang perlu, baru aku nak fikir secara serius nak buat apa for the whole day. Disebabkan aku ambik bilik ni semalam jer, jadi aku kena fikir nak checkout dan cari tempat baru. Fikir balik sekarang aku ni macam nomadlah pulak bertukar-tukar tempat tido setiap malam. Hehe, walaupun condition room sekarang agak ok, aku saje jer nak merasa tempat lain pulak as long as harganya dalam budget aku. Time nilah aku nak merasa stay kat banyak tempat sambil jalan-jalan familiarkan diri kat situ. Tulah, kalau orang lain maybe akan stay kat tempat sama jer sepanjang trip tu, tapi lain orang lain preferencekan. 

Selepas checkout, aku pun berjalanlah mencari tempat money changer dulu. Kalau kat Bali ni memang bersepah jer cuma kita kena pandai cari rate yang paling murah nak tukar. Aku malas nak cari lama sangat jadi aku pegi ke tempat yang paling dekat aku nampak terus tukar. Tempat tu bagi 1RM=3190ribu rupiah. Okaylah jugak bagi aku. Pastu terus jalan cari hotel dulu sebab nak tinggalkan bagpack yang berat tu. Tak jauh aku berjalan, aku nampak satu inn tak jauh jugak dari tempat aku stay semalam. Tanya-tanya rate dia bagi 120ribu rupiah jugak tapi takda wifi. Pastu bilik dia ada kipas jer tak macam bilik semalam beraircond. Aku ni kekadang tak berfikir panjang lagi, niat dihati nak cepat-cepat tinggalkan beg berat tu pastu nak pegi jalan. Lepas tengok keadaan bilik macam ok, aku pun setuju ambik bilik tu. Since inn tu ada service sewa motor, aku pun terus ambik sekali ngan motor tu, dapat harga 50ribu rupiah. Untuk pengetahuan, kalau nak sewa motor kat sini, kita kena ada tempat tinggal dulu tak kisahlah inn atau hotel sebab tu guarantee kita tak bawak motor tu lari. Kalau takda tempat tinggal lagi, better korang cari before sewa motor kat sini.


Aku ambik sebab nak ingat jalan masuk kat inn tu sebab aku ni tak pandai ingat tempat
Selesai urusan checkin dan motor, aku pun memulakan perjalanan hari tu dengan breakfast di KFC kat depan Pantai Kuta. Tengok jam dah pukul 9.30am. Slow jugaklah aku hari ni tapi aku fikir slow n steady lebih suit aku kat sini dari rushing tak tentu pasal nanti trip ni terbazir macam tu jer tak dihayati sepenuhnya. 

Awal pagi ni tak banyak lagi orang kat sini
Usai breakfast, aku start journey pegi ke Sanur. Macam biasa, bertemankan GPS aku ride motor kesana. Kali ni jalannya tak sejammed macam semalam. Maybe sebab hari Sabtu orang tak kerja kot. On the way kesini, korang akan lalu Denpasar. Dalam 30minit ride, sampailah aku kat Pantai Sindu di Sanur. Disini, pantainya lebih kurang sama macam kat Kuta. Main thing yang aku notice kat sini suasananya lebih aman dan kebanyakkan yang ada disini more to family type of tourist dan orang yang sukakan keadaan sunyi. Jejak kaki kat situ, aku rasa peaceful macam hilang berat kepala dari hiruk pikuk manusia di Kuta yang padat tu.

Finally nampak signage ke Pantai, yea!!
Dua-dua kayuh basikal, romantik betul diaorang


Aku terleka agak lama di Sanur ni memerhatikan keindahan pantai dan manusianya.Sedar-sedar dah tengahari cuaca panas gila membahang. For sure aku balik ke Malaysia ni memang bawak kulit lebih gelap. Aku cepat-cepat balik ke tempat parking motor cadangnya nak ke Tanah Lot pulak. Tengok pakai GPS macam ok gak Sanur belah east, Tanah Lot belah west. Dengan konfidennya aku pun ride atas motor meninggalkan kawasan Sanur.

Tidak kusangka punyalah panjang perjalanannya memang mencabar diri betul. Cuma yang bestnya aku lalu banyak kawasan menarik especially kampung-kampung diaorang dan sawah padi yang menghijau. Walapun tak seperti yang kat Tegallalang, yang inipun kira ok jugaklah since masih kat Bali jugak(nak sedapkan hati sebab tak sempat pegi sana). 

Ladylike betul pembonceng motor kat sini

Aku sampai kat Tanah Lot lebih kurang 1jam perjalanan bawak motor. Memang kebas gila punggung aku lebih teruk dari semalam rasanya. Jadi, aku determine nak buat ride ni berbaloi walaupun tengok cuaca macam nak hujan. Macam biasa, nak masuk kena bayar fee kat entrance dia sebanyak 30ribu rupiah untuk tourist. Pastu korang jalanlah sekeliling kawasan tu sampai puas hati. 

Memang dugaan jugaklah, tak sampai 10minit aku jalan kat situ, hujan mula turun. Mula-mula rintik pastu bertukar jadi lebat. Aku dah start susah hati, tapi hati aku kuat jugak nak round sekitar situ tak nak tunggu teduh. Tengah aku berfikir kat tengah jalan tu, sorang makcik tempatan tegur aku. "Mbak mau payung ya, sewanya 10ribu aja. Nanti sebelum balik bisa dikembalikan kepada saya di entrancenya nanti." Aku malas fikir panjang terus angguk ambik payung tu bawak jalan sekitar Tanah Lot tu. Hujan yang lebat tidak menghalang ramai tourist dari berkeliaran kat situ termasuk aku. Aku tengok ada satu signboard cakap "Beware, High Tide", tapi ramai jugak manusia kat tebing tu. Aku pun buat-buat berani jugak ler jalan-jalan kat tebing tu mendengar deruan ombak, melihat ragam manusia dan menghayati keindahan ciptaan Tuhan kat situ. Serius people, bagi aku tempat ni memang cantik seperti yang korang lihat gambar kat internet. Mungkin pada orang lain tempat ni feel like too touristy, but for me it is amazing. Memang pun aku ni touristkan..
Kanak-kanak kat sini dah biasa sangat dengan tourist
 

Nak dekat 2jam aku kat situ, aku fikir nak balik sebab tak nak ride motor waktu gelap. Kat sini walaupun hujan dah teduh, tapi cuaca masih nampak mendung. Sebelum keluar tu, sempat aku merasa Jagung Bakar yang dijual kat situ. Diaorang jual ni siap dengan pilihan perisa lagi tak macam kita kat sini. Aku ambik satu dia jual 5ribu. Sambil tu mata aku mencari jugak mana simakcik yang kasi sewa payung tadi. Berdiri lama kat situ aku tengok bayang pun tak nampak aku tinggalkan jer kat pakcik jual tiket tu. Harap diaorang bagi lah kat makcik tu.

Makcik ni sebut nama kuih tu banyak kali tapi aku masih tak ingat
Perjalanan balik ke Kuta lebih cepat ambik dalam 40minit jer. Selepas pulangkan kunci motor, aku masuk ke bilik rehatkan badan kejap. Jam menunjukkan pukul 5ptg ingat nak keluar balik waktu malam nanti. Nak keluar sekarang cuaca mendung ditambah hujan rintik tak best pulak rasa nak merayau. Ada jugak masa aku nak kemaskan diri dan menelaah buku belacan mencatat segala perbelanjaan sepanjang kat Bali ni.

Malamnya, aku ready nak keluar lagi. Kali ni terpaksalah jalan kaki memandangkan dah tak sewa motor lagi. Esoknya aku dah nak balik jadi aku decide tak nak jalan jauh lagi. Wandering over Kuta area ni pun ok jugak. Walaupun aku sesorang jalan kat lorong kecik ni aku rasa safe sikit sebab ramai orang lalulalang kawasan ni. Cuma diingatkan kedai-kedai kat tepi jalan ni akan tutup menjelang pukul 10mlm then kena extra cereful. Tempat pertama aku stop kat McD depan Pantai Kuta tu untuk dinner. Aku lepak kat situ agak lama sebab nak layan wifinya. Biasalah kan, kalau tak dapat surf internet sehari aku dah rasa kalut. Zaman teknologi sekarang nak buat semua benda internet ni sangat penting dalam hidup aku.

Bosan kat situ, aku memulakan hari malam meronda kedai-kedai souveniers yang banyak sekitar kawasan Kuta dan Legian. Penat gila aku berjalan sambil nengok barang dari satu kedai ke kedai yang lain. Tulah, cakap awal-awal taknak buang duit shopping barang tapi iman tak tahan terbeli jugak aku satu dua souveniers kat sini. Satu aku perasan jugak kat sini bersepah jer tempat massage diaorang. Murah lagi tu dari tempat kita. Tengok jam masih awal lagi pukul 9.30pm aku pun ambiklah service foot massage ni satu jam 55ribu rupiah kat kedai Moxxy. Actually aku dengar boleh dapat murah lagi kat kedai lain, tapi rate ni aku kira okay jugaklah asalkan aku rasa relak, kaki tak kebas. Kalau korang rajin survey bolehlah jalan sekitar kawasan sini compare harga yang lebih murah.


Cukup 1jam massage, aku continue pulak pegi jln Legian. Tengok kedai tepi jalan memang banyak yang dah nak tutup. Satu yang aku tak tahu rupanya kat sini banyak Nightclub dan bar kat kiri kanan jalan. Sebelah siang tak nampak sebab dia hidup waktu malam jer. Sambil jalan tu aku pandang jugaklah kemeriahan tempat kat sini. Banyak betul mat saleh dan minah saleh yang berparti kat sini. Memang untuk orang yang suka clubbing diaorang prefer datang sini kot. Aku cepat-cepat cari jalan nak balik ke inn aku. Seram jugak mula-mula aku tengok kedai dah banyak tutup jadi jalan nampak sunyi.Cuma yang ada manusia yang lalu-lalang nak sepanjang jalan poppies ni. Sikit-sikit aku toleh belakang sambil langkah dicepatkan. Tak sabar rasa nak sampai bilik padahal tempat aku tu dah tak jauh pun dari main road Legian tu.


Aku sampai bilik dah nak tengah malam. After bersihkan diri aku lompat atas katil ready nak tido. Kenang balik ini adalah malam terakhir aku di Bali. Esok aku tak punya banyak masa yang tinggal untuk berjalan lagi sebelum bersedia ke airport sebelah petangnya. 

Bersambung ke episod seterusnya..




 


 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...